Salam pepagi buta untuk sekalian pembaca blog MaGi. Ada ke burung hantu hari ini? Sekadar berbasa basi, aku bukannya team burung hantu dan aku sebenarnya sayang nak bazirkan kuota internet pagi Hotlink. So aku pun update entri last untuk bulan Januari. Tahun ni aku tak dapat update banyak entri dalam satu bulan sebab kerja aku belum setel lagi. Susah oo kalau asyik bertangguh-tangguh.
Pagi ini aku nak cerita, aku dah beli buku puisi Asang yang bertajuk....
Aku nak buat biodata ringkas sikit-
Judul: Pascatroma
Penulis: Asang
Penerbit: Terfaktab
Harga: RM 18
Bahasa pengantar: BM
Kategori: puisi/sajak
Berkenaan dengan buku puisi dari Asang ini...aku dapati buku puisi ini bersifat indie dan individualisitik (pendapat aku la...)
Opps, jangan terpedaya dengan cover book yang plain dan sederhana ni. Ada banyak puisi yang tajam dan menikam kalbu.
Other thing...ada unsur obscene yang menge-shock-kan aku selaku pembaca dari keturunan Hawa. Sungguh aku tertipu dengan kepolosan cover buku ini...oh tidak~
Kalau dinilai dari segi kualiti paper, aku berpuas hati. Font mungkin agak kecil sedikit bagi yang rabun tegar. Since aku tak rabun tegar, bukak spek pun aku masih boleh jalan tak langgar tiang...so aku tak komplen banyak pasal book physical secara overall.
Prakata buku ini ada cakap, this book is about man's mind. Buku ini tidak gay, tidak berbunyi pondan dan tidak melebihi kuasa Tuhan- okay, I get it. Jadi secara telusnya, ada beberapa frasa yang bersifat lelaki, maskulin dan lucah...boleh ke aku cakap macam tu? But, my review...again, pendapat aku la...
About price? Terima kasih kerana harganya amat berpatutan untuk sengkek dan kiam siap person like me. Begitulah dakwaanku terhadap diriku sendiri. Another thing I should say, this book masuk dalam carta Terfaktab- antara buku terlaku tahun lepas.
Ini dia buktinya. Source dari Terfaktab.blogspot (check no.13)
Dan akhir sekali...aku nak mention buku ini ada quotes yang menarik. The best quote so far ialah 'Hutang'. Nak tahu macam mana bunyi quote tu? Sila beli buku ini dan baca sendiri.
Baiklah, setakat ini saja review aku. Aku nak lengkapkan koleksi puisi aku...bolehlah aku hantar kat Terfaktab lepas ni dan berangan-angan nama aku terpampang di cover depan buku...ohoho~
@themagi2016
No comments:
Post a Comment