Sunday 14 February 2016

Pelakon Wanita Filem Klasik & Cross-Dressing

Happy Sunday! Aku kembali memblogging hari ini sambil makan nasik goreng. Dan terlintas di fikiran aku pasal pelakon-pelakon wanita zaman dahulu. Kebanyakan karakter yang mereka pegang dalam filem sangat feminin dan menonjolkan sifat-sifat kewanitaan. Tapi ada beberapa orang pelakon wanita yang aku berjaya detect iaitu... melakukan cross-dressing pada era 60an. Mesti ada yang recall balik siapakah pelakon tersebut.

Okey, aku bagi senarai pendek (amat pendek~)

Image result for pelakon klasik sarimah
1. Sarimah Ahmad dalam filem klasik Dayang Senandong tahun 1965. Sarimah melakonkan watak Dayang Senandong yang hitam legam dan bertukar menjadi putih (tanpa bantuan QuPuteh) selepas melahirkan anak di dalam hutan. Kemudian dia menyamar menjadi lelaki demi menyelamatkan suaminya yang ditawan musuh.

Image result for saadiah
2. Saadiah Baharom dalam filem Panji Semerang tahun 1961. Saadiah melakonkan watak Puteri Cendera Kirana yang sering dianiaya saudara tirinya, Dewi Galuh Ajeng. Karakter Saadiah sebagai puteri raja berubah apabila terdapat cubaan membunuh ke atasnya dan terpaksa melarikan diri ke dalam hutan lalu mengubah dirinya menjadi Panji Semerang.

Image result for maria menado
3. Maria Menado dalam filem Siti Zubaidah tahun 1961. Maria melakonkan watak Siti Zubaidah yang taat dan sayangkan suaminya, Sultan Zainal Abidin. Karakter Maria mengalami perubahan apabila suaminya diculik Puteri China dan terpaksa menyamar menjadi lelaki demi menyelamatkan suaminya.


Image result for roseyatimah
4. Roseyatimah dalam filem Chempaka Biru tahun 1963. Sebenarnya aku tak berapa ingat jalan cerita ni. Yang aku tahu, Roseyatimah menyamar jadi lelaki lengkap bertanjak dan suara pun macho. Melalui Filemkita.com, sinopsis filem ni berkenaan dengan puteri raja yang hilang diculik lanun. Sebelum mangkat, Sultan meminta supaya anaknya dicari semula dan selagi anak itu tidak ditemui, sultan tidak boleh dikebumikan. Tetapi, salah seorang Datuk di Istana cuba menipu dengan mengambil gadis bernama Kenchana bagi menggantikan tempat Puteri Chempaka Biru.


Okey, setakat tu je yang aku tahu. Korang pulak macam mana?
@themagi2016

No comments:

Post a Comment