Sebut pasal Jawa di Malaysia, orang akan ingat pada negeri Johor dan Selangor. Kebanyakan dmereka berasal dari Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur. Ada jugak yang datang dari kabupaten yang lain. Untuk orang yang tak tahu, Jawa Ponorogo terkenal dengan sikap kepahlawanan, mereka tak takut mati. Sekarang, Jawa merupakan sebahagian dari populasi penduduk di Malaysia.
Tapi, tahu tak korang Jawa pun ada di Sarawak?
Mari mulakan sedikit cerita...>>>>
"Sebelum ini saya sudah menyatakan di artikel Melayu Sarawak bahawa datuk sebelah bapa berketurunan Jawa, beragama Islam dan dilahirkan di Kabupaten Demak, Semarang, Jawa Tengah. Beliau ditangkap oleh tentera Jepun pada 1945 untuk dijadikan kuli. Kemudian, beliau berjaya melarikan diri ke perkampungan Dayak dan bekerja menjadi petani. Akhirnya beliau diangkat menjadi anak angkat (sekali gus menjadi menantu pada 1951) kepada keluarga Melayu Jawa dan bekerja menjadi tukang masak. Ketika menguruskan kewarganegaraan, pengurus pendaftaran (seorang cina) tidak pasti akan ejaan nama beliau. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan nama menjadi Pamin. Sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada awal 80an, beliau tidak fasih bercakap dalam bahasa tempatan. Beliau hanya fasih berbahasa ibunda, bahasa Jawa."
Maka, begitulah cerita sebuah keluarga berketurunan Jawa yang tinggal di Sarawak, yakni, keluarga aku.
Seterusnya, Sejarah Jawa...korang tau?....>>>>>>
Menurut Wikipedia (rujukan standard yang korang biasa guna), suku Jawa ne suku terbesar kat negara jiran kita, Indonesia dengan populasi 40.6%. Even motto negara pun dalam bahasa Jawa kuno- Bhinneka Tunggal Ika yang bermaksud 'Unity in Diversity'. Mereka merupakan suku bangsa yang sopan dan halus, lebih suka tertutup dan cenderung diam *macam aku...heheh
Peradaban atau tamadun Jawa mula disingkap oleh seorang lelaki Inggeris, Sir Thomas Stamford Bingley Raffles (korang mesti tau dia ni sebab dia yang bukak pelabuhan di Singapura) bila beliau berjaya menemui candi Buddha paling gah paling besar iaitu Borobudur. Walaupun pada awalnya Jawa tak diiktiraf sebagai sebuah tamadun oleh negara barat, persepsi mereka terus berubah apabila candi Hindu Angkor Wat ditemui. Maka, selepas itu, Jawa mula mendapat perhatian para sarjana Timur dan Barat, tapi secara literal, mereka memusatkan tumpuan mereka kepada Borobudur semata-mata.
Kemudian, kedatangan Islam di Jawa, kisah sembilan orang warak....>>>>
Jawa pada asalnya menganut 3 jenis agama iaitu Buddha, Hindu dan juga Kejawen (kepercayaan animisme). Apabila Islam datang menerusi pedagang-pedagang Arab *teori sama macam kat Malaysia, Jawa menerima Islam sebagai agama baru. Dari situ, wujudlah kerajaan Demak di Semarang dengan sembilan orang warak yang sangat terkenal iaitu Wali Songo yang ampuh adanya...
Maka, setakat tu je la kisah kewalian. Nak tahu lebih gi Google sendiri.
Era Kolonial dan migrasi?....>>>>
Kolonialisme Eropah di Indonesia bermula menerusi Portugis (1512-1850), Perusahaan Hindia-Timur Belanda atau VOC/ Verenigde Oostindische Compagnie (1602-1800) dan Belanda (1800-1942). Kalau ikut buku teks sejarah sekolah menengah, isu pemilikan Melaka antara Belanda dan Inggeris menyebabkan termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 iaitu Belanda bersetuju Melaka menjadi milik Inggeris dan Inggeris menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda. Di situlah penjajahan Belanda jelas lagi terang dan penjajahan itu berlangsung sekitar 350 tahun dari abad 17 hingga pertengahan abad ke-20.
Pada era penjajahan Belanda itulah, masyarakat Jawa bertekad untuk melakukan migrasi ke negara seberang untuk mencari rezeki. Penghijrahan ke tempat baharu adalah perkara biasa bagi orang zaman dahulu dan perpindahan mereka tidak tersekat kerana tiada syarat dikenakan.
Maka, migrasi berlangsung secara besar-besaran, membawa budaya, bahasa dan peradaban mereka ke Tanah Melayu, khususnya. Tapi, sebahagian kecil dari penghijrahan tu memutuskan untuk cari tanah baru maka, tanah Borneo menjadi destinasi cari makan. Di Kuching, pengaruh nama Jawa begitu ketara di setiap kampung seperti Kampung Boyan, Kampung Gersik (Gresik di Indonesia), Kampung Demak, Kampung Sourabaya, Kampung Semarang dan banyak lagi.
Kesimpulan, migrasi tu tak berlaku secara setompok tapi tersebar sehingga ke Borneo menerusi kapal pedagang ataupun melalui aktiviti perburuhan yang dijalankan oleh Jepun ketika Perang Dunia ke-2 dan pihak kolonial ketika pasca Perang Dunia ke-2.
Kajian En. Khazin Mohd Tamrin pada tahun 1988: Jawa di Borneo Utara....>>>>>
Masa meng-Google sebelah petang, aku terjumpa kajian ilmiah pdf milik UKM yang sangat menarik sebab tak ramai kupas isu ni. Menurut Encik (nama kat atas) tersebut, tulisan dan kajian migrasi Jawa ke Borneo Utara memang kurang dapat perhatian.
Menurut kajian beliau, pada tahun 1947 direkodkan melalui bancian penduduk, terdapat 2397 orang Jawa di Kuching dan beberapa buah kampung jawa muncul di sekitar Kuching iaitu Kampung Jawa dan Kampung Semarang (Sarawak and Brunei: A report on 1947 population census). Berdasarkan nama kampung tu rasanya korang boleh faham yang kebanyakan Jawa di Kuching berasal dari kabupaten Demak.
Dari tahun tersebut, yakni 1947, terdapat jarak yang dekat antara era penjajahan terakhir Belanda di Jawa iaitu 1942, yang menyebabkan urusan migrasi bagi memenuhi tenaga buruh pada pemerintahan era kolonial di kepulauan Borneo, khususnya Sabah dan Sarawak. Ditaksirkan sebanyak 30% tenaga buruh di Borneo Utara terdiri dari orang-orang Jawa. Kedatangan Jawa ke Borneo Utara juga dikendalikan bagi memenuhi kehendak syarikat berpiagam (Chartered Company) dengan menghubungi VOC untuk mendapatkan bekalan tenaga buruh. Dalam masa yang sama orang-orang Jawa juga dah dibawa masuk ke Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh Kerajaan British yang memerintah pada masa tu..*so kalau nak tau lebih pasal NNS dan NNMB boleh bukak buku teks sejarah milik anda atau adik atau sepupu atau anak buah anda.
Selain tu, kajian ini menunjukkan walaupun kebanyakan tenaga buruh Jawa yang dihantar ke Borneo Utara kembali semula ke tempat asal selepas tamat perkhidmatan, sebilangan daripada mereka bermastautin atas sebab peribadi dan faktor ekonomi. Sebagai contoh, pada tahun 1907 seramai 8449 orang pekerja buruh Jawa tiba di Borneo Utara dan didapati 5068 orang balik ke tempat asal. Jadi, baki selebihnya tersebar di Sabah dan Sarawak, bekerja, berkahwin, beranak-pinak, dan meneruskan keturunan mereka di Borneo Utara sepertimana yang berlaku di Tanah Melayu.
(nak tau lebih lanjut sila klik kat sini---Kajian En.Khazin Mohd. Tamrin atau taip tajuk kajian kat Google, konfem korang jumpe)
Lagi kisah penempatan orang Jawa di Kuching....>>>>>
Selain dari kampung-kampung yang dah pon disebut kat atas, terdapat beberapa buah kampung yang pernah menjadi kediaman masyarakat Jawa di Sarawak, di Kuching khususnya. Menurut sebuah blog peribadi milik Kitab Kehidupan, beliau juga merupakan anak keturunan Jawa yang menetap di perkampungan Melayu Batu Kawah yakni kampung Segedup, Stapok, Rantau Panjang dan lain-lain. Menurut beliau, datuk beliau berasal dari Padang, Sulawesi dan moyang beliau pula anak asli Jawa, Indonesia, datang bekerja ke Malaya sebagai penoreh getah menerusi syarikat yang membekalkan tenaga buruh.
Berdasarkan kisah beliau, korang pasti paham sekarang yang Jawa juga mempunyai penempatan di Kuching. Walaupun kampung yang beliau sebutkan antara kampung melayu jawa yang tersorok jika dibandingkan dengan perkampungan melayu elit seperti di Petra Jaya atau kawasan Ajibah Abol, itu dah cukup membuktikan idea masyarakat Jawa ada di Kuching, Sarawak bukan satu teori tapi bukti dengan adanya generasi keturunan Jawa seperti saya dan pemilik blog di atas. Kepada orang yang menafikan fakta ini, bukak minda anda besar-besar dan jangan menjumudkan diri anda.
Rasanya, soalan korang sedikit sebanyak sudah pun terjawab. Hijrah adalah perkara biasa, dan ia berlaku dari dulu sampai sekarang. Maka tak mustahil Jawa pun ada kat Sarawak atas sebab yang sama. Lagipun Sarawak lagi dekat dengan sempadan Indonesia berbanding Johor atau Selangor :)
___________________________
*Info Source*
semestinya, Wikipedia untuk Sejarah Jawa Tengah, Sejarah Indonesia, Kabupaten Demak, VOC, Suku Jawa, Sir Stamford Raffles, Charles Vyner Brooke, Perjanjian Inggeris-Belanda.
Kajian Ilmiah UKM- E. Khazin Mohd. Tamrin.
TRIMAS UNTUK MAKLUMAT ANDA! SAYA SANGAT MENGHARGAINYA \(^O^)/
Tahniah diatas maklumat. Cadangan saya agar dapat dikupas mengenai status Masyarakat JAWA sarawak yang tidak dikategorikan sebagai bumiputera Sarawak ,mengikut Perlembagaan Persekutuan Article 160(A). Berbanding dengan masyarakat keturunan Jawa di Semananjung Malaysia yang dikategorikan sebagai Bumiputera.
ReplyDeleteterima kasih atas komen anda =D
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan... saya berminat utk mengkaji kebudayaan masyarakat Jawa di Sarawak... jika ada kelapangan, boleh whatsapp saya... 0146944283 (Hazizy)
ReplyDeletesaudara hazizy, saudara boleh hubungi sy melalui emel shieldsahran@gmail.com untuk urusan tersebut. terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap artikel saya.
Delete