Monday, 18 March 2019

I Love Sarawak Run 2019!

Horas, Magians! Curious dengan greetings aku untuk entri kali ni? Tu traditional greetings bagi orang Batak Toba, Simalungun dan Mandailing yang membawa maksud hai, hello atau 'good health'. So kali ni aku nak update running event ketiga yang aku sertai tahun ni iaitu I Love Sarawak Run yang bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, anjuran Fantastic 4 Event.

I Love Sarawak Run ni merupakan aktiviti fun run yang bukan sekadar dianjurkan di Sarawak sahaja tapi di negeri lain pun ada. Setakat yang aku tahu, ada I Love Sabah Run, I Love Perak Run, I Love Kedah Night Run etc. Untuk larian kali ini, aku join 5 KM dan kakak aku 3 KM. Route larian 5 KM ialah mengeliling kawasan luar Pustaka iaitu Masjid Jamek, MATTARY, Dewan Hikmah lalu kat depan rumah-rumah besar, padang golf, menuju ke kawasan jalan raya dan entahlah aku pun dah tak ingat.

Unfortunately personal record aku kurang baik, 5 KM 48 minit. Hampir nak dekat sejam. Tapi mungkin disebabkan 5 KM participants lambat dilepaskan. Selalunya 5 KM yang aku sertai sebelum ni mula sekitar jam 6:10 or 6:15 pagi. Tapi 5 KM kali ni bermula sekitar jam 7:15 pagi. Kebetulan pulak sekarang bukan musim hujan so rasa panas tu sangat mengeringkan tekak. Aku rasa macam overdose Vitamin D masa berlari di bawah limpahan cahaya matahari yang terang benderang.

By the way, aku suka warna TShirt untuk event kali ni. Cantik, merah hitam. Medal pun nice, map Sarawak. Dapat beg free and sijil penyertaan. Aku harap lain kali Pustaka Negeri boleh anjurkan aktiviti macam ni lagi, tapi kalau boleh jangan la lepas participants lambat sangat. Seksa betul nak habiskan larian dalam cuaca panas. Nasib baiklah aku sihat tak demam tak sakit kaki selepas larian kali ni. 

Okay, I'm waiting for the next run!

Suasana pagi sebelum pukul 7

Participants makin ramai

Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku pejam mata masa ni

Sesi zumba bermula pada pukul 7 pagi

Larian bermula, belum sampai 1 KM.

Larian diteruskan, yang ni dah lepas 3 KM

Larian dah hampir ke garis penamat, almost 5 KM

Okay, dapat medal. Dah bergambar. Boleh balik~

@theMaGi2019

1 comment: