Wednesday 3 May 2017

Hobi: Kumpul Figurine VI

Hello Mei! Sekarang dah masuk bulan 5, makin hampir dengan pertengahan tahun dan of course, bulan puasa tak lama lagi. Memandangkan sekarang aku tengah melepak depan PC, tak ada keja nak buat, tengah rileks dan bosan, aku decide nak update entri bulan 5. Rasa macam lama tak update pasal figurine so hari ni, mari kenal2 dengan koleksi aku yang paling latest ^^


Slam Dunk (Hanamichi + Sendo) Action figure
Hisashi Mitsui 80mm.
Yang ni aku suruh adik aku beli kat Speedy di Miri
sebab aku tak jumpa kat Kuching. Dah lama aku
mengidam nak simpan koleksi chibi dua ekor ni.

Banpresto Son Goku 2008 Action Figure. Ekor Goku
tu boleh dijadikan sebagai tempat selit papernote.
Aku beli kat Speedy- RM31.90. Compare to Goku besar
dan Goku kecik, aku sebenarnya lagi prefer Goku kecik
sebab Goku kecik lebih comel.

Robi (mini robot sample). Aku beli magazine Robi siri 1
kat MPH bookstore dengan harga RM24.90 semata-mata sebab 
nak dapatkan Robi kecik ni. FYI, kalau nak beli Robi
besar...aku tak pasti aku mampu ke tidak. Mahal oo~

Bobble head Funko Pop! Star Wars Rogue One
K2SO. Aku beli kat toys department Parkson selepas
beberapa bulan keluar memburu. Harga taklah mahal sangat,
tak jugak murah- RM65. Takpe, beli sekali je.

Okay, aku tipu. Aku beli satu lagi K2SO pada hari yang
sama aku beli bobblehead K2SO. Tapi yang ni version
asal, bukan version kepala besar. Star Wars Rogue One 
KS20 + zipline action ni keluaran Hasbro, harga RM62
dam tinggi 3.75 inci. Musim memburu K2SO nampaknya
dah selesai.


And now, aku tengah memburu Groot dan Saitama One Punch Man.
Nanti aku update entri baru bila aku dah selesai hunting :D


@themagi2017

No comments:

Post a Comment