Good morning, December! Hmm, tak sangka kita dah masuk bulan yang terakhir dalam tahun 2017. Dan tahun ini juga aku kembali ke dunia pembacaan yang serius. Ya, serius. Sebab selalunya aku baca buku secara santai. Dalam setahun mungkin cuma 2-3 buah novel yang aku baca sampai habis. Selebihnya, aku baca komik atau buku-buku yang tak berapa nak serius.
Untuk tahun ini, aku berjaya habiskan beberapa buah novel dari tanah seberang. Bermula dengan novel Bidadari-Bidadari Surga (klik sini untuk baca entri), buku seterusnya ialah Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Pulang dan Rindu. Semuanya ditulis oleh penulis yang sama, Tere Liye. Buku-buku selain Bidadari tu aku belum buat review (sebab penulisnya orang yang sama so gaya penceritaan, bentuk bahasa dan susunan imaginasinya ada sedikit persamaan- nanti la aku buat review pasal buku-buku tu). Untuk entri book review kali ini, aku nak review satu buku yang aku rasa memang sangat memberi kesan.
Cantik itu Luka, karya Eka Kurniawan yang diterbitkan pada tahun 2002, diulang cetak sebanyak 10 kali (dan aku beli cetakan tahun 2015) dan diulang terbit dalam bahasa Inggeris, Jepun dan juga Malaysia. Novel ini digambarkan sebagai sebuah kisah yang dipenuhi dengan 'surealisme-sejarah-filsafat'. Ia juga antara novel terbaik sepanjang masa di Indonesia. Gaya bahasa, jalan cerita, struktur penceritaan, gambaran karakter dan juga details yang lain juga sangat kemas serta terperinci.
Pada pendapat aku, Cantik itu Luka merupakan salah sebuah novel fiksyen yang berjaya menghidupkan semua karakter. Latar belakang, watak dan perwatakan, latar masa dan sebagainya melalui gaya bahasa yang agak tinggi dan dipadatkan dengan laluan sejarah pendudukan Belanda, penjajahan Jepun, kedatangan Inggeris dan penaklukan Komunis. Memang wajar buku ni diberi pengiktirafan dan wajib ada dalam koleksi. Tapi di sebalik kisah sejarah dan fakta yang sarat (mungkin banyak berbaur lucah), penulis mewujudkan karakter Dewi Ayu. Dewi Ayu ialah anak hasil sumbang mahram dua beradik berkongsi bapa berlainan ibu (nenek sebelah ibunya orang tempatan bernama Ma Iyang) dan kemudian Dewi Ayu jatuh cinta pada seorang lelaki tua bernama Ma Gedik (bekas kekasih Ma Iyang). Setelah pernikahan Dewi Ayu dan Ma Gedik gagal (kerana Dewi Ayu memaksa Ma Gedik menikah dengannya dan menyebabkan Ma Gedik bunuh diri), bermulalah nasib malang Dewi Ayu.
Okay, sekarang aku pecahkan tarikan cerita ni dari beberapa sudut yang menarik perhatian aku.
Sudut pertama
Novel ini memaparkan pemikiran seorang wanita yang dilahirkan dengan rupa paras yang jelita- Dewi Ayu dalam menghadapi perubahan-perubahan besar di sekelilingnya. Berdepan dengan konflik kehidupan sekeliling yang rumit, Dewi Ayu melindungi diri dengan menjadi seorang pelacur yang mendapat layanan terbaik (walaupun Dewi Ayu sedar menjadi pelacur bukanlah perkara yang mulia). Maka apabila Dewi Ayu memiliki anak, dia melindungi anak-anaknya agar tidak menjadi pelacur. Malah, di hujung penceritaan novel ini menjelaskan mengapa Dewi Ayu sanggup bertahan menjadi seorang pelacur. Kerana Dewi Ayu masih terkesan dengan kisah Ma Gedik (bekas suami Dewi Ayu) yang sangat mencintai kekasihnya (Ma Iyang) tapi akhirnya Ma Iyang dijadikan gundik pengisi nafsu datuk Dewi Ayu bernama Ted Stammler (seorang pegawai Belanda yang rakus bernafsu). Dewi Ayu berpendapat, lebih baik melanggani pelacur daripada mengambil hak orang lain secara paksa dan dijadikan pelacur tanpa rela.
Sudut Kedua
Novel ini memang betul-betul mengisahkan perihal kecantikan yang mengundang masalah pada era kolonial di Indonesia. Kisah kecantikan bermula dengan Dewi Ayu- seorang pelacur terkenal di Halimunda yang dicintai kerana tubuhnya, bukan kerana hatinya. Kemudian diiringi oleh kecantikan 3 anak perempuannya iaitu:
- Alamanda, anak sulung Dewi Ayu yang cantik telah menjadi mangsa rogol pegawai bernama Sodancho, dinikahkan secara paksa, seterusnya kematian anak tunggalnya akibat demam panas dan akhirnya, Sodancho mati dibaham anjing.
- Adinda, anak kedua Dewi Ayu yang cantik menikah dengan bekas kekasih kakaknya, Kliwon- pemimpin komunis terkenal. Walaupun dikurniakan anak lelaki bernama Krisan, Kliwon masih cintakan Alamanda dan mereka sempat bersetubuh sebelum Kliwon membunuh diri akibat malu pada isterinya. Kemudian, Krisan mati dibunuh di atas kesalahan merogol dan membunuh sepupunya sendiri, Rengganis.
- Maya Dewi, anak ketiga Dewi Ayu telah dinikahkan dengan lelaki samseng bernama Maman Gendeng seawal usia 12 tahun. Hidup Maya Dewi jauh lebih bahagia jika dibandingkan dengan dua kakaknya dan mempunyai seorang anak perempuan yang sangat jelita yang bernama Rengganis. Tapi apabila Rengganis disahkan hamil anak luar nikah, kehidupan mereka mula porak peranda. Keadaan lebih teruk apabila mayat Rengganis ditemui kembung di tepi pantai. Kematian Rengganis menyebabkan Maman mengamuk sehingga berlaku kekecohan besar dan akhirnya Maman Gendeng memilih untuk mati ketika bermeditasi.
- Cantik, anak bongsu Dewi Ayu yang dilahirkan dengan rupa paras yang paling hodoh tidak terlepas dari bala. Walaupun rupanya buruk, namanya telah membawa nasib sial. Cantik disahkan hamil anak luar nikah, hasil bersetubuh dengan anak saudaranya sendiri, Krisan. Tapi anak itu lahir pramatang dan mati.
Sudut ketiga
Gambaran zaman silam yang hidup dalam suasana kacau dan susah telah melahirkan masyarakat yang tiada pegangan agama, liar dan buas. Pada era pendudukan Belanda, wanita tempatan dijadikan gundik untuk melempiaskan nafsu. Para era penjajahan Jepun, wanita dijadikan sebagai pelacur. Para era kedatangan Inggeris, mereka juga menjadikan wanita sebagai wanita simpanan bagi menghilangkan rasa bosan di tanah asing. Seterusnya, pihak gerila dan komunis juga melihat wanita sebagai objek seks semata-mata sehingga seluruh kehidupan Dewi Ayu dan anak-anaknya hanya berkisar tentang seks, aksi ranjang yang liar dan perlakuan-perlakuan buas. Tidak terkecuali perihal nafsu Krisan bersetubuh dengan sepupunya Rengganis yang sangat cantik dan kemudian bersetubuh pula dengan ibu saudaranya, Cantik yang paling hodoh. Juga kisah cinta Ma Gedik dan Ma Iyang yang penuh berahi tapi akhirnya berakhir dengan kematian. Pendek kata, masalah nafsu telah menjadi punca musnahnya kebahagiaan setiap karakter.
Sudut Keempat
Novel ini menampilkan unsur mistik yang menarik dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesinambungan yang kemas dan penuh tanda tanya, dan menampilkan konsep kehidupan yang misteri, kepercayaan kepada benda-benda halus dan amalan yang mampu menyesatkan fikiran. Sebagai contoh:
Gambaran zaman silam yang hidup dalam suasana kacau dan susah telah melahirkan masyarakat yang tiada pegangan agama, liar dan buas. Pada era pendudukan Belanda, wanita tempatan dijadikan gundik untuk melempiaskan nafsu. Para era penjajahan Jepun, wanita dijadikan sebagai pelacur. Para era kedatangan Inggeris, mereka juga menjadikan wanita sebagai wanita simpanan bagi menghilangkan rasa bosan di tanah asing. Seterusnya, pihak gerila dan komunis juga melihat wanita sebagai objek seks semata-mata sehingga seluruh kehidupan Dewi Ayu dan anak-anaknya hanya berkisar tentang seks, aksi ranjang yang liar dan perlakuan-perlakuan buas. Tidak terkecuali perihal nafsu Krisan bersetubuh dengan sepupunya Rengganis yang sangat cantik dan kemudian bersetubuh pula dengan ibu saudaranya, Cantik yang paling hodoh. Juga kisah cinta Ma Gedik dan Ma Iyang yang penuh berahi tapi akhirnya berakhir dengan kematian. Pendek kata, masalah nafsu telah menjadi punca musnahnya kebahagiaan setiap karakter.
Sudut Keempat
Novel ini menampilkan unsur mistik yang menarik dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesinambungan yang kemas dan penuh tanda tanya, dan menampilkan konsep kehidupan yang misteri, kepercayaan kepada benda-benda halus dan amalan yang mampu menyesatkan fikiran. Sebagai contoh:
- Maman Gendeng seorang pendekar yang mempunyai ilmu kebal, memilih untuk mati secara moksya. Kemudian, roh Maman Gendeng bangkit semula selepas 3 hari dan bertemu dengan isterinya sebelum rohnya menghilang.
- Dewi Ayu yang mati beberapa bulan selepas kelahiran anak bongsunya telah diberi peluang untuk bangkit semula 21 tahun kemudian untuk menghapuskan roh jahat yang menjadi punca nasib malang dirinya dan anak-anaknya.
- Nurul Aini, anak Alamanda mati akibat demam panas. Namun, apabila Krisan mengorek kuburnya, mayat Nurul Aini tetap sempurna dan segar, seolah-olah seperti sedang tidur. Krisan hampir merogol mayat Nurul Aini.
- Ma Gedik hidup membujang selepas kehilangan Ma Iyang akhirnya dipaksa menikah dengan Dewi Ayu yang jatuh cinta padanya. Diculik, dipaksa menikah dan didesak pada malam pertama, Ma Gedik berang dan hilang akal akibat tindakan Dewi Ayu, dia akhirnya membunuh diri, rohnya menjadi jahat lalu merosakkan kehidupan Dewi Ayu sekeluarga.
- Kinkin, anak penggali kubur yang amat mencintai Rengganis telah bermain jailangkung (permainan roh) di kubur demi mencari siapa yang merogol dan membunuh Rengganis.
- Peperangan antara komunis dan tentera kerajaan telah menyebabkan banyak kematian di kalangan komunis, lalu menjadikan Halimunda sebagai kota berhantu. Hantu-hantu komunis merayau-rayau secara nyata dan menyebabkan Sodancho hidup ketakutan.
Sudut Kelima
Walaupun novel ni sarat dengan sejarah penjajahan, kisah-kisah seksual yang sangat literal (imaginasi penulis memang cukup dahsyat), falsafah berlawanan antara gerila, komunis dan tentera kerajaan serta masalah-masalah kekeluargaan yang rumit, aku cukup suka apabila perihal kepolosan diketengahkan. Dalam senarai karakter lelaki yang kebanyakannya bernafsu tinggi, Maman Gendeng mungkin lelaki yang mempunyai tahap kesabaran dan kesetiaan yang paling suci. Persamaan Maman dan Sodancho mungkin- mereka berdua pernah melanggan Dewi Ayu di rumah pelacuran. Persamaan Maman dan Kliwon ialah pernikahan mereka dilakukan dengan kerelaan isteri masing-masing. Dari segi perbezaan antara Maman dan Sodancho, Maman melayani isterinya selama 5 tahun tanpa bersetubuh sedangkan Sodancho mendapatkan isterinya melalui tindakan paksa dan rogol. Perbezaan Maman dan Kliwon pula, Maman sangat setia pada isterinya sedangkan Kliwon sempat meniduri Alamanda sebelum membunuh diri akibat malu pada Adinda. Walaupun hidup dalam era yang teruk dan bermasalah, sekurang-kurangnya penulis berjaya memaparkan satu kisah cinta yang polos di antara Maman dan Maya Dewi. Nurul Aini, anak kepada Alamanda dan Sodancho juga merupakan karakter yang innocent, prihatin pada sepupu-sepupunya (Rengganis dan Krisan), tegas dan seorang gadis perawan yang baik (walaupun neneknya seorang pelacur, ibunya pernah menjadi 'playgirl' dan bapanya seorang perogol). Cuma, umur Nurul Aini tak panjang dan sedikit sebanyak nasib Nurul Aini telah membuktikan kata-kata: orang yang baik akan pergi dahulu.
Sudut Keenam
Aku tak nafikan, buku Cantik itu Luka ni agak bahaya dibaca oleh golongan yang 'lemah semangat' sebab buku ni memang banyak menceritakan perkara seksual dan perincian seksual tu pula memang digarap dengan kemas (*tapi bahasanya lebih cantik dan penyampaian makna cerita jauh lebih bermutu jika dibandingkan dengan cerita bersiri Jaan Punching Bag- sorry to say). Tapi pengajaran dari buku ni memang banyak iaitu:- nafsu liar mampu menumbangkan akal waras manusia
- kesetiaan dan kesabaran mampu memberi kebahagiaan
- pengorbanan ikhlas seorang ibu, seorang bapa, seorang sahabat dan seorang teman.
- hidup ialah satu perjuangan
- setiap perbuatan ada balasannya
- cinta tak semestinya dimiliki atau memiliki
Sudut Ketujuh
Menarik tapi fiktif, Halimunda yang menjadi titik penceritaan kisah Dewi Ayu dan karakter-karakter yang lain sebenarnya wujud dalam pemikiran penulis semata-mata. Tapi kota Halimunda seolah-olah hidup dan legenda puteri jelita Rengganis si Cantik yang membuka kota Halimunda seolah-olah satu kisah legenda yang benar, tapi cuma fiksyen.
Pada akhir novel ni, apa yang aku boleh simpulkan sama seperti kata-kata terakhir Krisan pada Cantik. Bahawasanya, cantik itu luka. Cantik tak semestinya membawa kebahagiaan, cantik tak semestinya menghadirkan cinta yang ikhlas. Cantik belum tentu dapat menjamin ketenangan hidup. Nasihat yang baik dan berguna. Dan sepatutnya menjadi peringatan untuk semua manusia. Apa-apapun, buku ni memang layak diberi 5 bintang. Dan terima kasih Eka Kurniawan kerana menghasilkan bahan bacaan yang bagus dan mempunyai pengertian yang tersendiri.
@themagi2017
@themagi2017
No comments:
Post a Comment