Tuesday 4 April 2017

8 Pigmen Warna Luar Biasa Di Dunia

Hello April. Musim bunga sudah tiba di negara 4 musim. Tapi kat tempat aku cuma cuaca panas. At least kat luar ofis aku nampak bunga-bunga tengah berkembang. Stres mengadap perangai orang pun hilang bila tengok bermacam-macam warna kat depan mata. Memandangkan mukadimah aku ada kaitan dengan warna, jadi aku decide nak kongsikan info mengenai warna. Kebanyakan orang dah tahu pasal warna primer, sekunder dan tertiar. Tapi berapa ramai yang tahu info mengenai 8 pigmen warna yang luar biasa?

Jom baca >>


Image result for egyptian blue
Credits: Journal of ART in Society
Biru Mesir (Egyptian Blue)
Pigmen warna ini digunakan di Mesir selama ribuan tahun. Kandungan pigmen ini terdiri silica, lime, copper dan alkali dan ia merupakan pigmen sintetik pertama di dunia. Pigmen ini direka bagi menggantikan pigmen warna lapis lazuli yang diperbuat daripada batu lapis lazuli yang berharga . Pigmen warna ini digunakan untuk membuat kerja-kerja kraftangan seperti pasu, manik, scarab dan sebagainya. Pigmen warna ini juga digunakan ketika empayar Rom berkembang.


Image result for han blue
Credits: Pinterest
Biru Han/Biru Cina (Han Blue/Chinese Blue)
Pigmen warna ini merupakan pigmen warna sintetik yang dihasilkan di China ribuan tahun yang lalu. Sebelum pigmen warna ini dicipta, sumber warna biru di China ialah dari azurite (sejenis batu kristal). Pigmen warna ini mengandungi barium, copper, silicon dan oxygen. Menurut perbandingan antara biru Han dan ungu Han, pigmen ini stabil dari aspek campuran kimia dan haba.


Image result for han purple
Credits: cfileonline.org
Ungu Han/Ungu Cina (Han Purple/Chinese Purple)
Pigmen warna ini merupakan pigmen warna sintetik dari China pada era dinasti Han dan penghasilan pigmen ini terjadi apabila pakar kimia pada era itu cuba untuk menghasilkan batu jed secara sintetik. Pigmen warna ini mengandungi bahan yang sama seperti biru Han tetapi ia berbeza dari segi struktur, formula dan komposisi secara kimia. Pigmen warna ini telah digunakan dalam penghasilan seni patung teracotta dan misteri pigmen ini masih dikaji sehingga kini. Menurut perbandingan ungun Han dan biru Han, pigmen ini kurang stabil dari aspek campuran kimia dan haba.


Image result for mayan blue
Credits: Pinterest
Biru Mayan (Mayan Blue)
Pigmen warna ini dihasilkan ketika era pra-Colombia Meso America seperti empayar Maya dan Aztec. Ciri-ciri pigmen ini ialah dari aspek kecerahan warna biru azure yang unik dan campuran pigmen itu sendiri iaitu berasaskan organik dan bukan organik iaitu dari daun tumbuhan bernama anil, dicampur dengan bahan kimia bergelar palygorskite dan tanah liat semulajadi yang bukan berasal dari kawasan Mesoamerica malah ia tahan dari rintangan cuaca, Pigmen ini digunakan dalam kerja-kerja seni, kraftangan, mural, ukiran dan juga tekstil.


Image result for tyrian purple powder
Credits: Royal Society of Chemistry
Ungu Tyrian (Tyrian Purple)
Pigmen warna ini telah dihasilkan seawal 1570 BC di Phoenicia Purba, salah sebuah kota penting pada zaman kegemilangan Greek. Pigmen ini mendapat perhatian yang tinggi kerana ketahanan pigmen tersebut dan kualiti warnanya. Ia dihasilkan dari siput laut yang digelar Murex dari spesis keluarga Muricidae. Pigmen ini bersifat semulajadi, menjadi warna diraja, merupakan barangan mewah di dalam perdagangan dan mendapat pengiktirafan dari empayar Rom.


Image result for dragon's blood pigment
Credits: Marianne Webb
Darah Naga (Dragon's Blood)
Pigmen warna ini dihasilkan dari resin merah dari pelbagai sumber tumbuhan seperti croton, dracaena, daemonorops, calamus rotang dan pterocarpus. Ia digunakan dalam perubatan, varnis, penghasilan kemenyan dan juga pencelupan warna. Setiap tumbuhan untuk menghasilkan pigmen ini didapati di kawasan yang berbeza seperti dracaena di Pulau Canary, daemonorops di kepulauan Indonesia dan croton pula di Equador, Brazil atau Peru. Pigmen ini juga dipercayai mempunyai kekuatan mistik dan ia digunakan dalam ilmu mojo/sihir/hoodoo bagi golongan Africa-America dan juga ahli sihir neopagan. 


Image result for tyrian purple powder
Credits: Royal Society of Chemistry
Lapis Lazuli
Lapis lazuli merupakan pigmen warna yang dihasilkan dari batu lapis lazuli. Ia merupakan pigmen warna berharga memandangkan batu lapis lazuli itu sendiri merupakan sejenis permata. Kandungan pigmen warna terdiri daripada lazurite, calcite, sodalite dan pyrite. Pigmen warna ini digunakan dalam lukisan jenis oil painting dan juga watercolour painting (lukisan yang bertajuk The Ascension menggunakan pigmen warna ini).


Image result for white lead pigment
Credits: Faydon
Plumbum putih (White Lead)
Pigmen warna ini telah digunakan dalam kerja-kerja seni lukisan potret jenis oil painting. Kaedah Dutch dalam menyediakan pigmen warna ini ada dinyatakan oleh Theophratus of Eresos (ahli filsuf dari Greek/anak didik Aristotle). Pigmen ini dihasilkan dari bahan carbonate dan hydroxide ions, serta bersifat mineral. White lead juga pernah digunakan dalam pembuatan kosmetik yang digelar Venetian ceruse yang menjadi pilihan Elizabeth I sehingga merosakkan kulitnya. Walau bagaimanapun, white lead mempunyai kandungan racun dan kebanyakan negara mengharamkan penggunaannya.


@themagi2017
ruj: wikipedia | hyperallergic.com | ancient-origins.net 

No comments:

Post a Comment