Friday, 1 March 2019

Parkinson Run+Warrior Walk 2019

Image result for parkinson runHello March! Sekarang musim 'marching up' jadi aku nak mulakan dengan entri yang healthy dan energetic. Tapi sebenarnya event ni aku join hujung bulan Februari iaitu 24 Februari 2019 (Ahad), lambat sikit update. Berkenaan dengan running event kali kedua tahun ini, Parkinson Run+Warrior Walk 2019 ialah charity event untuk pesakit Parkinson. Bertemakan bunga tulip, pengumpulan dana dilakukan melalui:
  1. Aktiviti 1 KM walk bersama special participants
  2. Fun Run dengan dengan 2 kategori berbeza iaitu 5 KM dan 10 KM (aku join 5 KM sebab beberapa hari sebelum tu aku ada buat fitness jadi aku ada masalah sore muscle.)

Jadi pada hari kejadian iaitu 24 Februari 2019, aku dan kakak aku sebenarnya lambat datang. Event yang terletak di Saradise bermula pukul 6 pagi, kami sampai pukul 6:10 pagi. Jadi tepat jam 6:15 pagi, aku dan kakak aku terus pecut ke laluan pelari 5 KM sebab aku tak nak ketinggalan. Route 5 KM Parkinson Run sedikit berbeza dari larian Zodiac Run anjuran Loving Society tahun lepas sebab route Zodiac dekat laluan jalan luar while route Parkinson Run dekat laluan kawasan perumahan. 

To be honest, aku suka route 5 KM Parkinson Run. Sebab?
  • Less berbukit
  • Less bahaya sebab tak banyak kenderaan lalu lalang
  • Less public? Betul ke term aku ni?
Untuk personal record, my 5 KM equals to 35 minutes. Aku blame 5 minutes extra tu sebab aku stop 3-4 kali untuk snap gambar, haha! Tapi 2-3 gambar semuanya tak clear, dem. Tapi aku rasa sangat relax untuk larian kali ni sebab aku berlari dalam hujan yang turun renyai-renyai, suasana pagi sangat sejuk, aku tak rasa dahaga, aku tak kepanasan, aku banyak berlari daripada berjalan cepat dan surprisingly muscle kaki aku tak sakit. Mungkin sebab aku dah buat fitness activity beberapa hari sebelum tu. Plus, sempat pulak aku berkenalan dengan runner lain tapi kinda nice sebab boleh kenal orang lain dan bukan setakat berlari sampai garis penamat.

So far, aku rasa ohsem untuk larian kali ni. Harap aku boleh upgrade lagi larian dan personal record. Aku attach sekali gambar sepanjang event berlangsung. Okay, itu saja dong, nanti gue sambung~

6:18 pagi, still gelap

6:30 pagi, hujan turun renyai-renyai

6:45 pagi, Saradise looks so bae~

6:50 pagi, safely arrived dan dapat medal

7:01 pagi, duduk melepak kat tepi jalan

Second medal for this year and still counting

Misi selesai

7:30 pagi, selfie dengan kenalan baru. Lepas tu, balik.
The End~


@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment