Wednesday, 19 September 2018

Pernah dengar Eczema?

Image result for eczema dermatitis
credits/source: nationaleczema.org
Hello visitors! I'm back. Kali ni aku bawakan topik tentang penyakit. Dalam hidup ni, mana ada benda manis je yang wujud? So, kita kena terima jugak benda yang tak manis. Sebagai contoh, dugaan penyakit.

Tahun ni aku rasa aku memang berpenyakit. Gastrik, migrain, demam, flu, and suddenly, aku dihinggap masalah Eczema. Pernah kena penyakit ni? Pernah dengar tak? Mostly orang selalunya dapat masalah ruam. Ezcema ni upgrade sikit (atau upgrade banyak sebenarnya). Seriously, aku rasa teruk sangat masa kena masalah eczema ni sebab muka aku yang jadi mangsa.

Actually, kulit muka aku ni mula jadi kering lepas guna pencuci muka Hada Labo. Aku rasa kulit aku tak sesuai dengan produk tu so aku pun stop. Then, aku guna Bio Essence. Muka aku memang bersih gila masa tu...sampailah hari aku terlibat dengan kerja-kerja outdoor. Hari tu panas, kawasan sekeliling berdebu, dan tukang kayu pulak sibuk potong kayu. Debu-debu kayu pun terbang sana sini dan aku tak tahu kat situlah bermulanya masalah eczema aku (dan aku pun terpaksa memutuskan hubungan dengan Bio Essence~)

Punca eczema ni banyak. Salah satunya environment yang berdebu dan pollen di udara. Kemudian chemical yang dihasilkan oleh kulit dan penggunaan produk. Kulit aku jadi super sensitive. Plus, alergik makanan. Masalah eczema aku bertambah dengan tabiat aku yang suka makan seeafood, kekacang, telur.

Ciri-ciri eczema ialah?
  1. Kulit merah dan gatal
  2. Melepuh dan bersisik
  3. Membengkak dan pedih
  4. Kulit berair, kadang-kadang basah
  5. Kulit kering, kadang-kadang terkopek
  6. Kulit merekah dan ruam

Image result for eczema dermatitis
credits/source: Pediatric Affiliates of Hampton Roads
Apa yang patut dibuat bila terkena Eczema?
  • First, jumpa dermatologist. Pergi klinik kulit. Dapatkan rawatan dan nasihat doktor. Jangan sesuka hati beli produk kat drugstore. Macam aku, aku mula-mula beli calamine lotion untuk kurangkan rasa gatal akibat eczema. Tapi eczema aku ni dah jadi luka dan bernanah, so calamine lotion tak membantu. At the end, aku hantar diri ke klinik.
  • Second, jaga makan. Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan gatal sebab bila dah gatal, jari mesti rasa nak menggaru. Tapi kuku ni tempat persembunyian kuman so, faham-fahamlah struggle nak menahan diri dari menggaru tu macam mana. Suka atau tidak, sila lupakan seafood dan seangkatan dengannya.
  • Third, basuh muka guna air bersih. Jangan sesekali guna air kotor. FYI, rumah aku ni ada masalah air so aku selalu tadah air hujan. Dan masalah eczema aku bertambah. Jadi aku guna air masak untuk cuci muka.
It takes 2 months and 2 weeks to heal. Aku guna anti haze face mask untuk tutup muka aku sepanjang tempoh tu sebab untuk elakkan debu. Dan aku rasa face mask sangat membantu walaupun aku rimas.

Then, sesudah selesai rawatan dengan doktor, apa yang patut dibuat untuk pastikan masalah eczema berkurangan?
  • Beli produk yang ada label Hypoallergenic. Aku guna Physiogel. So far, produk ni membantu.
  • Bersihkan muka guna air sejuk. Air sejuk membantu untuk kurangkan rasa itchy. Tapi jangan guna ais ketul, boleh menyebabkan masalah ice burn nanti. Kalau nak juga guna ais ketul, balutkan dengan tuala.
  • Guna produk pencuci muka yang sesuai untuk kulit sensitif dan neutral PH. Aku guna Sebamed. 
  • Guna natural masker. Untuk masalah eczema, aku sarankan- guna natural yogurt. Kulit eczema ni selalunya kering, mudah terkopek dan gatal. Natural yogurt (tanpa gula) sangat membantu untuk lembapkan kulit dan dapat elakkan tabiat menggaru.
  • Kurangkan makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan (kekacang, telur, seafood). 
  • Bertenang, jangan stres. Stres akan melambatkan proses healing. Aku suggest korang pergi la tengok variety shows dan ketawalah sepuas-puasnya.
  • Elakkan berpanas. Duduk dalam kawasan yang redup (kalau boleh ada aircond).
  • Sentiasa cuci tangan guna produk antibakteria (e.g: Dettol, Protex, Lifebuoy etc)
So, bagi sesiapa yang dapat eczema di muka (macam aku), ini je tips yang mampu aku kongsi untuk tolong korang. Aku tahu bukan senang nak settle masalah kulit especially kat muka. Bagi sesiapa yang sedang berdepan dengan eczema ni, bertabahlah. 

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment