Tuesday, 25 September 2018

Still 17: Kisah Cinta vs Kisah Muzik

Hello Magians! I'm back. Kali ni aku nak mengupas mengopek Kdrama Still 17 yang release tahun ni. Ada 32 episode, baru je habis pertengahan bulan September.

Image result for still 17
credits: setangkai.com
Actually aku bukannya avid fan Kdrama, aku cuma penonton yang akan tengok drama tak kisah dari manapun drama tu berasal. Berkenaan dengan drama Still 17 atau nama lain yang bertajuk 30 but 17, rakan sekerja aku yang mintak aku download drama ni untuk dia. Alang-alang aku dah download, aku pun tengoklah sekali apa daya tarikan drama ni.

Memandangkan Still 17 masih fresh dan aku tak nak bagi spoilert alert untuk mereka yang belom tengok, aku nak kupas kekuatan karakter dan daya tarikan je. Jalan cerita aku tak nak komen.

Daya Tarikan Kdrama Still 17

Menerusi Still 17, aku rasa macam ada satu perasaan nostalgia dalam drama ni sebab sekarang ni aku berusia 30 tahun tapi soul age aku ada masanya tersekat di usia 17 tahun. Bila aku tengok drama ni dan macam mana watak struggle untuk tinggalkan kenangan zaman sweet 17, aku rasa aku faham. Betullah kata pepatah dari Barat:

"Youth comes, but once in a lifetime"- Henry Wadsworth Longfellow

The best part dalam drama ni? Of course la muzik, especially classical music. Aku tahu fokus Still 17 ni pasal cinta dua orang manusia yang tertangguh selama 13 tahun (ok, aku reveal sikit kisah drama ni) tapi dalam masa yang sama, drama ni juga pamerkan kecintaan terhadap muzik. To be honest, aku sebenarnya suka muzik klasik, lagi-lagi kalau jenis orkestra. Aku rasa macam terbang ke langit kalau dengar muzik klasik yang meriah. So, aku nak ucapkan terima kasih pada drama ni sebab tolong aku jumpa semula muzik klasik yang aku nak sangat cari tapi aku tak tahu apa tajuknya. Bagi yang curious nak tahu muzik apa yang aku nak sangat cari tu, ini dia:

La Campanella by Niccolo Paganini

Radetzky March by Johan Strauss Sr.


Kekuatan Karakter

Image result for still 17
credits: allkpop.com
Now, kita proceed ke kekuatan karakter dalam drama ni. Of course lah fokus utama dalam drama ni ialah watak hero dan heroin iaitu Gong Woo Jin (dimainkan oleh Yang Se Jong) dan Woo Seo Ri (dimainkan Shin Hye Sun). Kedua-dua pelakon ni membawa watak yang berusia 30 tahun. Kalau diikutkan, Shin Hye-Sun yang paling serasi dengan usia watak sebab Hye Sun lahir tahun 1989 sedangkan Se Jong lahir tahun 1992. Tapi aku rasa Se Jong dah berusaha untuk menjadi lebih tua dari usianya- dari segi gaya pakaian, cara bercakap dan body language. 

Berbalik semula dengan watak Seo Ri, aku rasa watak yang dimainkan oleh Hye Sun ni menarik. Susah sebenarnya nak describe moment di waktu remaja. Aku sendiri pun rasa macam eww kalau nak berkelakuan macam aku 17 tahun dulu. Tapi Hye Sun dapat tunjukkan the essence of 17 dan kejanggalan untuk menerima usia 30 tahun. Best moment? Masa choco pie Seo Ri melekat di bontot Woo Jin. Another best moment? Aku rasa aku tak boleh lupa saat Seo Ri keluar dari bilik rahsia dengan gaya macam hantu Ju-On.

Image result for still 17 jennifer
credits: genkpelangi.blogspot.com
Karakter lain yang benar-benar menarik perhatian aku semestinya housekeeper rumah Woo Jin iaitu Jennifer. Cara Jennifer perkenalkan diri memang unik- Please call me...Jennifer dengan slang Barat yang pekat. Aku rasa watak Jennifer ni memberi kekuatan tambahan untuk menghidupkan jalan cerita sebab Jennifer ni seorang yang misteri, cara bercakap macam pembaca teks listening test, very knowledgeable terutama sekali bab pepatah ilmiah dan apa yang paling aku suka, Jennifer ni ada lagu tema dia yang tersendiri setiap kali watak dia muncul. Boleh dikatakan, aku rasa aku setia tengok drama ni sampai habis sebenarnya berpunca dari Jennifer.

Image result for still 17 yoo chan
credits: dramabeans.com
Antara karakter lain yang sangat membantu ialah kawan baik Woo Jin iaitu Hee Soo- seorang wanita yang nampak feminin tapi swag (dimainkan oleh Jung Yoo Jin) dan anak buah Woo Jin iaitu Yoo Chan (dimainkan oleh Ahn Hyo Seop yang lahir tahun 1995, beza 3 tahun dari Se Jong). Melalui watak Hee Soo, aku rasa Woo Jin ni beruntung sebab dapat kawan yang sporting dan sangat tolerant. 

Image result for still 17
credits: sindrama.com
Watak Yoo Chan sebagai atlet rowing boat pula digambarkan dengan sangat baik. I mean, aku boleh nampak betapa kurusnya Hyo Seop, kulit dia pun jadi gelap dan dia ditch out gaya tipikal artis untuk hidupkan watak sebagai atlet berusia 19 tahun. Aku tak tahu la tapi aku rasa in certain part, Yoo Chan ni ada masanya macam Infinite Dong Woo setiap kali dia tersengih. Dan perempuan yang gilakan Yoo Chan, si Ri An tu aku nampak macam Infinite Woo Hyun. (Nota tambahan: aku rasa muka Woo Jin ni ada masanya macam Shinee Onew atau Song Joong Ki, bila senyum macam Infinite L).

So far, jalan cerita ni menarik sebab berkenaan dengan misteri takdir. Karakter antagonis juga tak terlampau agresif. Adegan romantik yang cringy juga tak terlalu banyak so aku taklah mual sangat. Scene lucu banyak, jalan cerita is quite unpredictable, which it's nice. Kalau korang tanya berapa bintang, aku bagi 4/5. Bagi aku, drama Still 17 is worth to watch.


Nak tengok/download? Aku suggest korang pergi download drama ni di Daebak Drama.

@theMaGi2018 

No comments:

Post a Comment