Friday, 14 December 2018

Book Session: Kumpulan Cerpen Debu Merah

Ooh, Disember. Disember, Disember, Disember. Akhirnya, Disember tiba di tahun 2018. Tahun yang banyak cabaran dan masalah. Tapi kalau difikirkan balik, setiap tahun memang ada masalah. Bila masa hidup manusia tak ada masalah? Even orang kaya pun ada masalah- masalah banyak sangat duit, masalah macam mana nak meningkatkan kekayaan, masalah kerugian dalam bisnes dan et cetera. 

Bila sebut tentang masalah, masalah, masalah, buku ialah medium bagus untuk memahami permasalahan manusia. Kali ni, aku nak rekomen satu buku yang selalu jadi kegemaran dan sentiasa digemari for the rest of my life. As far as I remember, aku baca buku ni buat pertama kali masa umur aku 13 tahun. Buku tu sebenarnya buku teks untuk pelajar Tingkatan 6 Atas aliran sastera. Dan buku tu bernama-

Kumpulan Cerpen Debu Merah karya Shahnon Ahmad.

Okay, berkenaan dengan buku Debu Merah, setiap cerpen dalam buku ni diinspirasikan dari kisah di sekeliling penulis itu sendiri sekitar tahun lewat 50an dan awal 60an. Sebagai penulis cerpen, aku tertarik dengan cerpen yang berkisar tentang masyarakat itu sendiri- gaya hidup, mentaliti, perwatakan dan sosiologi mengikut zaman. Kumpulan cerpen ni merupakan satu penceritaan sosiologi yang bersifat kritikan, malah menunjukkan sikap agresif penulis itu sendiri di usia muda. Bayangkan, aku baca buku kali pertama masa aku Tingkatan 1 dan aku belajar pembentukan seseorang individu melalui perkembangan sosial.

Antara cerpen yang aku rasa memberi impak besar sehingga aku sendiri jadi penulis cerpen ialah:
  • Di Tengah Keluarga- kisah si bapa yang benci bermenantukan orang putih, memperlihatkan corak pemikiran masyarakat dulu apabila berlaku perbezaan yang dirasakan tidak selari dengan aliran semasa.
  • Pak Utih- kisah orang kampung pergi ke bandar, memaparkan keinginan golongan yang ingin ikut merasa perubahan tapi di sebalik keindahan perubahan, terdapat kekurangan yang tersendiri.
  • Suamiku- kisah pasangan suami isteri yang bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan, tapi akhirnya ditipu oleh manusia lain yang juga bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan.
  • Kepulangan- kisah si bapa yang sangat sayangkan menantunya dan sanggup berhabisan untuk memberi keselesaan pada isteri anaknya, tapi akhirnya kecewa kerana si anak yang lebih mengutamakan hati isteri berbanding hati bapa sendiri.
  • Angin Timur Angin Barat- kisah seorang guru yang mengasingkan kehidupannya kepada dua gaya hidup yang berbeza, dengan niat untuk mencari kepuasan peribadi tanpa menyedari dia cuba untuk menafikan siapa dirinya yang sebenar.
Image result for debu merah shahnon ahmad 1991
source: carousell
Menerusi buku Debu Merah, ada 19 buah cerpen yang banyak berkisar tentang manusia dan masyarakat, keluarga dan politik, serta  jatuh bangun seseorang individu atau sekumpulan manusia secara keseluruhan. Sebelum ni, aku baca Debu Merah cetakan 1991 DBP. Cetakan asal pada tahun 1965 oleh Toko Buku Abbas, manakala cetakan 1980 oleh Teks Publishing Sdn.Bhd. DBP ulang cetak buku ni pada tahun 1992-1995. Lepas tu, tak ada lagi cetakan baru. Jadi, jujur aku bagitahu memang susah aku nak dapatkan buku ni. Bukannya aku tak pernah cuba mintak buku kakak aku, tapi dia tak nak bagi. Maka perasaan aku nak memiliki buku ni makin bertambah la.

Then, buku ni dicetak sekali lagi pada tahun 2014 oleh DBP. Tapi aku terlambat, aku dapat tahun sekitar tahun 2017. DBP dah tak jual lagi dekat kedai buku mereka. Kedai buku lain pun tak ada stok lagi. Sehinggalah pada suatu hari masa aku tengah online cari buku bacaan baru, syarikat jual buku bernama Kawah Buku menjual buku Debu Merah cetakan 2014. Anda fikir saya ada masa nak fikir panjang? Aku terus beli (sebelum aku menyesal) dan akhirnya, Debu Merah dah masuk dalam perpustakaan mini aku.

Bagi akulah, kumpulan cerpen ni telah membentuk minat aku secara perlahan-lahan dalam penulisan cerpen. Selain Debu Merah, minat aku terhadap penulisan cerpen juga dibentuk oleh beberapa buah buku antologi lain. Sebagai contoh, antologi Orang Tua di Kaki Bukit. Tapi sayang, buku tu tak dijual lagi. Aku dapat baca buku tu pun sebab pinjam dari orang lain. Dan aku memang rekomen buku ni untuk peminat cerpen yang lain. Walaupun aku rasa aku belum layak lagi nak cakap banyak tentang cerpen, tapi membaca karya orang lain terutama sekali kumpulan/antologi cerpen penulis terdahulu sebenarnya membantu penulis sekarang. 

Okay, itu je yang aku nak cerita. Nanti aku cerita pasal buku lain pulak.
@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment