Monday, 29 October 2018

My 2nd Orthodontic Review: Proses Pendakap

Hello Oktober! Oktober dah nak habis tak lama lagi, tinggal 2 hari. Kecewa aku sebab tak dapat buat history trail hari Sabtu lepas disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Serius ni, aku perlukan mood yang baik untuk menulis.

Tapi sekurang-kurangnya, urusan gigi aku berjalan dengan lancar. Second review aku pada hari Jumaat lepas di Klinik Pergigian Anmas (Sukma). Aku dah sebut perkara ni dalam entri My 1st Orthodontic Review. Untuk review kali ni, sebenarnya dawai pendakap aku patah few weeks before aku pergi ke klinik. Dan aku tak ada masa nak fix dawai tu. Nasib baik dawai yang patah, bukan bracket yang tanggal.

Menerusi review kali kedua, doktor gigi aku buat beberapa perkara iaitu:
  • Tengok keadaan dawai dan bracket
  • Tanggalkan dawai atas dan bawah
  • Teeth scaling (doktor bagitahu karang gigi ganggu bracket so kena buat scaling)
  • Pasangkan dawai baru atas bawah
Proses teeth scaling agak ngilu sebab mostly gigi pemakai braces ni dalam proses beralih. Aku rasa macam tak boleh tahan bila scaler masuk celah gusi tapi nasib baik ngilu tu cuma 3-4 minit. Tak macam first time aku buat scaling in 2013. Rasa ngilu tu sampai berhari-hari. Untuk review kali ni juga, doktor advice aku beberapa perkara:
  • minum susu untuk kalsium (err...)
  • berus gigi dengan kerap dan betul
  • kurangkan makan makanan manis
Dalam masa yang sama, aku juga buat list penjagaan gigi sepanjang pakai braces ni iaitu:
  1. Jangan gosok gigi terlalu kuat. Gosokan yang kuat merosakkan enamel gigi
  2. Rajin berkumur guna mouthwash setiap kali lepas makan.
  3. Makan teeth supplement. So far aku makan Redoxon Vit C + Zinc. Bagus untuk penjagaan gusi dan menyingkirkan masalah kaviti. Vit A, B dan D juga bagus untuk gigi.
Kalau ada yang berminat nak tahu apa perasaan aku lepas pakai braces selama 3 bulan lebih, aku cuma nak cakap- aku memang tak makan benda yang crunchy and chewy. Aku lupakan junkfood dan seangkatan dengannya. Rasa ngilu tu confirm ada. Tapi dalam tempoh 3 bulan lebih, aku happy sebab aku dapat kuruskan badan (itu yang aku nak sebab susah nak join running event kalau berat tak turun) dan semestinya, aku nampak perubahan pada kedudukan gigi aku. 

Ini dia keadaan gigi aku dari hujung bulan 7 sampai bulan 10.

Gambar diambil pada 29/7/2018 (Ahad)
Braces dipasang 27/7/2018 (Isnin)

Gambar diambil pada 22/8/2018 (Rabu)

Gambar diambil pada 11/10/2018 (Khamis)

Gambar diambil pada 27/10/2018 (Sabtu)
Braces dipasang 26/10/2018 (Jumaat)

Korang boleh nampak perubahan ketara pada gigi bahagian bawah. Bahagian atas tu belum nampak sangat, biasalah gigi aku ni besar. Pasang braces pun lambat, umur dah 30 tahun. So, gigi aku ni degil la sikit, tak macam gigi patient umur 20 tahun. Tapi aku yakin after 7 month, mesti banyak perubahan yang lebih ketara. To be honest, memang leceh jaga braces ni. Tapi bila impian ko nak tengok gigi cantik, terus lupa pasal leceh tu semua.

Betul la kata orang, nakkan sesuatu kena la berkorban. Ye dok?
@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment