Monday 9 February 2015

Jenis Kalendar di Seluruh Dunia

Kalendar, benda yang kita hadap hari-hari. Kalau tak tahu kalendar nampak sangat duduk dalam gua bawah tanah. Kalendar merupakan benda penting dalam hidup manusia, terutama sekali bagi orang yang bekerja (sebab nak tahu hari gaji, due date bayar bil, bayar hutang, bayar itu, bayar ini etc). Buat masa sekarang, kalendar yang digunakan di seluruh dunia ialah Kalendar Gregorian, Kalendar Hijrah, Kalendar Hebrew, Kalendar Cina dan Kalendar Hindu. Tak lama lagi Kalendar Cina nak sambut tahun baru, yakni tahun kambing. Memandangkan aku dah sebut jenis2 kalendar yang kita gunakan sekarang, aku nak bagi pencerahan sikit.



1. Kalendar Gregorian

Kalendar Gregorian diasaskan oleh Pope Gregory XIII, yang memberi persetujuan untuk menjadikan 24 Februari sebagai hari lahir Jesus pada 1582. Pada 1582, kalendar ini disusun untuk menggantikan kalendar Julian dengan pembetulan jarak tahun sebanyak 0.002%. Kalendar Gregorian sebenarnya gabungan kalendar Julian serta penambahbaikan jumlah bulan, tahun dan nama bulan itu sendiri. Kalendar Gregorian juga memasukkan sistem tahun lama Anno Domini (AD) yang berasal dari abad ke-6. Kalendar ini berasaskan pusingan matahari.

2. Kalendar Hijrah

Kalendar Hijrah atau kalendar Islam merupakan kalendar 12 bulan dengan jumlah 354 hari dalam setahun. Ia digunakan untuk menentukan perayaan dalam Islam, menentukan tarikh berpuasa, musim haji dan juga hari-hari penting. Kalendar ini bermula pada detik penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah bersama rakan-rakannya pada 622 AD dan ia disebut sebagai Hijrah, H, atau AH (iaitu Anno Hegirae yang bermaksud 'tahun hijrah'). Kalendar ini berasaskan pusingan bulan.


3. Kalendar Hebrew

Kalendar Hebrew ini umumnya kalendar yang digunakan oleh kaum Yahudi. Ia antara kalendar lama bersifat lunisolar iaitu pencerapan terhadap bulan dan matahari. Ia masih digunakan sehingga sekarang bagi menentukan hari-hari utama untuk urusan keagamaan. Kalendar Hebrew pada masa sekarang merupakan penambahbaikan dan produk evolusi dari pengaruh Babylonia. Kalendar ini menggunakan sistem era Anno Mundi epoch yang bermaksud 'in the year of the world'. Kemudian, ia diselarikan dengan sistem era Anno Domini. Hari dalam kalendar Hebrew tidak ada jarak yang tetap. Ia hanya dicipta untuk menyatakan masa pagi dan malam. Kalendar Hebrew juga tidak ada penentuan masa, maka masa piawaian digunakan untuk menentukan masa-masa perayaan.


4. Kalendar Hindu

Kalendar Hindu wujud dalam himpunan pelbagai jenis kalendar yang berubah mengikut daerah. Dalam kalendar ini terdapat kalendar Malayalam, Nepali, Assamese, Bengali, Tamil, Vikrama Samvat, Shalivahana, Telangana, Maharashtra, dan Seemandhra. Setiap kalendar yang diselarikan, ia berasaskan dari sistem pertama yang diwujudkan oleh Vedanga Jyotisa dari Lagadha yang berasal dari Veda. Ia mengalami penambahbaikan ada abad ke-3, abad ke-6 dan abad ke-12. Secara keseluruhannya, kalendar Hindu merupakan kalendar lunisolar. Beberapa buah negara menggunakan kalendar ini iaitu Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka, Thailand dan India. India menjadikan kalendar Hindu sebagai kalendar kebangsaan.

5. Kalendar Cina


Kalendar Cina kebanyakannya digunakan oleh penduduk di Asia, terutama sekali Asia Tenggara. Ia bersifat lunisolar dan digunakan untuk menentukan banyak perkara seperti perayaan, perkahwinan, cuti, hari bertuah, dan kematian. Kiraan tahun kalendar bermula pada hari bulan gelap dan tamat pada hari sebelum bulan gelap pada tahun seterusnya. Kalendar Cina banyak digunakan dan diadaptasi mengikut kesesuaian tempat. Di Korea, Vietnam dan Ryukyu, kalendar ini diadaptasi sepenuhnya. Di Jepun, kalendar Cina sudah digunakan sebelum era Edo dan kemudian diselarikan dengan algoritma kalendar Jepun. Kalendar Cina mempunyai beberapa sistem era iaitu Anno Huangdi (bersempena dengan Huangdi, leluhur masyarakat Cina Han), Anno Yao (bersempena dengan Maharaja Yao), Anno Gonghe (bersempena dengan rekod sejarah), Anno Confucious (bersempena dengan nama Confucious, orang bijaksana pada zaman purba Cina) dan Anno Unity (bersempena dengan Maharaja Qin yang menyatukan China).


Terdapat beberapa buah kalendar yang jarang atau tidak digunakan lagi iaitu:

* Kebanyakan kalendar berasaskan pusingan matahari dicipta mengikut rekaan kalendar Julian. Kalendar Julian dicipta oleh Julius Caesar, maharaja Rom. Tahun lompat dimasukkan ke dalam sistem kalendar agar kalendar matahari selari dengan tahun tropikal dan penentuan perubahan musim juga jatuh pada bulan yang sama pada setiap tahun. Walaupun dimasukkan dengan pertambahan tahun lompat, isu tersebut masih tidak dapat diatasi dan berlaku beberapa masalah. Penambahbaikan kalendar Julian berlaku pada era Pope Gregory XIII dengan mencipta century rule dalam kalendar Gregory dan mengubah jarak kiraan daripada 365.25 hari kepada 365.2425 hari. Secara purata, tahun kalendar Gregorian ialah 26.78 saat lebih panjang dari dari kalendar tropikal.

@magi2015
Ruj: en.wikipedia.org| www.rmg.co.uk/default/files/media/pdf/calendars-of-the-world.pdf| calendopedia.com| altiusdirectory.com

No comments:

Post a Comment