Hello Disember. Aku update entri untuk sekali lagi dan seperti yang disebut dalam entri sebelumnya, aku nak buat book review tentang tiga buah novel hasil karya Tere Liye iaitu Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Pulang dan Rindu. Dalam entri kali ni, aku tak sebut tentang gaya bahasa atau teknik penceritaan yang Tere Liye terapkan dalam novel beliau sebab aku dah bagi sedikit ulasan dalam entri Bidadari-Bidadari Surga.
So, aku nak bincang sedikit tentang jalan cerita setiap novel dan ketiga-tiga novel tu memang berbeza antara satu sama lain. Mengenai buku Rembulan, aku tertarik dengan novel ni bila aku terbaca sinopsis masa tengah meng-Google. Menarik, kisah perjalanan hidup seorang lelaki. Kemudian, aku pun book-hunting. Berbulan-bulan jugak aku cari buku ni dan akhirnya seorang IG seller berjaya carikan buku tu untuk aku. Mengenai buku Pulang, buku ni kawan aku yang cadangkan. Katanya buku ni menarik. Tapi dia tak cakap setinggi mana tarikan buku ni. Nak tak nak, aku pun beli dengan seller yang sama. Seterusnya, buku Rindu ni aku beli atas dasar ingin tahu. Sebab buku Rindu ni menang anugerah novel Islamik yang bertemakan perjalanan haji pada era penjajahan Belanda. Okay, sekarang aku akan pecahkan kisah buku-buku tu dalam tiga penceritaan pendek. Kemudian, aku akan bagi sedikit ulasan untuk setiap jalan cerita based on aku punya pemahaman, kekuatan jalan cerita dan juga tarikan dalam novel itu sendiri.
Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Novel ni sebuah novel menarik. Sebab? Setiap perkara saling berkaitan, bersangkut paut, saling berhubung antara satu sama lain. Kisah bermula dengan seorang anak kecil menangis. Setiap kali menangis, hujan akan turun. Dalam masa yang sama, seorang lelaki tua yang kaya raya sedang sakit di hospital tapi belum mati-mati. Lelaki tua yang kaya itu terfikir- kenapa susah sangat nak menemui ajal? Tiba-tiba lelaki tua kaya bernama Rey itu bertemu dengan lelaki misteri yang membawanya mengimbau semula kisah lampau Rey.
Rey, seorang anak yatim piatu, hidup malang dan jiwanya memberontak. Kerana sikapnya, kawan baiknya mati. Rey juga hampir mati akibat ditikam musuh. Tapi siapa sangka, penjaga rumah anak yatim yang amat Rey benci telah menghabiskan seluruh duit simpanan pergi haji untuk membiayai perubatan Rey. Namun Rey masih belum berubah, Rey memberontak sehingga dia diterima masuk ke sebuah rumah jagaan. Pada awalnya Rey dapat mengawal diri, tapi akhirnya, Rey kembali semula ke dunia jalanan kerana sikap memberontak. Akibat sikap itu juga, dia mengikuti seorang lelaki pergi mencuri permata dan terkejut rupa-rupanya pencuri permata itulah yang membunuh orang tuanya. Demi melindungi Rey, lelaki itu telah mengakui kesalahan mencuri permata apabila ditangkap polis dan akhirnya dihukum gantung sampai mati. Rey amat terkesan, akhirnya Rey kembali semula ke bandar kelahirannya dan bertemu dengan gadis bernama Fitri, seorang pelacur. Rey akhirnya menikahi Fitri dan perlahan-lahan memulakan kehidupan baru ddan mengikuti perniagaan kontraktor pembinaan. Seorang taikun Cina kaya telah banyak membantu Rey.
Tapi hidup bahagia Rey hilang apabila isterinya mati beranak. Bisnesnya mula bermasalah. Taikun Cina banyak menolong Rey bangkit semula. Tapi, Rey akhirnya mengetahui Taikun Cina itulah dalang yang mengupah pencuri permata dan bapa Fitri untuk membakar penduduk yang tinggal di sebidang tanah yang mahu dirampas oleh Taikun Cina lalu menyebabkan kematian orang tua Rey. Walau bagaimanapun, bapa Fitri sempat menyelamatkan Rey dan terkorban dalam kebakaran, menyebabkan Fitri menjadi anak yatim piatu. Mengenai anak kecil yang menangis di awal cerita, Rey telah membunuh orang tua anak kecil tersebut secara tidak sengaja. Semuanya kembali pada insiden Rey memandu terburu-buru untuk menemui cucu Taikun Cina yang nazak sakit akibat patah hati sehingga menyebabkan orang tua anak kecil tersebut terbabas dan terkorban dalam nahas jalan raya. Lelaki misteri yang datang mengunjungi Rey yang sedang sakit akhirnya memberi peluang untuk Rey bangkit semula, membantu anak kecil tersebut dan berkongsi kekayaannya dengan insan lain yang jauh lebih malang. Akhirnya Rey yang hidup malang tetapi diberi peluang untuk hidup kaya raya itu sedar bahawasanya, sederhana itu lebih membahagiakan- seperti yang pernah dikatakan oleh arwah isterinya. Well, bila aku tulis semula jalan cerita novel ni based on pemahaman aku, sebenarnya kisah ni cukup mudah untuk difahami. Rey malang, tapi bukan dia seorang saja yang malang. Fitri juga malang, anak kecil itu juga malang, sahabat Rey yang mati pada usia muda itu juga malang. Pada akhir cerita, apa yang Rey perlu cuma penerimaan, kesederhanaan dan keredhaan. Plus, karakter lelaki misteri tu menjadi penyedap novel ni- sebab dia misteri.
Pulang
Pulang mengisahkan seorang anak muda bernama Bujang yang diserahkan oleh bapanya kepada sebuah keluarga (boleh dikategorikan keluarga tu sebagai keluarga mafia) walaupun ibu Bujang berat melepaskan anaknya pergi. Sebagai anak yang berketurunan samseng, keluarga mafia tersebut memberi peluang kepada Bujang untuk belajar ke peringkat paling tinggi. Bujang juga diajar ilmu mempertahankan diri sehingga menjadi orang kanan yang sangat dipercayai dalam dunia kongsi gelap. Tapi Bujang tak pernah menyentuh makanan haram seperti yang diminta oleh ibunya kerana ibunya percaya suatu hari nanti Bujang akan pulang ke jalan yang benar.
Bujang, merupakan anak dari perkahwinan yang tidak direstui. Ibunya berketurunan baik-baik, bapanya berketurunan samseng. Perbezaan antara ibu dan bapanya menjadikan Bujang tersepit dengan status keturunan ibunya dan darah keturunan samseng yang mengalir dalam badannya. Sepanjang penglibatan Bujang dalam dunia kongsi gelap, dia dikenali sebagai si Babi Hutan. Pada awalnya penglibatan Bujang, dia berkhidmat sebagai penyelesai masalah secara intelektual. Tapi apabila timbul konflik perebutan kuasa dalam keluarga mafia, pengkhianatan, pembunuhan dan serangan dari ahli keluarga mafia sendiri, Bujang bertindak balas dan menggunakan segala pengetahuan yang ada untuk mempertahankan keluarga mafia yang menjaganya selama ini, walaupun Bujang tahu hala tuju bisnes keluarga itu bukanlah sesuatu yang baik.
Pada akhir perjuangan Bujang, keluarga mafia berjaya diselamatkan walaupun ketua mereka mati terkorban kerana melindungi Bujang. Bujang sedar bahawa masa depan keluarga mafia perlu diubah dan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengakui keturunan dari kedua-dua belah orang tuanya, malah dia juga sudah bersedia untuk pulang ke jalan yang benar. Dalam novel ni, konsep pendidikan sangat jelas ditekankan, menerusi ketegasan ketua keluarga mafia terhadap Bujang yang tak mahu bersekolah pada awalnya. Dalam masa yang sama, konsep kesetiaan juga diselitkan, menerusi kesetiaan persahabatan antara bapa Bujang dan Tauke Muda, serta bagaimana ketua keluarga tersebut menjaga Bujang seperti menjaga anak sendiri. Pada akhir cerita, perjuangan Bujang berhasil melalui kesetiaan sahabat-sahabatnya. Dalam masa yang sama, kesetiaan Bujang pada permintaan ibunya akhirnya telah menyelamatkan Bujang untuk kembali ke jalan yang benar. Konsep 'Pulang' disempurnakan dengan perjalanan yang berdarah, kotor dan kejam, mungkin agak banyak konsep Yakuza (pengaruh J-dorama, mungkin...) dan kurang tema lokaliti sebab banyak pengaruh luar macam mafia Cina, kisah golongan Bedouin, babak tumbuk menumbuk kickboxing dan sebagainya. Kalau tema lokaliti lebih banyak, aku rasa mungkin emosi aku lebih terkesan. BTW, buku ni menarik untuk dibaca.
Rindu
Rindu merupakan kisah perjalanan haji sebuah keluarga Daeng Andipati di atas kapal Belanda bernama Blittar Holland. Dua orang anak perempuannya, Elsa dan Anna menjadi pengikat jalan cerita dan maksud 'rindu' yang mahu diketengahkan.
Daeng Andipati dilahirkan dalam keluarga berada, tetapi tidak bahagia. Bapanya seorang pemarah, pendera dan bengis. Daeng Andipati melanjutkan pelajaran ke Belanda dengan usaha sendiri dan akhirnya berjaya. Daeng Andipati menikah dengan gadis pilihan dan memiliki dua anak perempuan. Tapi Daeng Andipati tidak dapat melupakan dendam terhadap bapa kandung sendiri. Namun, perjalanan haji telah mengubati hati Daeng Andipati dan dia belajar untuk membersihkan hati sebelum mengadap Tuhan di musim haji serta memaafkan apa yang pernah dilakukan oleh bapanya.
Seorang ulama terkenal bernama Ahmad Karaeng menyertai kapal Blittar Holland untuk menunaikan haji. Tapi kewujudan Ahmad Karaeng dibenci beberapa pegawai Belanda dan menuduh beliau membawa hasutan kebebasan. Beberapa kali Ahmad Karaeng dituduh dan dikasari tapi beliau tetap bersabar. Semuanya demi rindu untuk kembali ke tanah suci. Walaupun Ahmad Karaeng selalu melaungkan perihal kebebasan, beliau tidak pernah melakukan apa-apa. Sebaliknya, beliau memilih untuk meluahkan rasa kecewa menerusi penulisan. Sehingga berlaku rompakan di atas kapal, Ahmad Karaeng akhirnya bangkit untuk membebaskan kapal Blittar Holland dan meneruskan perjuangannya setelah selesai menunaikan haji. Ahmad Karaeng sedar kebebasan perlu dilakukan, bukan hanya difikirkan.
Seorang lelaki bernama Ambo Uleng, kelasi Blittar Holland bekerja di dapur sepanjang pelayaran menuju ke tanah suci. Seorang yang pendiam dan misteri, Ambo sebenarnya bukan mahu mengambil peluang bekerja di Blittar Holland sebagai laluan untuk menunaikan haji tapi sebaliknya melarikan diri akibat kecewa. Cintanya terhadap seorang gadis, anak pemilik kapal telah dihalang kerana dirinya yang tidak berdarjat. Tapi menerusi perjalanan kapal tersebut ke Tanah Suci, sikap rajinnya yang disukai kapten Blittar Holland, kesungguhannya belajar mengaji dan solat, keberaniannya menyelamatkan anak Daeng Andipati ketika rusuhan dan budi baiknya melayani Ahmad Karaeng di dapur, kekecewaannya dibalas dengan kebahagiaan. Ahmad Karaeng sendiri telah melamar gadis tersebut untuk dijodohkan kepada Ambo Uleng.
Kisah terakhir yang paling menarik ialah kisah cinta antara Mbah Kakung dan Mbah Putri Slamet. Pasangan tua yang hidup bersama dan berjanji untuk menunaikan haji bersama-sama. Malangnya Mbah Putri meninggal dunia di atas kapal dan terpaksa dikuburkan di laut, menyebabkan Mbah Kakung menderita rindu sepanjang perjalanan. Tapi akhirnya Mbah Kakung sedar bahawa dia tidak harus merindui isterinya yang sudah dijemput oleh Tuhan dan menumpukan perhatian pada niatnya pada ibadah haji. Pada akhir cerita, pasangan tersebut bersatu semula. Mbah Kakung meninggal dunia dalam perjalanan pulang dan dikuburkan di laut, sama seperti isterinya.
Secara mudah, konsep rindu diterjemahkan dalam situasi yang pelbagai. Kerinduan Daeng Andipati untuk menunaikan haji bersama keluarga telah membersihkan hatinya dari benci, Ahmad Karaeng menjadikan kerinduannya terhadap Tuhan sebagai landasan perjuangan mencari kebebasan, Ambo Uleng yang menderita rindu kerana patah hati akhirnya mengerti bahawa kekosongan hatinya mampu diubati dengan amal ibadah dan kisah rindu pasangan tua itu menjadi lambang sebuah cinta antara dua manusia yang sama-sama mencari keberkatan Tuhan. Permulaan cerita agak lambat, perkataan panjang berjela-jela, sedikit bosan dalam pergerakan jalan cerita tapi keterujaan bermula pada pertengahan cerita dan berlanjutan sehingga ke bab terakhir. Sejujurnya, aku terganggu sikit dengan nama Elsa dan Anna. Mungkin banyak sangat pengaruh filem Frozen (Frozen diterbitkan tahun 2013, Rindu diterbitkan tahun 2014- memang nyata sangat dipengaruhi). But still, details perjalanan haji menggunakan kapal memang sangat menarik dan jarang diceritakan dalam novel. Pembaca dapat membayangi suasana naik kapal, naik haji dan cabaran sepanjang pelayaran. Good jobs, aku dapat pengalaman baru melalui buku ni.
Aku akan mulakan pembacaan novel Tere Liye yang seterusnya yang bertajuk Hujan. Kalau dah habis baca, aku akan review pendapat aku mengenai buku tu.
Reading is fun, reading is sexy y'alls~
@themagi2017

No comments:
Post a Comment