Monday 6 June 2016

Memahami Palindrom

Salam Isnin, 06 Jun dan Salam Ramadhan untuk pengunjung MaGi. Hari ni, aku nak buat entri santai dan kita main Palindrom. Apa itu Palindrom?- okey, itu soalan jangkaan yang biasa. Sekadar nak bagitahu, Palindrom bukan sejenis sindrom. Tahu tak semua kita sebenarnya dah biasa dengan Palindrom? Menarik, kan? Mesti ada yang terfikir apa kaitan hidup kita dengan Palindrom. 

To be truth, hari-hari kita bermain dengan Palindrom. Mari, aku bagi definisi Palindrom.

Palindrom: sebuah kata, frasa, angka, atau susunan lainnya dapat dibaca dengan baik sama ada dari depan atau belakang.

So, dah tahu kan apa kaitan hidup kita dengan Palindrom? Mari, aku bagi contoh perkataan Palindrom yang kita tahu dan biasa sebut:

  • kacak
  • katak
  • kutuk
  • kakak
  • kodok
  • kayak
  • kapak
  • kokok
  • bab
  • asa
  • isi
  • ini
  • malam
  • parap
  • tamat
  • taat
Contoh Palindrom angka:
  • 01022010 (01 Februari 2010)
  • 111111 (11 November 2011)
Ayat Palindrom dalam Bahasa Inggeris:
  • Was it a rat I saw?
  • No, Mel Gibson is a casino's big lemon
  • Don't nod
Ayat Palindrom dalam Bahasa Jawa:
  • Iki opo ikin (aku jumpa dalam blog dari seberang)
Perkataan Palindrom yang dibolak-balik dan membawa maksud berlainan:
  • harum--murah
  • haram--marah
  • amal--lama
Nama Palindrom
  • Habibah
  • Nisio Isin (nama orang Jepun- penulis Jepun)
  • Lon Nol (nama Perdana Menteri Kemboja)
  • Mike Kim 
  • Emma Lamme (nama orang Finland)
Contoh ayat Al-Quran yang ada unsur Palindrom


 Surah Muddathir ayat ke-3 (74:3)


وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

Maksud: Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 
Huruf Wa adalah bermaksud 'Dan' membawa tanda sebagai permulaan ayat tersebut yang bersambung ayat sebelumnya. Jika 'Wa' dialih dan kalimah dipecahkan, ia menjadi:

رَبَّكَ فَكَبِّرْ

رب ب ك ف ك ب ب ر


Dan akhir sekali, istilah ketakutan terhadap Palindrom ialah:

Image result for aibohphobia

@themagi2016
ruj: arriesfamily.blogspot.com | 7ilmu.blogspot | www.kompasiana | en.wikipedia.org | urbandictionary.com

No comments:

Post a Comment