Sunday 21 May 2017

Figura Kenderaan Mini X

Finally, figura kenderaan mini dah mencapai entri yang ke-10. Hoorah! Tak sangka, bermula dari sebijik New Beetle green VW Maisto skala 1/32 yang aku beli pada tahun 2013, aku punya koleksi bertambah dan melebihi 50 bijik kereta. Okay, kudos to myself. Dan sesungguhnya aku tak peduli orang kutuk hobi aku or what. Bukan masalah aku pun.

Untuk entri kali ni, aku ada 4 buah kenderaan mini. Sesiapa yang pernah baca/terbaca/terserempak entri kenderaan mini dalam blog ni, korang pasti tahu aku memang suka gila dengan VW Beetle sama ada New Beetle or classic Beetle. Tapi sejak kebelakangan ni aku terbuka dengan pelbagai jenis kenderaan tak kira apa jenis jenama dan bentuk (asalkan klasik ataupun reka bentuk kenderaan tu menarik perhatian aku). Jadi, aku nak introduce member baru dalam koleksi kenderaan mini aku which is:



Mini Cooper 1300 licensed by BMW keluaran Welly. To be honest aku tak tahu harga kereta ni sebab adik aku yang beli, special for my bornday. Apa yang menarik pasal rekaan cooper ni, model kereta mini selalunya tak ada cermin tingkap kat bahagian tempat duduk depan. Tapi kereta mini ni ada cermin tingkap dan pintu boleh dibuka.

Yang ni motorbike Norton Commando keluaran Welly. Sejak kebelakangan ni aku tertarik dengan kenderaan mini spesis motosikal bila aku beli motosikal Flathead Harley-Davidson. Tapi yang ni lebih ke arah plastic material berbanding die-cast material. Jadi agak ringan dan mudah tumbang. Nasib baik rupa dia cantik, sebab tu lah aku beli walaupun ringan. Harga tak mahal pun, cuma RM23.90.

Yang ni Mini Cooper new model licensed by BMW keluaran Maisto. Warna kuning yang menonjol memang menarik perhatian aku. Apa yang paling menarik ialah kereta ni hadiah birthday aku tahun ni, pemberian mak aku sendiri. Thanks mak sebab support hobby anakmu yang ganjil ini...ahaha~

And finally, aku perkenalkan '53 Chevrolet 3100 keluaran Maisto berskala 1/36. Tak silap aku, aku ada nampak Chevy jenis truck ni kat sebuah kedai jual kenderaan mahal di Kuching and immediately I fall in love. So bila nampak model mini truck ni kat toys department, korang rasa aku patut biarkan je ke? By the way, abah aku belikan untuk aku for my belated birthday gift. Thanks abah sebab tolong belikan kereta mainan untuk anak perempuanmu yang berusia 29 tahun...kahkah!


Now and forever, aku tetap suka dengan hobi aku. Sebab? Di sebalik hobi aku ada supportive family yang sayangkan aku..ecece~
@themagi2017

No comments:

Post a Comment