Wednesday, 4 June 2014

Resepi Suman Bandung

Lama tak post pasal resepi. To be honest, aku bukannya pro sangat bab masak2. Tapi entri kali ni pasal resepi. Kuih tradisional yang dinamakan sebagai suman bandung. Apakah? Kalau di tempat lain mungkin kuih ni dikenali sebagai lepat ubi, dibungkus dalam daun pisang. Terdapat teori mengatakan suman yang ori sebenarnya diperbuat daripada tepung sagu (lemantak) dan udang (payak merah). Ntah, selama ni yang aku tau suman ni diperbuat daripada ubi kayu. Lain tempat lain resepi kot? Sekali dengar mungkin korang ingat something pasal Bandung kat Indonesia nun. FYI, word 'bandung' tu sebenarnya 'ubi kayu' tapi tak semestinya air bandung di Sarawak ni diperbuat daripada ubi kayu. 

Apa yang aku merepek ni?

Okay, proceed to resepi>>

Bahan-bahan

  1. Ubi kayu dikisar atau diparut halus. Tapi lagi baik diparut. Hasilnya authentic gitew.
  2. Gula melaka atau gula apong. Tanak gula biasa atau gula-gula.
  3. Madu lebah atau madu kelulut. Bila siap nanti hasilnya lebih menawan dan berkilat.
Cara penyediaan
  1. Mula-mula, gaulkan ubi kayu yang dikisar/diparut bersama gula melaka/apong sehingga sebati. Kemudian, masukkan sedikit madu lebah.
  2. Pilihan kedua, anda boleh masukkan santan sedikit bagi sesiapa yang suka perisa lemak-lemak ni.
  3. Kemudian, letakkan ubi kayu yang siap digaul tu di atas daun pisang yang dah diwap. Jadi senang sikit nak lipat daun pisang.
  4. Sesudah itu, masukkan di dalam pengukus, susun elok-elok dan tunggu sampai daun pisang kelihatan layu. Maksudnya, suman sudah siap.
Ni sample gambar suman yang aku snap semalam.

Glowing tak?
Siap dikukus

@themagi2014

No comments:

Post a Comment