Sunday 21 May 2017

Hobi: Kumpul Figurine VII

Hai! Seperti yang dijanjikan kat entri sebelum, aku nak update pasal item yang aku purchase kat Lazada. Untuk batch pertama, aku beli banyak toys. Rosak jiwa raga aku bila nampak banyak toys dalam Lazada. Tapi memandangkan aku masih waras maka aku beli toys yang tak terlalu mahal. So far, proses 'hunting' masih berjalan. Ada 2-3 jenis toys yang aku masih cari. Kalau dah dapat semua, barulah dapat slow down. Okay, aku tak nak tulis panjang-panjang sebab aku penat. Mari proceed and enjoy reading!

Item pertama yang aku add dalam cart Lazada ialah Black Beard Lucky Stab bersaiz XL. Aku dapat tahu pasal item ni melalui rancangan Running Man. Bila aku jumpa di Lazada dengan harga yang sangat berpatutan, patutkah aku pejam mata dan ignore? Haha, memang taklah.

Second item yang aku purchase di Lazada ialah wooden human mannequin. Mula-mula aku tertarik dengan benda ni bila aku nampak kawan aku post gambar mannequin kat IG. Aku pun cari kat Lazada. Then aku ternampak mannequin yang sama dalam videoklip lagu Alif Aziz yang pasal tagging-flirting tu. Makin kuat keinginan aku nak dapatkan mannequin ni. Now, mannequin tengah dancing dalam bilik tidur aku. Keep dancing, dear~


Yang ni third item yang aku purchase di Lazada. Tapi yang kedua sampai kat rumah aku. Nendoroid One Punch Man karakter Saitama ni memang susah nak jumpa kat kedai toys di Kuching. Aku dah cari banyak tempat. Last-last aku merujuk ke Lazada sebab aku nak sangat beli Saitama. Selepas puas mencari dan menjelajah dalam Lazada, aku dapat jumpa Saitama dengan diskaun yang boleh dikatakan berbaloi (sebab aku jumpa item yang sama tapi harga lebih rm100). Finally, hero kiut ni join koleksi aku yang tak seberapa...eheh

Dan ini dia mini cute Groot Guardian of Galaxy. Movie GoG II pun baru keluar tahun ni kan? Mestilah nak simpan Groot sebagai koleksi. Selepas puas mencari kat Lazada, aku jumpa item ni. My expectation, saiz ni mungkin lebih kurang dengan saiz Saitama. Tapi bila item sampai kat rumah, saiz Groot 4 ekor ni rupa-rupanya lebih kurang macam saiz jari aku. But at least, rupa paras Groot ni sama macam kat dalam display Lazada. Jadi aku tak kisah sangatlah pasal saiz.

Sekarang ni, aku tak sabar tunggu ketibaan Kaonashi. Bagi peminat filem Spirited Away, mustahil korang tak tahu No Face a.k.a Kaonashi, kan? Bila dah sampai nanti aku update dalam entri yang seterusnya. 

@themagi2017

No comments:

Post a Comment