Monday, 18 June 2012

MyMalaysianTrivia: Past, Present (Future, not yet)

Minggu lepas dah mula balik stat jalan2 kat tempat sendri. Masa bestday ke-24 beberapa bulan lepas sempat gak jalan2 tapi kaki injured so takleh enjoy sangat. Pas nengok shopping complex baru/lama kat Kuching, singgah jap kat Kuching Waterfront (KW) n cuci mata tengok bangunan antik kat situ. Masa tu la kisah jalan2 kat serata tempat main tarik2 urat dalam kepala. Then, menyesal pulak tak sempat amek gambar jadi kenangan. Harap2 bley sambung travel lagi taun ne... ;>
Menten putih sepanjang zaman
Ni Square Tower (Tengok rupa pun asal nama dia ni). Tower ni terletak kat tengah KW, berjiran ngan Sungai Sarawak. Square Tower ni dibina pada taun 1789, mula2 jadi City Jail, pastu ditukar jadi kubu pertahanan yang comel, and tukar lagi jadi dance hall. Sekarang dah jadi info center untuk tourist. Walaupun tak besar and tak gah cam bangunan lama yang lain, valuenya terletak pada sejarah, senibina, dan usia. (Pic kat belakang- Hilton Hotel dari logo merah jadi biru)

Pesanan penaja dari Brooke Dorkyard: Utamakan Keselamatan Anda

Limbungan Brooke ni wujud pada tahun 1912 (datuk nenek belum lahir lagi). Tahun ni Limbungan Brooke sambut ulang tahun ke-100 macam kapal Titanic. Tempat ni berfungsi sebagai pusat sehenti untuk kapal2 di Sungai Sarawak dan sampai sekarang pun masih berfungsi. Tempat ni dimasukkan dalam Sarawak Gazette sebagai tempat peninggalan sejarah Brooke, sebagai bukti Sarawak merupakan satu2 negeri yang pernah ditadbir oleh keluarga Inggeris yang bernama Brooke. (Amek gambar ni masa teman mak beli barang)

"Enam orang je, darab 50 sen=dapat 3 hengget..."
Ini lah Venice gondolas versi Kuching mari, Sarawakian panggil 'perahu tambang'. Satu-satunya bandaraya yang mengekalkan idea pengangkutan awam tradisional yang menyihatkan kat tengah-tengah bandar yang begitu pesat membangun. Masa2 dolu, sekali naik tambang 30 sen. Sekarang dah 50 sen. Ala, naik 20 sen je, tak sakit pun korang bayar. Perahu tambang ni ikon Sungai Sarawak, sebut je nama sungai ne sure orang ingat kat perahu yang ulang alik. (Sempat snap masa neman kakak beli barang. Keta kitorang parking kat seberang).

"Ade budak amek gambar kite la...mintak royalti ne..."
Selain Esplanade Sibu n Miri yang dikenali ramai, Kuching Waterfront merupakan tarikan utama negeri Sarawak. Semua Malaysiana tau tempat ni (kalu tak tahu nampak sangat kurang ilmu pengetahuan). Bukan Malaysiana je tau, Aussie n Queen E pun tau tempat ni sebab mat saleh suka sangat merayau kat sini sambil memakai capal, berkain pelikat n bawak beg rotan bermanik (sangat ketimuran mengalahkan orang timur). Kalu duduk kat sini, sila2 la dongak kat atas dan di situ anda akan dapat menikmati saat indah melihat dedaun yang menghijau, berlatarbelakangkan langit biru yang lapang, lalu disapa angin yang membawa kuntuman bunga yang indah. Macam musim luruh... (tengah duduk tunggu kawan datang so amek la gambar sekejap, isn't that lovely?)

"Sure budak ne amek gambar haku..."
Lepas naik perahu tambang dari Pangkalan Batu a.k.a Pangkalan Sapi (tak tau apa pasal dikaitkan dengan sapi), penumpang akan diturunkan kat sini, pintu masuk ke kawasan Kuching waterfront. Actually ada 3 pangkalan yakni Pangkalan Boyan dan Pangkalan kat Sungei Bedil n Pangkalan kat Kampung Sinjan tapi pintu masuk tu lain2 la. Tapi kalu masuk guna pintu ne korang akan terus nampak Square Tower kat sebelah kiri (sila toleh kalu lalu jalan ni) n Old Court Kuching (dulu mahkamah sekarang jadi pusat pelancongan). Yang pakai baju merah tu kakak la, tengah ushar carik barang.
Tunggu cruise amek bawa gi seberang sambil nengok orang tangkap udang...

'Kulihat hijau...' Inilah Pangkalan Sapi yang takda sapi, kat sebelah Astana Negeri n Dewan Undangan Baru.  Tempat ni sangat cantik belah pagi, gile panas belah tengah hari, kalu malam korang tau la camne keadaannya. Dari sini boleh nampak view cantik Kuching Waterfront, ada Square Tower, Hotel Merdeka Palace, Bangunan BaitulMal baru yang blom siap n tebingan yang dipanjangkan pas Pasar Basah Gambier tu dirobohkan atas sebab kesesakan lalulintas n pencemaran air/udara. Selain pak2 tambang yang lalu kawasan ni, orang yang suka jala udang pun suka tempat ni, tempat santai menangkap udang. Dulu pangkalan ni kecik, sempit, kayu pun macam nak roboh. Ada banyak kedai jual benda kecik2 (istilah sendri merujuk kepada keropok 10/20 sen), air bandung seplastik 30/50 sen/1 hengget. Pastu ada banyak tempat makan. Sekarang tinggal pangkalan n kisah2 berhantu je... (yang pakai baju hitam tu the same kakak. Ni masa nak gi jalan2 amek angin buang angin) 
Bangunan Pejabat Pos Kuching antara bangunan bersejarah kat sini (sori takda gambar, keta banyak takut kene langgor masa amek gambar...hehe). Ni cume gambar plat je yang membuktikan bangunan ne memang lama, taun 1931, diwartakan di bawah Ordinan Warisan Budaya Sarawak pada taun 1993 sebagai bangunan bersejarah. Kalu tengok senibina bangunan ni, korang boleh nampak dengan jelas lagi terang bersuluh yang senibinanya tak sama macam kat Penang, Ipoh or Melaka. Senibina bangunan ni gabungan timur n kolonial barat, ada elemen tempatan seperti tingkap n pintu kayu dan ukiran tradisional belah dalam tapi basic foundation tetap guna batu dasar. Selain tu, bangunan ni pun putih macam Square Tower. Cantik, rasa macam jalan2 kat negara luar.



(Ni la Bangunan Pejabat Pos Kuching, terima kasih kepada WongFookYee.com untuk gambar ni.)





Sebelum ni ada cakap pasal Old Court Kuching so ini lah mahkamah lama yang dijadikan sebagai pusat pelancongan, ada jual kraftangan n local product kat sini. Kat depan mahkamah tu merupakan Tugu Peringatan Brooke. Bangunan yang nampak sipi2 tu pulak Hotel Merdeka Palace (sebelum ni site untuk Hotel Aurora 1955), depan Padang Merdeka, satu kejiranan ngan Muzium Sarawak n muzium2 lain...muzium bersepah kat area ni. Gambar ni dah lama gak sebenarnya, tahun 2009, masa tu tengah jalan sorang2 waktu pagi amek gambar then tetiba pelancong datang mintak tolong amekkan gambar...walaupun takde upah tapi jadi potograper ni best sebenarnya.
Menyamar jadik pelancong dari India jap...kekeke

Finally, kita sampai kat India Street Pedestrian Mall. Tempat ni dapat nama sebab dulu banyak pendatang India bukak kedai kat sini, carik makan. Sebelum tu, pada taun 1850 nama tempat ni Kling Street sebeum ditukar jadi India Street pada tahun 1928. Selain terkenal sebagai tempat perniagaan tertua dan dah wujud sejak zaman Brooke, tempat ni jugak merupakan pusat pertembungan budaya antara penjual dan pembeli.  Malah, India Street merupakan hotspot beli barang sebelum wujudnya Sarawak Plaza, Parkson Shopping Complex, Tun Jugah Shopping Centre, Electra House, Wisma Satok dan tempat beli belah baru seperti The Spring Kuching, Kuching Sentral, Giant Tabuan Jaya n Giant Batu 7. Kat sini boleh beli apa je korang nak...kain, karpet, stationery, baju, seluar, barang kawen, periuk belanga, ubat gambir, barang dapur, persalinan ibadat et cetera et cetera et cetera dengan harga yang murah. Sure pengsan kalu jalan kat sini, especially hari perayaan (Raya, Krismas, Gawai, Tahun Baru Cina).


--Sekarang ni giat dijalankan pusat membeli belah gile besar tak jauh dari Merdeka Palace n The Summer Kuching (pusat beli belah macam The Spring kat Kota Samarahan), membesarkan jalan n menambahbaik struktur bandaraya Kuching. Dalam tempoh 5 tahun, Kuching benar2 berubah wajah. So, tunggu la gambar2 terbaru pada masa2 akan datang--


::Keluaran akan datang---The Old Town Kuching::

No comments:

Post a Comment