Again, aku kembali lagi. Op coz, aku nak update entri pasal jalan-jalan. Tapi aku takkan nak jalan je, kan? Kalau dah jalan, mesti aku lapar. Kalau dah lapar, aku mesti nak makan. Kalau nak makan, mesti la aku nak cari kedai. Biasanya aku ni jenis nak cepat and aku selalu melepak kat restoran fast food. Memang lifestyle aku agak teruk, so jangan contohi aku. Tapi memandangkan hari tu aku tak dapat berkunjung ke kedai 'atuk' aku atau kedai encik 'clown', atau kedai encik 'raja'...aku pun memutuskan untuk ke kafe di Jalan Satok. Kuchingites sure tahu kafe ni. Tak lain dan tak bukan....Lock Ann Cafe~
credits: my scribbling place
Ini la rupa kafe Lock Ann kat bahagian depan.
credits: my scribbling place
Ini la rupa kafe Lock Ann kat bahagian depan.
Okay, menurut statistik Foursquare, kafe ini dalam ranking #5 dalam kedai dessert kegemaran di Kuching dengan rating 7.4/10. Tripadvisor bagi 3.5/5 untuk kafe ni while Komuniti Facebook bagi 4.1/5. Cukup bagus bagi aku. The best part ialah, they served halal food (no pork, no lard). So, obviously customernya Muslim yang suka makan ais masa lunch di hujung minggu (macam parent aku).
Actually kafe ni terletak kat junction Rubber Road dan Green Road. Mr. Tauke ialah Chinese dan pekerjanya Melayu. Customernya memang pelbagai- Mat Saleh pun ada. Kat kafe ni jugak ada banyak menu. Semestinya ais kacang. Tapi selain dari ais kacang, ada jugak menu lain yang jadi menu favourite customer. Korang boleh check sendiri kat Google. Tapi menu yang selalu aku order ialah:
Yes! Rojak sotong kangkung. Sambal tu pergh pekat,
sotong kenyal dan kangkung cukup usia. Bodoh le
aku kalau tak pesan menu ni.
Ini dia, minuman sejuk favourite aku Cincau sarsi.
Menyegarkan tekak lepas jalan-jalan di shopping
complex. Terus segar badan aku lepas slurp minuman ni,
rasa bertenaga balik nak sambung shopping...hihu~
ABC Special. Mak aku suka menu ni, ada nata de coco.
Extra kacang merah, extra jagung. Tak terlalu manis
ais pun gebu. Abah aku pula pesan ais cendol (aku tak
sempat nak snap gambar sebab abah dah korek ais cendol
dia). Ais cendol kat kafe ni digemari sebab cendol kafe ni
lembut, tak kejung and tak terlalu besar. Sedang-sedang je
saiz, tak menakutkan.
Haa, ini rojak buah. Favourite customer. Aku pun
suka sebab potongan timun, sengkuang dan nanas
dalam saiz yang boleh dikatakan besar. Rangup, segar
dan sambal rojak tu banyak. Tak kedekut macam kat
sesetengah kedai rojak. And dalam rojak buah ni ada
tauhu goreng. Em, aku suka tauhu goreng.
And...bila sebut pasal tauhu goreng, ini menu
paling aku suka. Tak sah kalau tak pesan. Kalau
tak pesan, aku menyesal sampai aku kutuk diri
aku dalam mimpi. Ini dia, taufu goreng- spesis
tauhu. Mesti korang pelik, taufu goreng kosong
yang rasa tak berapa nak masin ni jadi ultimate
menu aku kat kafe ni? Korang cubalah sendiri.
Lepas tu baru korang judge.
Well, ada banyak menu kat sini, tapi aku ni jenis
setia. So, repeat order la kesimpulannya. Gais,
jangan lupa try kalau ada kat Kuching :)
@themagi2016
No comments:
Post a Comment