Monday, 23 May 2016

Cincang: Dendam Terbalas!

*Drum roll~

Diumumkan...buku aku yang pertama...berjaya diterbitkan...oleh Lejen Press!


Gila tak happy? Mesti la aku bersorak sorai sekarang ni sambil sujud syukur cium sejadah. Alhamdulillah, akhirnya usaha aku tahun lepas berjaya dibukukan dengan sempurna. Hasil usaha aku yang pertama, bukan mudah nak merealisasinya. Terima kasih daun keladi daun pisang daun rambutan dan banyak lagi daun kepada pihak Lejen Press kerana yakin dengan manuskrip aku. Best part, aku tak ada buat pembetulan pun untuk manuskrip tu. Yang dibetulkan cuma tajuk, tajuk yang asal agaknya tak catchy sangat.


Jadi, mari berkenalan dengan buku aku~

Judul: Cincang: Dendam Terbalas
Penulis: Shield Sahran
Terbitan: 2016
Harga: RM20
Penerbit: Lejen Press
Genre: Jenayah/Thriller/Seram/Psiko
ISBN: 9789670591551
Kategori: Bacaan Umum

Komen pembaca dari laman sesawang Good Reads:


By Heril Azwan: "Cincang, saya kira berdasarkan urban legend yang sama cuma diadun mengikut versi Melayu (Malaysia secara amnya). Apa yang saya puji, gaya penulisan penulis begitu padat, susunan yang ringkas serta diksi2 yang menarik...Rasa ngeri dan sadis pembunuhan mangsa2nya dapat dirasakan jugak sebenarnya..."

Menerusi TagSecond, mereka memberi pendapat yang menarik: "Anda dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini sejurus selepas makan...membaca di awal bab pertama membuatkan pembaca berteka-teki tentang apa yang cuba diketengahkan penulis..."


Dalam entri kali ini, aku nak promote sikit buku aku yang pertama. Diharap, sudilah anda..anda dan anda (pembeli berpotensi) membelinya. Sekian, terima kasih :)

@themagi2016

Koleksi Pearl Shawl dari Akhmasz Collection

Still in May! Yeah, masih panjang umur dan hirup udara percuma. By the way, aku bukan nak bagi barang percuma apatah lagi nak bagi ceramah motivasi. Aku buat entri ni untuk kongsi kebahagiaan kawan aku yang jadi pengusaha tudung. Once again, Akhmasz Collection muncul dengan shawl edisi terhad untuk meraikan Ramadhan dan Syawal. FYI, koleksi Pearl Shawl dari AC datang dalam pelbagai warna dan harganya pula cuma RM40. Edisi terhad tau. Takkan ada kat kedai lain. Untuk info lanjut, boleh cek FB tuan empunya (Nurul Akhma Morshidi) atau page Akhmasz Collection.

Mari jenguk pilihan Pearl Shawl dari Akhmasz Collection ^^

Pearl Shawl code PS003
Pretty Purple

Pearl Shawl code PS002
Mesmerizing light Maroon

Pearl Shawl code PS001
Precious Pink


Kalau dah suka, apa tunggu lagi? Hehe~


@themagi2016

Kronologi Pengembaraan Keling

Salam Mei, hari ke-23 tahun 2016. Hari ini aku mengarang entri berkenaan dengan Kronologi Pengembaraan Keling menerusi buku Jimmy Donald yang bertajuk Keling of the Raised World. Buku terbitan Fajar Bakti tahun 1991 yang dibeli dengan harga RM18.00 di kedai buku lama di Jalan Carpenter merupakan cerita lisan yang dibukukan setelah penulis melakukan perekodan cerita di bahagian Sri Aman, Cerita lisan itu dikutip dari 3 orang pencerita iaitu:

  1. Sigi anak Achng dari Nyelam
  2. Junau anak Sanggah dari Punggu Tapang
  3. Chakong dari Rapak

Kronologi Pengembaraan Keling
  1. Jemuring Gading merupakan anak sulung di dalam keluarga ketua Panggau Libau. Jemuring Gading mempunyai beberapa orang adik beradik iaitu Sang Gima, Senteba, Sentebai, Ribai dan Sabit Bekait. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Jemuring Gading mengambilalih tugas bapanya dan membahagikan harta pusaka keluarga kepada adik-beradiknya dengan adil dan saksama.
  2. Malangnya, adik-beradik Jemuring Gading iaitu Ribai dan Sabit Bekait tidak berpuas hati dengan pengagihan harta pusaka, Ribai dan Sabit Bekait pun meninggalkan Panggau Libau dengan rasa marah.
  3. Kemudian, Ribai dan Sabit Bekait datang menyerang Panggau Libau dan berjaya membunuh abang mereka, Jemuring Gading serta adik-beradik yang lain. Semua penyokong Jemuring Gading dibunuh dan dipancung kepala. Tetapi Ribai dan Sabit Bekait memutuskan tidak mahu memenggal kepala adik-beradik mereka. Maka, Jemuring Gading disemadikan di dalam tempayan dan diletakkan di hadapan rumah panjang manakala adik-beradik yang lain dikuburkan di tempat lain. Isteri Jemuring Gading, Sang Gima, Senteba dan Sentebai tidak dibunuh kerana mereka sedang mengandung.
  4. Setelah kematian Jemuring Gading, isterinya Sekurai Mayang telah melahirkan anak lelaki yang bernama Keling. Isteri Sang Gima, Senteba dan Sentebai juga melahirkan anak lelaki iaitu Sempurai anak Sentebai, Sempungga anak Senteba dan Laja anak Sang Gima. Keempat-empat anak mereka membesar tanpa bapa.
  5. Apabila Keling dan sepupu-sepupunya meningkat remaja, Keling berharap agar ada seseorang yang boleh mengajar dan memimpin mereka menjadi lelaki yang berkemahiran. Ibu Keling mencadangkan supaya Keling pergi meminta bantuan Nenek Dukun bernama Sindon. Nenek Dukun yang asalnya berjantina lelaki telah berubah menjadi perempuan kerana kekuatan ilmu saktinya. Maka, Keling pun segera mendapatkan Nenek Dukun untuk upacara membangkitkan semula sisa Jemuring Gading yang disimpan di dalam tempayan.
  6. Setelah Nenek Dukun melakukan upacara selama 7 tahun, 7 bulan, 7 minggu dan 7 hari, sisa Jemuring Gading berjaya dibangkitkan dan kebangkitan itu menyerupai seorang lelaki tua yang berambut ganjil. Lelaki tua itu digelar sebagai Bujang Tua (Old Bachelor) dan menjadi guru yang banyak mengajar Keling dan sepupu-sepupunya cara menangkap ikan, menjerat burung, menanam padi dan memenggal kepala musuh.
  7. Apabila Keling cukup umur, Keling dijodohkan dengan Kumang si dewi kecantikan yang berasal dari Gelong Batu. Kedua-duanya bersetuju dan menunggu masa untuk disatukan. Tetapi, Makcik Sampan yang suka menjaja cerita telah memburuk-burukkan Kumang di hadapan ibu Keling dan memfitnah Keling di hadapan keluarga Kumang. Akibat perbuatan Makcik Sampan, hubungan Keling dan Kumang terputus. Keling sangat kecewa lalu pergi menjerat burung bersama sepupunya. Malangnya, Keling gagal memperoleh apa-apa dan menyebabkan ibu Keling hampa sedangkan ibu Keling sangat bangga dengan kebolehan anaknya. Akhirnya, Keling mengambil keputusan untuk pergi mengembara di dalam hutan.
  8. Setelah beberapa hari berlalu, ibu Keling berasa susah hati dan meminta bantuan Laja, Sempungga dan Sempurai pergi mencari Keling. Mereka mencari Keling selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya. Selepas puas mencari, mereka menganggap Keling mati dan membuat upacara mengenang pemergian Keling.
  9. Tanpa pengetahuan keluarga, Keling telah merantau jauh dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Hasil pengembaraan Keling, dia telah bertemu dengan raksasa bernama Gerasi, memperoleh tangkal, azimat dan seketul berlian. Apabila Keling mengakhiri pengembaraannya, getah pokok telah melekat di kulit Keling dan Keling tampil seperti lelaki tua. Seorang anak kecil dari Gelong Batu telah menemui Keling dan membawa Keling pulang ke rumah panjang Kumang. Di sana, Keling berkawan dengan Ngelai dan memperkenalkan diri sebagai Sebungkok di hadapan ibu Ngelai.
  10. Sepanjang tinggal di Gelong Batu, Keling cuba mendekati Kumang. Keling mendapat tahu Kumang masih belum berpunya walaupun sudah lama putus tunang dengan Keling. Pada awalnya, Kumang tidak suka dengan kehadiran Keling tetapi setelah Keling berjaya menangkap ikan kegemaran Kumang, Kumang mula menerima Keling yang masih menyamar sebagai Sebungkok. Lalu, Keling mendekati Kumang pada sebelah malam dan mereka berbual di dalam gelap. Kumang menyangka Ngelai yang cuba memikatnya. Maka, Kumang meminta Ngelai menikahinya manakala Sebungkok dijodohkan dengan Lulong, kawan Kumang.
  11. Gelayan, lelaki yang menyukai Kumang merasakan Sebungkok seperti satu ancaman di Gelong Batu. Gelayan juga tidak suka Sebungkok mendekati Kumang. Maka Gelayan mengajak Sebungkok bertanding iaitu memburu, menyepak tempat penampi, membelah batang alu, melompat jauh, mendaki gunung Gelong dan membakar sungai Gelong. Sebungkok berjaya memenangi pertandingan tersebut tetapi penduduk Gelong menderita kerana tidak ada air selepas kebakaran sungai Gelong. Sebungkok pun membelah langit untuk mendapatkan air dengan tangkal yang diperoleh semasa mengembara.
  12. Selepas menggunakan tangkal tersebut, Keling mendapat alamat bahawa Sabit Bekait sedang menyiapkan tentera untuk menyerang Panggau Libau. Keling berasa susah hati.
  13. Seterusnya, Gelayan datang semula dan mencabar Sebungkok bersabung ayam. Sebungkok berjaya mengalahkan Gelayan. Menyedari kehebatan Sebungkok, Gelayan mengajak Sebungkok menyertai peperangan melawan Sabit Bekait yang sedang berkuasa di langit. Sebungkok bersetuju. Ketika Gelayan membina tangga menuju ke langit, tangga tersebut roboh dan Bujang Tua segera mencari orang yang pandai membuat tangga ke langit. Kehebatan Sebungkok berlawan dengan Gelayan telah sampai ke pengetahuan Bujang Tua dan Sebungkok disuruh membina tangga ke langit. Sebungkok berjaya dan kehebatan Sebungkok mengingatkan Bujang Tua terhadap Keling. Maka, Keling dilantik menjadi ketua dan berperang dengan pihak Sabit Bekait. Sabit Bekait tumpas.
  14. Sebungkok pulang bersama tentera sambil membawa trofi kepala musuh. Seterusnya Sebungkok menghadiri majlis di rumah panjang Gelong. Rahsia Keling yang menyamar sebagai Sebungkok akhirnya diketahui Kumang.
  15. Lulong, tunangan Keling ketika menyamar sebagai Sebungkok akhirnya menyerahkan Keling ke tangan Kumang semula. Keling dan Kumang diraikan dalam majlis pernikahan yang gilang-gemilang. Lulong pula dijodohkan dengan Laja, sepupu Keling. Keling digelar sebagai Raja Berani dan kehebatan Keling sebagai pahlawan Iban pun dikenang sehingga ke hari ini.

@themagi2016

Sunday, 22 May 2016

Latar Belakang Pahlawan Keling

Salam Mei, hari yang ke-22 dalam bulan 5. Ketika rakan seperjuangan aku tengah sibuk berkursus, aku sibuk mengadap blog dan tepis-tepis debu yang berniat nak buat sarang. Itulah aku, yang tengah serabut dengan gangguan. Tolonglah gangguan, jangan serabutkan kepala otak aku. Aku nak mengarang nih!

Okey, back to the main story. Hari ini, aku nak buat sedikit entri tentang latar belakang pahlawan Iban yang sangat terkenal iaitu Keling. Hari Gawai tak lama lagi, pasti ada pesta Kumang Gawai dan Keling Gawai. Tapi berapa ramai yang tahu pasal Keling dan Kumang? Sebelum ini, ada pengarah dari KL berminat nak tahu pasal kisah Keling. Malangnya, aku tak dapat nak tolong banyak dan aku cuma mampu bagi info yang ala kadar. Kemudian, masa aku pergi jalan-jalan di Carpenter Street (Kuchingites mesti tahu tempat ni), aku masuk satu kedai buku lama dan aku terjumpa satu buku terbitan Fajar Bakti tahun 1991. Tak disangka-sangka, buku itu bertajuk Keling of the Raised World, hasil tulisan Jimmy Donald. Buku itu merupakan usaha Jimmy Donald membukukan kisah Keling yang biasanya disampaikan dalam bentuk lisan.

Sekarang, kita beralih kepada latar belakang Keling (hasil pembacaan buku Keling of the Raised World)

Nama: Keling
Gelaran: Si Raja Berani
Nama samaran: Sebungkok

Tunangan
1) Kumang (ikatan pertunangan terputus akibat fitnah Makcik Sampan)
2) Lulong (dijodohkan oleh ibu Ngelai, kawan Keling ketika Keling menyamar sebagai Sebungkok yang bermuka tua)

Nama bapa
Jemuring Gading (KetuaWilayah Panggau Libau)- mati dibunuh oleh adik-beradiknya sendiri kerana berebutkan harta dan kuasa.

Nama ibu
Sekurai Mayang (juga dikenali sebagai Semanjar Matahari Dayang Kererang Bintang Dani)

Saudara-mara
1) Sang Gima 
2) Senteba 
3) Sentebai 
4) Ribai /pengkhianat 
5) Sabit Bekait /pengkhianat

Sepupu
1) Sempurai anak Sentebai
2) Sempungga anak Senteba
3) Laja anak Sang Gima

Isteri
Kumang, Si Dewi Kecantikan (berasal dari Wilayah Gelong Batu)

Barang-barang sakti milik Keling yang diperoleh dalam pengembaraan di dalam hutan
1) Seketul berlian
2) Azimat milik raksasa bernama Gerasi
3) Tangkal peperangan pemberian lelaki tua

Penasihat Keling
Bujang Tua (Jimmy Donald menggelar Bujang Tua sebagai Old Bachelor dalam bukunya). Bujang Tua berasal dari sisa Jemuring Gading yang disimpan di dalam tempayan pengebumian.

Pembantu Keling
Nenek Dukun yang bernama Sindon. Sindon yang telah menghidupkan sisa Jemuring Gading menjadi Apai Tua dengan kuasa jampi yang dilakukan selama 7 tahun, 7 bulan, 7 minggu dan 7 hari. Berkat bantuan Sindon, Keling mendapat guru Apai Tua yang banyak mengajarnya ilmu menanam padi, menjerat burung, menangkap ikan dan memburu kepala.

Pesaing
Gelayan (lelaki yang menyukai Kumang dan tercabar dengan kehebatan Keling)

Musuh Keling: Sabit Bekait


Untuk kronologi kisah pengembaraan Keling, aku akan kopek di dalam entri yang akan datang.

@themagi2016

Tuesday, 17 May 2016

Komik Seram Favourite

Salam Selasa! Finally, aku dapat update entri untuk bulan Mei. Tak sangka tahun ni aku dapat banyak responsibility (means, aku dapat kerja), so memandangkan aku tahu aku banyak kerja sekarang ni...wajiblah aku mencari sedikit hiburan. Ya, hiburan. Takkan nak stres berpanjangan kan?

Makanya, aku selaku collector telah mendapatkan hobi baru (selain dari kumpul setem, duit syiling, buku, toys dan mini car). Nowadays, aku tengah sibuk menambahkan koleksi komik seram- sesuai dengan creepiness level aku.

Mari cek komik seram atas rak buku aku>>

Si Kembar Furou. komik pasal adik-beradik kembar yang boleh tengok hantu. Jalan cerita nice dan comel.

Roh Mata Satu 1&2, kisah balas dendam seorang gadis yang dianiaya.

Pemburu Igauan Ngeri, komik tentang sains fiksyen yang ada unsur jenayah.

Azab Remina, kisah planet Remina yang sangat creepy dan ganas.

Warkah Momok 1 & 2, cerita dari surat kiriman peminat Sugawa Maki yang berunsurkan pengalaman seram.

Senarai komik terjemahan dari Jepun.

Senarai komik dari komikus Malaysia.

Satu-satunya komik terjemahan dari Thailand.




@themagi2016