Thursday 2 June 2016

Hobi: Kumpul Figurine III

Selamat nemuai ka blog aku! Tiba-tiba nak jako (cakap) Iban hari ni semalam Gawai Festival, tak tahu la betul ke grammarnya. Kalau dulu aku pergi ngabang (berkunjung) rumah member. Tapi sekarang, aku 'ngabang' di mall sebab member banyak duduk jauh-jauh. Memandangkan hari ni hari cuti dan aku rasa sangat ohsem...haruslah update blog dengan entri yang ohsem iaitu---> kumpul figurine.

Setelah membanting tulang berkerat-kerat dan asyik self-reward setiap kali masuk kedai toys (because I worth it...so aku lupa aku punya bajet bulan ni), aku angkut beberapa bijik figura baru yang ohsem kuasa 3. Aku tak nak tulis banyak, aku tak sabar nak tunjuk koleksi terbaru. Jom tengok :)


Kurosaki Ichigo dari anime Bleach dengan pedang
Zanpakuto Tensa Zangetsu

Kurosaki Ichigo dari anime Bleach dengan pedang
Zanpakuto yang besar.

Rukia Kuchiki dari anime Bleach dengan pedang
Sode no Shirayuki (Sleeve of White Snow)

Ulquiorra Schiffer (karakter favourite aku) dalam anime
Bleach dengan pedang Murcielago/Murushierago. 

Uryu Ishida dalam anime Bleach dengan busur 
Heilig Bogen.

Darth Vader (Star Wars) 20 cm versi Minion Dave
(with light + sound kat biji mata)

Stormtrooper First Order  dengan saiz
3.75 inci dari Hasbro.

Snow Mission First Order Snowtrooper dengan saiz 3.75 inci
dari Hasbro. Harga memang 'ohsem' tapi good thing is...
adik aku yang tolong beli. Thanks bro~




Sekarang, aku tengah hunting beberapa bijik figura di kedai toys. Harap-harap,
toys tu setia menunggu aku *gelak sambil kira duit syiling~

@themagi2016

No comments:

Post a Comment