Saturday, 15 September 2018

My 1st Orthodontic Review: Tukar Colour Band!

Image result for klinik pergigian anmas sukmaI'm back!

Again!

Kali ni pasal gigi. Okay, gigi.

Selepas mengorbankan 4 gigi bongsu secara serentak, menderita tak dapat makan selama 3 minggu sebab gusi bengkak dan pasang pendakap gigi pada bulan 7 tahun ni, semalam aku pergi buat orthodontic review yang pertama di klinik yang sama- Klinik Pergigian Anmas. Kali pertama aku pakai pendakap, aku pilih band warna lighter blue untuk elakkan pendakap gigi aku nampak ketara. Lepas tu, aku bosan.

So untuk review kali pertama, doktor ketatkan braces aku. Proses tu memang cepat. Aku sampai ke klinik pukul 10 pagi. Pukul 10 setengah dah selesai. Sebelum ni aku ada pergi jumpa doktor sebab kes bracket tertanggal. Doktor advice aku supaya kurangkan minuman manis. Okay, aku mengaku aku banyak sangat minum Vanilla Coke bulan lepas. So, aku berpantang tak boleh minum minuman manis terlalu kerap.

Dan review kali ni doktor bagitahu gigi geraham aku agak longgar. So aku disuruh minum susu untuk tambah kalsium. Well, aku ni sebenarnya lactose intolerant. Tapi demi kalsium, aku rasa apalah sangat terberak lepas minum susu, kan?

Related image
credits: thealbanian.co.uk
Beralih semula dengan kisah colour band, kali ni aku pilih warna merah. Sebab aku memang suka warna merah. Bingkai spek aku warna merah, laptop aku warna merah, mouse aku warna merah, kasut sneaker aku warna merah. So why not colour band untuk pendakap aku warna merah jugak? Tapi tadi aku baru tahu, pemilihan colour band ni pun penting sebenarnya sebab:

  • Warna band yang cerah membuatkan gigi nampak kekuningan (well, menjawab persoalan aku kenapa gigi aku nampak yellowish masa pakai band warna biru muda- so aku pun pergi beli Colgate Advance White untuk putihkan gigi)
  • Warna band yang gelap membuatkan gigi nampak lebih putih (so far gigi aku nampak tak kuning sangat lepas guna band warna merah)
  • Band yang tak sesuai ialah hitam, coklat dan hijau sebab gigi akan nampak macam buruk dan macam ada sisa makanan melekat (aku takkan pilih warna ni untuk review akan datang)
  • Jika enamel gigi sedikit kekuningan, band warna kuning akan meningkatkan lagi warna tersebut (so, warna ni pun mesti dielakkan)
  • Warna gold, dark blue, turquoise, orange, violet dan pink dipercayai sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang.
  • Warna lighter blue, bronze, dark purple atau biru dipercayai sesuai untuk mereka yang berkulit cerah.
  • Dikatakan, pilih warna band sesuai dengan warna anak mata (masalahnya anak mata aku dark brown, takkan aku nak gigi aku nampak macam ada sisa makanan? Aku takkan pilih warna ni)
Jadi setakat ni aku dah mula biasa dengan penggunaan dan penjagaan pendakap gigi ni selain dari mengelakkan makan makanan keras. First thing first?
  1. Tak boleh minum minuman manis. Lupakan Vanilla Coke dan seangkatan dengannya.
  2. Minum susu untuk kuatkan gigi. Hal lactose intolerant tu tolak tepi.
  3. Jaga bracket. Kalau hilang, kena bayar (diulang...KENA BAYAR)
  4. Pilih warna band dengan betul. Kalau tak, buruk rupanya.
Okay, sekian saja kisah review orthodontic yang pertama. Senang gila jaga pendakap gigi ni, kan? Hahahaha!

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment