Hai gais~ Hari ni aku tak ada benda menarik nak kongsi. Cuma aku ada hobi baru iaitu poetry recitation.
Jadi, apakah spesis poetry recitation ni? Poetry recitation ni sama je dengan deklamasi sajak. Tapi aku ni ada masalah sikit bila nak pronounce perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi aku selalunya baca buku dalam bahasa Inggeris dan buat latihan pronunciation. Plus, aku ni mudah terpengaruh dengan British slang walaupun lidah aku struggle nak tiru.
Kemudian, ada seorang cikgu ni nak latih murid untuk join poetry recitation depan aku pada suatu hari. Dari situ la, aku tertarik dengan aktiviti baca sajak dalam bahasa Inggeris. Tapi aku nak buat pengakuan, aku tak pernah deklamasi sajak depan orang walaupun aku terlibat dengan penulisan puisi. Aku sebenarnya tak yakin dengan suara aku sendiri. Aku nyanyi pun tak sedap didengar. Jadi aku memang tak pernah cuba baca sajak depan orang.
Tapi, aku masih ada keinginan nak buat poetry recitation. At least, aku nak cuba poetry recital dulu sebelum nak deklamasi sajak dalam bahasa Melayu. So, apa pilihan yang aku ada untuk tidak memalukan diri sendiri di depan orang ramai atau menyarung kepala dengan beg kertas?
Makanya, aku jumpa satu apps untuk buat video. Photo Video Maker namanya. Mula-mula, aku rakam suara aku sendiri. Kali pertama aku buat, aku rakam sampai 4-5 kali sebab ton suara aku tak macam yang aku nak. Lepas dah rakam suara sendiri (pastikan format mp3), aku buat video menggunakan imej puisi yang aku download kat Facebook. Bila dah save video, aku upload ke Instagram sebab aku rasa Instagram ni banyak kongsi video baca sajak. Dan salah satu video aku tu dapat view yang baik. Sebenarnya, aku rasa aktiviti ni membantu aku dapatkan ketenangan. Dalam masa yang sama, aku tengah cuba nak naikkan self esteem aku.
Okay, ni dia video yang aku dah upload di IG aku @hshield. Bagi sesiapa yang teringin nak buat tapi ada masalah macam aku, aku suggest korang install apps ni dalam phone korang. Manfaatkan teknologi untuk kebaikan ya, anak-anak sekalian~
aku mulakan dengan sajak ni, sebab aku tertarik
yang ni idea original aku
Lara Croft sumber inspirasi aku
Rumi ni memang favourite aku
Ayat ni serasi betul dengan taste aku
aku suka susunan ayat dalam puisi ni
Untuk video yang seterusnya, boleh la jenguk IG aku @hshield. Kalau rasa-rasa macam dah yakin gila, aku nak cuba deklamasi sajak dalam bahasa Melayu. Tapi macam biasa la, keyakinan aku ni takat upload suara je lah. Muka tu tidak. Kesimpulannya, banyak itu je lah keyakinan yang aku ada. Harap faham, hehe~
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment