Hai MaGians! Ogos dah nak berakhir, September tak lama lagi tiba. Tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan kerja-kerja dokumentasi yang aku malas nak cerita. Jadi untuk akhir bulan Ogos ni, aku menghadiri taklimat Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) di DBP Cawangan Sarawak. Ramai penulis dan pengarang buku yang hadir, termasuk ahli akademik UNIMAS iaitu Prof. Madya Dr. Jeniri Amir.
Taklimat kali ni fokus tentang penerbitan naskhah buku dengan pembiayaan dari dana yang disediakan oleh kerajaan. Ada kertas kerja yang perlu disediakan, borang yang perlu dilengkapkan dan prosedur yang perlu disiapkan sebelum dapat dana ni. Dimaklumkan maksimum untuk pembiayaan penerbitan buku ilmiah atau novel dewasa mampu mencecah RM 15k. Untuk buku bacaan kanak-kanak dan remaja, pembiayaan bawah RM10k. Mana-mana penulis yang berminat kena cari syarikat penerbitan swasta untuk diajak bekerjasama. Hanya syarikat penerbitan swasta je yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam syarat. Dan dana ni hanya membiaya kos pracetak sahaja. Diulang, KOS PRACETAK SAHAJA, iaitu dari awal proses manuskrip lengkap diterima, proses prufing, mengedit, rekaletak, rekabentuk grafik atau apa saja bengkel yang berkaitan dengan proses awal, ia dibiaya oleh DPIBN. Kos akhir tu ditanggung syarikat penerbitan. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan orang tengah yang menyalurkan dana tersebut kepada penulis yang berjaya dalam permohonan dana.
Sebenarnya pembiayaan dana untuk penerbitan buku ni menarik. Cuma aku tak ada masa nak cari publisher yang berani nak bekerjasama dengan aku. Aku ada kerja hakiki yang kena diuruskan. Jadi bagi sesiapa yang berminat nak memohon dana tersebut, aku kongsikan info yang aku rasa memang berguna.
Gambar sepanjang taklimat berlangsung:
Aku duduk depan sekali, lone ranger. Kerusi yang paling peserta
tak suka. Entah apa mimpi aku duduk kat depan.
Aku harap DBP jemput aku lagi, aku suka goodies dari DBP especially buku nota.
Sesi bergambar dengan semua peserta yang menghadiri taklimat.
Bergambar dengan penulis Beb Sabariah, Tenten Susanna,
Pn. Naziah, Kak Angah Mimin dan dua orang pensyarah dari UiTM.
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment