Monday, 29 January 2018

Malaysian Palm Oil Centennial Run 2018

Hello Januari! Masih bulan Januari, okay? Cepat je masa berlalu, which is not a bad thing sebab hidup ni memang takkan tunggu kita. So, kita yang kena move forward and do something good. Macam yang aku pernah mention sebelum ni iaitu aku punya level of expectation is mystery and aku nak tahun ni dimulakan dengan sesuatu yang energetic...so aku decide untuk berlari lagi. Yes, I'm running for Centennial Run 2018 anjuran Malaysian Palm Oil. More than 3000 participants yang sertai acara ni, termasuk aku (*update: huge credit goes to kakak sebab uruskan semua + jadi uber...heheh)


Disebabkan larian ni bermula pada sebelah pagi, aku and kakak aku bertolak seawal 4:30 pagi sebab nak dapatkan tempat parking. Aktiviti yang berlangsung di MBKS, Kuching pada 28 Januari 2018 (yesterday) bermula seawal 5 pagi untuk sesi berkumpul, pukul 6 pagi untuk route 10KM dan pukul 6:30 pagi untuk route 3KM. Memandangkan aku cuma nak bersukan secara santai untuk tingkatkan mood so aku pilih 3KM- starting from MBKS, pusing keliling, lalu depan SMK Padungan and return back to MBKS. About safety? Memang selamat sangat sebab route dijaga sepenuhnya oleh event crews and polis trafik.

And the other best part dalam running event ni ialah there's a lot of freebies! Aku memang suka freebies. Antara freebies yang disediakan ialah:
  • T-shirt, goodie bag, minyak masak 500g and discount vouchers untuk sesi pendaftaran.
  • Paper bag, pen dan minyak masak 500g untuk sesi questionnaire (500g+500g= aku dapat 1kg minyak masak. Jimat belanja dapur, tak payah beli minyak masak...hahaha~)
  • Free foods and drinks for finisher. Boleh makan and minum sepuas hati (and angkut bawak balik rumah)
  • Plus, hadiah dan wang tunai disediakan untuk Top 30 finisher dalam acara 10KM. 
Macam nilah suasana di hadapan MBKS pada jam 5:40 pagi macam tu. Participant ramai dah sampai and masing-masing buat warming up. Before pukul 6 pagi, sesi berzumba dan acara senaman yang lain berlangsung. Running event ni dirasmikan oleh Deputy Chief Minister, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Masa ni partipants for fun run 3KM tengah get ready untuk dilepaskan. Bila larian bermula, aku tak snap apa-apa gambar sebab aku tengah sibuk mengejar, dikejar, terkejar-kejar, dan berkejar-kejaran. Akhirnya aku buat fast walking and slow jog bila sampai kat finish line.

Ini dia, Centennial Run's medal yang berbentuk buah sawit. Self-satisfaction bila dapat medal lepas berlari ke sana ke mari. Lagi best bila dapat medal right on time.

Hashtag #CentennialRun Hashtag #Ilovemybibnumber

One of participant yang sertai 10KM and dapat tempat dalam Top 30.

Antara freebies yang available untuk semua participants and somehow it makes me feel like I'm a warrior yang baru habis battle...hahaha. Tapi bukan Warrior saja yang dibekalkan untuk participants, other drinks pun ada disediakan termasuk air mineral MOMA and Ovaltine.

Sesi penyampaian hadiah dan wang tunai untuk partipants yang dapat TOP 30 Male & Female dalam acara 10KM. 

Lastly, ini dia freebies and close up medal dari Centennial Run.


So, that was how I spend my Sunday dan rancangan berlari ni akan diteruskan. Nanti aku update running event yang lain. By the way, doing sport is really calm my nerves. Tak sabar nak berlari lagi, yeah. Wish me luck, gais!



@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment