Tuesday, 27 August 2019

Milo Breakfast Day 2019 @ Kuching!

Hello, MaGians! Hari ni aku nak update kisah berlari-lari di stadium Kuching hari Ahad lepas bersempena dengan Milo Breakfast Day. Actually aku join larian Milo kali pertama pada tahun lepas and masa tu aku tengah berdepan dengan serangan ekzema. Tahun ni, aku berlari dengan telinga bermasalah. Aku dapat infection dalam telinga and seriously, tak seronok sebenarnya bila berlari dalam keadaan telinga pekak sebelah. Aku rasa macam tak balance tapi aku berlari jugak. Akhirnya, telinga aku bleeding mungkin sebab badan aku bounce masa berlari dan bagi kesan kat telinga kiri aku. By the way, telinga aku dalam process healing. Don't worry.

Okay, back to kisah Milo. Kali ni parking agak jauh dari kawasan event. Route untuk starting point pun bertukar, tak sama macam tahun lepas tapi finishing point tu masih sama. Aku bermula pada jam 6:35 pagi. Untuk 500-600 meter yang pertama aku jalan laju-laju. Bila lebih 1km, aku slowjog. Then around 2km, aku jalan laju dan slowjog. Untuk last 1km, aku speed sikit sebab aku tak sabar nak habiskan larian 3km. Untuk rekod peribadi, 3km kali ni aku berjaya tamatkan larian tepat 25 minit. Dari jam 6:35 pagi, aku sampai pada jam 07:00 pagi.

Apa yang seronok pasal larian Milo sebenarnya?
  • Goodies yang banyak! Aku dapat macam-macam dalam goodie bag.
  • Milo cup, minumlah sepuas hatimu.
  • Cereal breakfast, makanlah sepuas hatimu.
  • Medal Milo ni cantik, ada elemen vintage
  • Merchandise untuk setiap aktiviti yang disediakan.
  • Sarapan pagi pun ada- air mineral, pisang, spagetti, bihun, epal.
Aku yakin dan pasti tahun depan aku nak join lagi. Harap tahun depan aku sihat tanpa penyakit, hihi~

Ni sesi baling cawan Milo. Tahun lepas aku ikut serta. Tahun ni aku tengok je.
Malas nak berhimpit dengan sekalian manusia.

Orait, larian bermula. Tapi masa ni aku tak berlari sangat pun. Aku tengah berjalan
selaju yang boleh, sebab aku tak sempat buat warming up masa larian bermula.

Aku suka route ni sebab sejuk. Tapi kalau berlari sebelah malam, aku kena fikir
banyak kali, pokok tu rimbun sangat.

Papan tanda Uturn, masa ni aku dah berlari 2 km.

Okay, 1km yang terakhir. Aku masa tu dah rasa tak sabar nak habiskan larian.

Yeah, aku berjaya habiskan larian 3km 25 minit.

Suasana di sekitar stadium, semuanya hijau warna daun.

Okay, dah dapat medal, goodies, sarapan dan other free foods.
Dah boleh balik rumah~

See you next year, Milo!
@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment