Friday, 3 June 2016

Syiling Pelbagai Negara

Good morning, peeps! Aku cuti hari ni, indah songgoh rasanya. Memandangkan internet bagi kerjasama, aku nak update entri ke-2 di bulan Jun. Dah lama aku nak buat entri ni sebenarnya tapi aku berdepan dengan masalah henpon tak canggih. Pakai edual je, kamera tak ohsem. Untuk entri ni, aku pamerkan koleksi mini numismatik syiling pelbagai negara yang ada dalam simpanan aku dan syiling yang mana yang paling aku suka tengok. Berkat ke'ohsem'an kamera S7 (thanks bro for your amazing phone), masalah henpon tak canggih berjaya diatasi.

Tak nak taip banyak, mari tengok syiling yang aku ada>>>



Syiling 1 sen Amerika tahun 1991 dengan ukiran muka Abraham Lincoln


Syiling 20 sen Kerajaan Brunei tahun 2005 dengan ukiran muka Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Syiling 1 yuan dari China dengan ukiran simbol pokok buluh

Syiling 10 sen tahun 2003 dari Eropah dengan ukiran harp

Syiling 25 piso tahun 1970 dari Filipina dengan ukiran muka Juan Luna

Syiling 1 piso tahun 1994 dari Filipina dengan ukiran muka Jose Rizal

Syiling 10 paise tahun 1986 dari India dengan ukiran tugu singa Asoka

Syiling 100 rupiah dari Indonesia dengan ukiran rumah Minangkabau

Syiling 50 lire tahun 1967 dari Itali dengan ukiran 'coin to the service of man'

Syiling 20 fills tahun 1977 dari Kuwait dengan ukiran bahtera

Syiling $1 tahun 1980 dari Malaysia dengan ukiran simbolik Maal Hijrah

Syiling 1 pound tahun 2005 dari Mesir dengan ukiran King Tutankhamun

Syiling 1 leu tahun 1992 dari Romania dengan ukiran simbolik

Syiling 5 sen tahun 1967 dari Singapura dengan ukiran angsa

Syiling 1 Bath dari Thailand

Syiling 1 dirham tahun 1973 dari UAE dengan ukiran teko kopi Dallah

Syiling 1 shilling tahun 1962 dari United Kingdom dengan ukiran muka Queen Elizabeth II



p/s: merancang nak buat entri duit syiling lama, kalau ada masa la~

@themagi2016

No comments:

Post a Comment