Tuesday, 22 May 2012

Soalan gila Bahasa Melayu Kertas 1

Korang suka jawab soalan gila? Penah terlintas nak dapat soalan pelik masa exam so cikgu bley bagi markah free (mimpi je...)? Ataupun korang penah berharap nak jawab soalan yang takde kaitan dengan ape yg korang belajar so korang bley main hentam and dapat A? (konon...)

So, korang jawab le soalan ni.. Tak susah. Konfem dapat A =D


BAHASA MELAYU
Kertas 1/2
10 minit je cukup


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan
1.     Kertas soalan ini mengandungi sepuluh (10) soalan sahaja.
2.     Jawab semua soalan kalau tak nak gagal.
3.     Anda dinasihatkan untuk menjawab setiap soalan selama satu (1) minit atau terpulanglah nak buat macam mana.
4.     Sila bulatkan jawapan atau petakkan, pangkah, silang, titik dan sebagainya.

1. Filem yang mengisahkan ibu yang kempunan ialah:
a)      Batu belah batu konkrit
b)      Batu belah batu bata
c)       Batu belah batu batuan
d)      Batu belah batu bertangkup

2. Sila berikan peribahasa bagi contoh ayat berikut:
   “Apa yang kita usahakan pastikan akan membuahkan hasil pada satu hari nanti.”
a)      Bersakit-sakit dahulu, meninggal dunia kemudian.
b)      Berakit-rakit ke hulu, guna bot ke tepian.
c)       Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
d)      Bersakit-sakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit ke hulu, bersenang-senang ke tepian.


3. Simpulan bahasa bagi orang yang suka membaca buku ialah:
a)      Ulat sampah
b)      Ulat buku
c)       Ulat sutera
d)      Ulat gonggok


4. Sila berikan jawapan yang tepat bagi contoh ayat berikut:
    “Perlawanan bola…semalam di Stadium Bukit…menarik ramai penonton dari dalam dan luar negara.”
a)      Lantun…Jalil
b)      Golek…Jelutong
c)       Lambung…Jamil
d)      Sepak…Jalil


Sila baca petikan teks dan jawab soalan berikut.

“ Sejak kebelakangan ini, masalah pencemaran mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat, terutama golongan saintis dan cendekiawan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi isu rumah hijau menerusi ciptaan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan, sisa-sisa kilang yang dibaikpulih, kenderaan mesra alam dan sebagainya. Selain itu, kerajaan juga melancarkan pelbagai kempen bagi menyokong usaha ini seperti program selamatkan sungai, menanam semula anak pokok dan juga kitar semula.”


5. Berdasarkan petikan teks di atas, golongan yang memberikan perhatian mereka terhadap isu pencemaran  
    alam ialah:
a)      Golongan saintis dan cendekiawan
b)      Golongan saintis dan cendakawan
c)       Golongan saintis dan cendawan
d)      Golongan saintis dan cawan


6. Ciptaan produk mesra alam adalah bertujuan bagi mengatasi isu rumah…
a)     Warna warni
b)      Palang merah
c)       Hijau
d)      Putih 


7. Selain dari program selamatkan sungai, menanam semula anak pokok dan juga kitar semula, kerajaan juga 
    menggalakkan program lain seperti
a)      Selamatkan longkang
b)      Menanam perpaduan
c)       Kitar mengitar
d)      Gotong-royong masyarakat


8.Sila berikan simpulan bahasa bagi contoh ayat berikut:
   “Ali seorang yang malas. Dia menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan tidur.”

a)      Berat tulang
b)      Berat punggung
c)       Berat badan
d)      Berat bersih


9. Sila berikan jawapan yang tepat bagi golongan yang insaf dan mahu bertaubat.
a)      Kembali ke pangkal lengan
b)      Kembali ke pangkal jalan
c)       Kembali ke pangkal pokok
d)      Kembali ke pangkalan


10. “Aiman seorang yang ‘terang hati’. Dia mudah menerima pelajaran dan tidak mengalami banyak masalah 
       untuk menjawab kertas peperiksaan.”

        Maksud  ‘terang hati’ ialah

a)      Bijak
b)      Pandai
c)       Pintar
d)      Cerdik

No comments:

Post a Comment