Monday 17 April 2017

Nuansa Indonesia di Perkampungan Kuching

Kuching, sebuah bandaraya di Sarawak. Ditadbir oleh dua gabenor dan dikenali sebagai 'cat city'. Sebagai sebuah kota yang sudah lama wujud, Kuching menyimpan pelbagai sejarah di setiap sudut. Berbeza dari mana-mana bandaraya yang terletak berhampiran dengan laut seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu atau Melaka, Kuching terletak di tepi Sungai Sarawak. Sungai tersebut telah menghubungkan jaringan perdagangan, kepelbagaian budaya,  dan juga pertukaran ilmu.

Tarikan Kuching boleh dilihat menerusi keindahan tebingan Kuching pada sebelah petang, laksa Sarawak, dan pengaruh senibina abad ke-19. Selain itu, tarikan lain di Kuching ialah nuansa Indonesia yang diterapkan di dalam perkampungan Kuching. Seperti yang diketahui, Kuching mempunyai senarai nama perkampungan yang diberi bersempena dengan nama daerah/kawasan di Indonesia dan ia memberi petunjuk mengenai hubungan Kuching-Indonesia di masa lalu.

Antara nama-nama daerah/kawasan Indonesia yang dijadikan nama perkampungan di Kuching ialah:

Image result for kampung boyan kuching
Credits: Panoramio.com
Kampung Boyan, Kuching (dan juga Pangkalan Encik Omar).
Di Indonesia, nama Boyan dieja sebagai Bawean dan ia
merupakan sebuah pulau yang terletak 150km di Laut Jawa.

Image result for kampung gersik kuching
Credits: Uncleawangcapture.blogspot.com
Kampung Gersik, Kuching (dan bumbung DUN baru Kuching).
Di Indonesia, nama Gersik dieja sebagai Gresik dan ia merupakan
sebuah daerah di Jawa Timur.


Related image
Credits: Mapcarta.com
Kampung Semarang, Kuching. Di Indonesia, Semarang
merupakan sebuah bandaraya besar di Jawa Tengah sejak
abad ke-15, pernah dikuasai oleh Belanda selama ratusan
tahun dan pernah dijajah oleh kuasa Jepun pada Perang
Dunia ke-2.

Map of Kampung Demak Baru Fasa 1, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Credits: Google Map
Perkampungan Demak, Kuching merupakan sebuah kawasan
penempatan besar yang dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu Demak Jaya, Kampung Demak Baru Fasa I & II. Laluan di
sekitar penempatan ini dikenali dengan nama Wali Songo seperti
Jalan Kalijaga, Jalan Sunan Ampel dan Jalan Gunung Jati. Di
Indonesia, Demak merupakan merupakan sebuah daerah di Jawa
Tengah dan tempat bermulanya Kesultanan Demak- juga tempat
bermulanya kemahsyuran sembilan wali warak di Tanah Jawa.

Image result for kampung sourabaya kuching
Credits: iamyourgurupntay.blogspot.com
Kampung Surabaya, Kuching yang terletak berhampiran
dengan Kampung Boyan, dihubungkan dengan sebuah
jambatan. Di Indonesia, Surabaya ialah ibu kota di Jawa
Timur dan kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.



@themagi2017
ruj: wikipedia | kompasiana.com | sarawak tourism

No comments:

Post a Comment