Saturday 2 January 2016

2016: Mulakan hari dengan Lawak Kampus!

Happy 2016! Walaupun lambat sehari, aku akhirnya dapat update entry pertama di bulan pertama tahun baru! Jujurnya aku mengaku, semalam aku tak update entri sbb aku pergi keluar jalan2. Selepas berjalan-jalan, aku singgah ke shopping complex. Bila dah singgah, aku ni jenis tak sanggup cuci mata. Batinku terdera bila nampak kereta mainan, figura Star Wars, baju, seluar (dasar kaki shopping). Memandangkan payment belum masuk dan aku redha tak cukup duit, aku pun beli kereta mainan Hot Wheels dan komik je. Bercakap pasal komik, Lawak Kampus jadi grand opening aku di tahun baru!

Yeah, aku dah dapat LK Jilid ke-25. Korang macam mana?


Sekarang, aku nak cerita pasal evolusi LK dari dulu sampai sekarang. Aku ada the whole collection, dari LK1-LK25, termasuklah yang special edition n sampul duit Encore serta edisi Hari Raya. Cuma buku Encore je aku tak ada. But still, collection aku 90% lengkap dan I loved all of it.


Now, aku nak perkenalkan koleksi feveret aku.

Lawak Kampus bertemakan meme dan 9GAG. Dari jauh aku boleh
nampak cover komik ni sbb kuning menyerlah.

Koleksi awal buku Lawak Kampus. Siap ada book jacket. Tapi
leceh sbb mudah tanggal.

Jilid kegemaran ramai, LK 16 bertemakan Big Bang.
Tak salah aku, salah seorang member Big Bang
ada tweet pasal komik ni.


LK Jilid 2 yang terkini, cover lebih cantik.
Aku boleh terlupa beli jilid ni sebab aku slalu
keliru between rebound dan revive.

LK 17 memperlihatkan kematangan karakter di bahagian
cover depan. Tapi content kat dalam, karakter still
keanak-anakan.


LK 24 yang bertemakan suasana kampung. Aku
suka jilid ni sebab memaparkan keindahan Malaysia
dan ada ciri-ciri Malaysian. Good job, Keith!

LK Connection, buku LK pertama yang tak
pakai book jacket lagi.

LK 22 yang memaparkan trend masa kini which is
#selfie dan instagram. Well, generasi masa sekarang.

LK 20, aku kira jilid ni kemuncak pada perubahan besar
setiap karakter. Kalau refer jilid sebelumnya, karakter suka
bermain yoyo, pakai hp Nokia, main mercun, main bunga api,
bersukan etc. Tapi jilid sekarang menunjukkan karakter menggilai
teknologi, fast food dan apps. 

Ini dia, LK Friends Edition. Dilukis oleh geng Keith.
Basically aku suka edisi ni sebab aku dapat tengok
idea setiap orang dalam 4 petak je. Banyak storyline
yg best2.

Owhhh, inilah koleksi aku kesemuanya. Dari LK1 sampailah
ke LK 25 + Friends Edition. Curious aku, sampai jilid brapa
Keith nak buat LK ni? Aku ingin sangat nak tengok geng LK
graduate dari sekolah dan buat reunion.

Okey, setakat ni je aku bebel pasal LK. Tak tahan nak bebel
banyak, tetiba aku nak baca the whole jilid bila aku dah selongkar
semuanya. Masa untuk  meng-komik-kan diri!

@themagi2016 (wooo...dah 2016 rupanya~)

No comments:

Post a Comment