Tuesday, 19 June 2012

The Old Town of Kuching

"Makseh Robin oi ngambik gambar mek orang tuk!"
Yay, kembali semula untuk sambung citer pasal Sarawak ni. Bukan senang nak collect gambar kat tenet *internet. Last nite ada wat research cket pasal hometown of Miao Miao city liao (kata orang cina la) and  I tell you the truth (tetiba speak English)..banyak gile maklumat pasal Old Town Kuching yang aku tak tahu, even aku is Sarawakian...(aw man~). Setelah meluangkan masa kutip gambar and facts sana sini then compile from a-z, maka terhasil la artikel ni.

So, it's time to have your knowledge tour about Kuching!---> \(^o^)/




Serba sedikit mengenai Sejarah Sarawak...

Sarawak merupakan sebuah negeri yang dikenali sebagai 'Land of Hornbill' (Bumi Kenyalang) atau dikenali sebagai Borneo oleh orang barat. Asal usul nama Sarawak ne tak jelas sangat tapi based on Yakin Key of Wealth punye research, nama tu berasal dari Sungai Sarawak, mungkin juga dari sejenih batu bijih bernama Serawak (mengandungi belerang dan antimoni-Kamus Dewan Edisi 3). 


ILUSTRASI SARAWAK KURUN 10-19

Pada 4000 tahun yang lalu, Sarawak ni merupakan penempatan penting di Asia Tenggara, terbukti dengan penemuan arkeologi di Gua Niah dan di Santubong. Pada suatu ketika dahulu, Sarawak antara kawasan terpenting dalam entrepot dan dikatakan  berada dalam pentadbiran Srivijaya pada kurun ke 10-12. Berlaku penghijrahan masyarakat Melayu Sumatera ke Sarawak pada kurun 12-15 maka sebab itulah ada orang Melayu di Sarawak (bagi menjawab soalan skeptikal-camne ada Melayu kat Sarawak? Bukan orang Dayak je ke yang tinggal kat situ?). 

Kemudian, Majapahit mentadbir Sarawak selepas Srivijaya jatuh pada kurun 13. Seorang putera raja Majapahit yang dikenali sebagai Raden Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang berkahwin dengan anak Raja Jawa dan juga mempunyai pertalian saudara dengan Kesultanan Brunei menerusi perkahwinan saudaranya menurut hikayat antara Sarawak dan Brunei Darussalam. Daripada keturunan beliau maka wujudlah keluarga Melayu bangsawan dan golongan Melayu Perabangan di Sarawak.

Pada kurun ke -19, Sarawak ditadbir secara tak rapi oleh Kesultanan Brunei. Berlaku huru hara dan kekacauan jiwa yang sangat sukar dibendung. Pada 1839, James Brooke, seorang pengembara British yang kaya raya datang hantar surat (jadik posmen pulak) untuk Gabenor Sarawak, Raja Muda Hasim, wakil dari Kesultanan Brunei. Raja Muda Hasim akhirnya mintak tolong James Brooke untuk tangani masalah huru hara tu dan sebagai balasan, Brooke akan menggantikan tempat beliau sebagai Gabenor. Memandangkan JB (singkatan untuk James Brooke) ni kaya amat, ada army sendri siap ngan senjata, masalah tu berjaya diatasi dengan mudah. Kesimpulannya, janji pun ditepati, beliau jadi Gabenor Sarawak a.k.a Rajah Putih pada 24 September 1841 dan bermulanya era pentadbiran Brooke di Sarawak.

Habis pasal sejarah, sekarang masuk bab Kuching dan bapak putih kami iaitu JB....>>>>

Sayalah JB yang dimaksudkan! 
(Ei, tau cakap Melayu ...)

JB merupakan Rajah Putih Pertama di Sarawak dan Sarawak juga satu-satunya tempat yang dijajah oleh keluarga kolonial British, bukannya kerajaan British. Beliau dilahirkan di Banares, India pada 29 April 1803 (yo geng, kite lahir sama bulan la, tahun je len!) ketika keluarga beliau berkhidmat di sana untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris Pada awalnya, beliau cuma dapat Kuching je tapi menerusi pentadbiran beliau, Sarawak diperluaskan berkali-kali ganda dari saiz sebenar (dan menyebabkan Brunei jadi kecik sampai sekarang). Selepas kematian beliau pada 1868, Charles Anthoni Johnson Brooke (ataupun Charles Brooke) menjadi Rajah Putih ke-2 dan disambung oleh Charles Vyner Brooke.


Dan ini la keturunan JB (kiri Jason Brooke,
kanan James Lional Brooke). Ni masa perasmian
kuil hindu tertua yang baru dibaikpulih


Pemerintahan keluarga Brooke berlangsung selama 100 tahun dan mencapai kemahsyuran sebagai Raja Putih yang setaraf dengan raja-raja lain dalam empayar British. Keluarga Brooke juga menjalankan dasar Paternalisme (jaga penduduk dari dieksploit oleh empayar Brunei dan pendatang asing), menggalakkan perdagaangan, menggaji Pahlawan Dayak sebagai askar dan menyertakan keluarga bangsawan Melayu Sarawak dalam sistem pentadbiran-mengajar mereka untuk memimpin dan berdikari. Walaupun istilah 'penjajah' bukanlah satu istilah yang enak didengar bagi Malaysiana tapi bagi Sarawakian, kami berterima-kasih pada JB yang berusaha membangunkan Sarawak, especially Kuching sebagai bandar utama dan meninggalkan harta berupa sejarah yang hebat dan senibina yang menarik sebagai tarikan pelancong pada masa kini.

Sedikit gambar mengenai Keluarga Brooke....>>>




Kat sebelah tu Charles Vyner Brooke naik kerusi (ditabalkan) pada tahun 1917-sumber dari Sumber Sarawak Purba: Satu kajian bergambar (Craig A. Lockard dan Graham E.Saunders)









Ni pulak gambar Ranee Margaret, Puan Maxwell bersama wanita-wanita Melayu Sarawak (sumber sama macam kat atas)












Dan ini Ranee Sylvia pakai baju Melayu Sarawak pada zaman tu.











Sekarang, kita masuk pulak ke bahagian Jepun serang Sarawak....>>>>>

Jepun serang Sarawak pada tahun 1941, main seppuku untuk dapatkan Sarawak. Keluarga Brooke tak mampu bendung kegilaan tersebut, maka Sarawak diambilalih oleh British Borneo Civil Affair Unit yang dikawalselia oleh tentera Australia pada 1945. 

Masa surf carik gambar Jepun serang Sarawak, memang susah yang amat. Yang ada just gambar Nippong serang Tanah Melayu, tu je. Tapi ada satu scene, potrait lama actually yang digantung kat restoran kat Bau kalu tak silap (masa tu tengah enjoy makan udang galah, sodap..) Kat situ de gambar lama n few pasal Jepun serang menyerang neh. So, camtu la citer nya...

Seterusnya, habis banzai, Indonesia ganyang....>>>>

Antara 1962-1966, berlaku Konfrontasi Indonesia terhadap Sarawak selepas Sarawak diserap masuk dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963 (atau kita sebut sebagai Hari Malaysia). Isu ni same cam konfrontasi yang dilakukan oleh Filipina terhadap Malaysia dalam usaha untuk merebut Sabah sepertimana Indonesia berusaha merebut Sarawak (Borneo is precious, so dalam perebutan ni Malaysia menang!). Maka, Sarawak bersama Komanwel bertempur dengan Indonesia dalam perang tak isystihar. Tapi selepas mengadakan pertemuan diplomatik, kasi diskusi baik2 dan cari jalan penyelesaian maka Sarawak kekal dalam Malaysia.

Okay, sekarang baru la kita jengah KUCHING!....>>>>>

Kuching sebuah bandaraya yang unik, bandar utama untuk JB mentadbir dan dibahagi kepada dua bahagian dan ditadbir oleh dua orang Datuk Bandar iaitu Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKU) dan Majlis Bandaran Kuching Selatan (MBKS) sebab cuma Kuching je satu-satunya bandaraya terbesar di Malaysia.

Asal nama Kuching ne tak jelas sebab Kuching ni spelling lama untuk perkataan kucing yakni spesis mamalia karnivor kecil dari subspesis felis silvestris catus. Menurut teori umum, nama Kuching maybe berasal dari pokok mata kucing yang banyak tumbuh kat tepi sungai masa tu, or mungkin berasal dari Bukit Mata Kucing. Ada jugak teori mengatakan ia berasal dari istilah 'cochin' yang diambil dari perkataan India yang bermaksud 'pelabuhan'...hmmm, mungkin jugak. 

Dihuni oleh perlbagai jenis kaum, etnik dan bangsa, Kuching menjadi pusat utama dalam Sarawak moden, dan diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Selepas pengisytiharan tersebut, maka dalam tempoh lebih sedekad, Kuching kini benar-benar mengalami transformasi.

Gambar Peninggalan Sejarah di Kuching....>>>>>

*Sila open new tab link pada gambar di bawah untuk paparan imej lebih jelas.


























Lagi gambar mengenai Kuching....>>>


Bendera untuk the Kingdom of Sarawak (1870-1946), Crown Colony of Sarawak (1946-1963) dan State of Sarawak (1963-1973) sebelum ditukar menjadi...
Bendera Sarawak yang baru
Setem lama Sarawak, koleksi peribadi
Segala pendapat, pandangan dan maklumat tambahan dialu-alukan.
________________________________________________________
Info source: 
Best Way Tour. blogspot.com/BestWayTour
Kuching Town Memories-AllAboutBorneo.com
Yakin Key of Wealth.blogspot.com/sejarahsarawak
ms.wikipedia.com/sejarahsarawak
simplyrobin.blogspot.com
Kuching Travelogue
BorneoPost online 
Stjoe 1976.blogspot.com and et cetera

(Thanks for information, images and details about Kuching)

2 comments: