Thursday 21 June 2012

Melayu Sarawak: "Takkan Melayu Hilang di Sarawak"

FACEBOOK versi bahasa sarawak
Wokey, saya kembali semula ke sini, sambung balik cerita dari kisah jalan-jalan kat Kuching, then, cerita Old town Kuching dan skang mau story pasal Melayu Sarawak (sebab ada baca status member: ada hamba Allah tu kata Sarawak takda Melayu---what the chicken?). Jadi, bagi hamba Allah itew yang tak tahu hulu hilir about my city ni, maka saya di sini akan menerangkan dari mana asalnya Melayu Sarawak (dan aku peduli hape ko nak cakap *ade aku kisah? Blog aku sukati aku le..)

Sebelum ni, masa kat Shah Alam, (first semester kalau tak silap), ada la mamat directseller kat PKNS tegur *nak beli CD blajo bahasa orang puteh, dik?...then, dia tanya lagi...*adik ni orang melayu jawa kan? orang Johor ek?...Jawapan aku...*ye encik, tapi saya dari sarawak. Tau mamat tu balas apa?...*Loh, sarawak ke? Ade melayu ke kat sarawak?

Itu la contoh soalan yang aku tak suka nak jawab. Tapi, aku kena jawab jugak...

Sekarang, mari citer pasal Melayu Sarawak....>>>>>>>

"Datuk sebelah bapa, Syed Mat Sirat Pamin bin Syed Husin Al-Sanari berasal dari Demak, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia, berhijrah ke Kuching (selepas ditangkap oleh tentera Jepun dan dijadikan buruh paksa) dan bertemu jodoh dengan nenek, Aminah, berketurunan Raden dari Boyan (150 kilometer sebelah utara Pulau Jawa, Indonesia). Datuk sebelah mak pulak, Mohamad merupakan hasil perkahwinan campur antara Pakistan dan Melayu Sarawak manakala nenek, Kayah berketurunan melayu + cina (sebelum tu mak cik cakap nenek kitorang sebenarnya berketurunan Dayang). Kesimpulannya, di Sarawak memang ada melayu...sekian~"


Berdasarkan rujukan lanjutan ke atas beberapa laman sesawang (seperti Beloya2u Just for You), teori kewujudan Melayu Sarawak ni bersifat pelbagai. Terdapat teori mengatakan Melayu Sarawak wujud menerusi perkahwinan antara masyarakat Jawa dengan Melayu Brunei, lalu membentuk bangsa Melayu Kedayan apabila Sultan Brunei ke-5 (1473-1521) yang rajin belayar ke Pulau Jawa terpikat dengan kerajinan orang Jawa bercucuk tanam. Jadi, masyarakat Jawa tu pun berhijrah selepas dipelawa, berkahwin dengan orang Brunei dan berasimilasi. Sekarang, bangsa Kedayan bermukim di Brunei, juga di area Temburong, Belait, Tutong, Muara (Jerudong) dan terus merebak ke kawasan lain di Sarawak dan Sabah. Tapi ada beberapa tokoh Kedayan tak setuju dengan teori ni sebab diorang yakin Kedayan memang dah lama wujud di bumi Sarawak (actually aku pun baru tau teori ni..)

Selain tu, ada teori yang mengatakan Melayu Sarawak ni datang dari Kalimantan (sebab sebahagian Kalimantan bergabung dengan Sarawak and Sabah bagi membentuk kepulauan yang dinamakan sebagai Kepulauan Borneo). Menurut catatan Fa Hsien pada 144M (seorang pendeta Buddha berbangsa Cina), beliau tinggal di sebuah tempat bernama Java-Dwipa selama 5 bulan dan Java-Dwipa itu merupakan nama purba bagi Jawa Besar, yakni Kepulauan Borneo manakala Pulau Jawa pada saat ini dikenali sebagai Jawa Kecil.

Seterusnya, terdapat teori mengatakan Melayu Sarawak datang dari Sumatera (dah dibincang serba sedikit dalam artikel- The Old Town of Kuching). Sarawak ne dikatakan di bawah kuasa Srivijaya pada kurun ke-10 hingga kurun ke-13 dan pada masa tu berlaku penghijrahan Melayu Sumatera ke kawasan pesisiran Sarawak, lalu membentuk masyarakat maritim yang aktif dalam entrepot dan dagangan luas (termasuk ke China berdasarkan penemuan tembikar purba buatan China di Santubong).

Teori kedatangan Melayu ke Sarawak kemudian diteruskan dengan kejatuhan Srivijaya pada kurun ke-13 dan penghijrahan putera Majapahit yakni Datu Merpati Jepang yang berkahwin dengan anak Raja Jawa, mengembara ke Brunei dan akhirnya menetap di Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang maka wujudnya masyarakat Melayu bangsawan dan Melayu perabangan di Sarawak.

Inilah contoh buku yang banyak memaparkan kisah Melayu
Sarawak di Sarawak, bukti yang dibukukan (koleksi peribadi)

Lepas teori, masuk hikayat Santubong dan Sejinjang....>>>>>>>>>>>

"Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, penjaga gunung negeri Sarawak, nang sik ada dapat dilawan, anak dak dewa turun kayangan..." (petikan dari lagu rakyat Sarawak, Puteri Santubong)

Korang tau tak hikayat Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang? Kalau tahu tu bagus. Hikayat dua puteri sangat femes di Sarawak dan wajib tahu for those Sarawakian dan kefemesannya itu setara dengan kisah puteri-puteri yang lain (cam puteri Hang Li Po, Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Puteri Lindungan Bulan, Puteri Tujuh, Puteri Dayang Bunting dan banyak lagi puteri di Malaysia). Menurut lagu rakyat Sarawak ni (selalu je salah spell kalau baca dalam paper, dari 'Santubong' ke 'Sentubung'), dua orang puteri tu anak dewa, diamanahkan jaga gunung yang diberi nama Gunung Santubong. Pada awalnya diorang ni baik, sorang menenun, sorang lagi tampi padi. Tapi last2 gaduh, main campak periuk belanga dan segala macam benda yang boleh dicampak maka diorang disumpah oleh bapaknya. Dikatakan Pulau Kera yang seram~ dan misteri tu serpihan wajah Puteri Sejinjang yang kena baling dengan barang.

Tapi, tu bukannya cerita yang aku nak cakap...

Menurut pembacaan lanjut di laman sesawang (sebagai contoh, Sejarah Sarawak), dua puteri ni dikatakan puteri Sultan Brunei. Ayahanda diorang mangkat (sebab komplot) pada kurun ke-18. Dua puteri ni diselamatkan oleh saudara lelaki diorang dan akhirnya sepakat tinggalkan mereka kat kawasan gunung (yang dinamakan Gunung Santubong). Kemudian, orang-orang lokal yang tinggal kat kawasan tu heran lagi pelik bila diorang dapat tau perihal kehadiran dua orang perempuan cantik yang tak penah dilihat sebelumnya. So, orang zaman tu assume dua puteri tu jatuh dari kayangan...*gedebuk! Pastu, dua puteri tu dikenali sebagai penjaga gunung dan tinggal bersama dengan aman damai sampai la satu hari diorang gaduh pasal sape lagi cantik. Atas sebab tu maka dua puteri tu gaduh yang akhirnya membawa kematian (Pengajaran- jangan la gaduh sebab hal remeh camtu. Cantik muka tak bawa ke tua, nanti berkedut jugak).

So, berdasarkan cerita di atas, terdapat kaitan wujudnya golongan Melayu (yakni Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang) datangnya dari Brunei (nama asal Brunei dikatakan 'Berinai' sebelum bertukar jadi 'Brunei').

"Tinggi-tinggi gunung Santubong..."

Lagi pasal Melayu Sarawak (seni, irama dan dialek)....>>>>>>>>>>>

Kalau sebut pasal tudung keringkam, cuma segelintir je tahu. Tudung tu simbol keindahan seni sulaman bagi wanita Melayu Sarawak. Tudung tu dijahit dengan benang emas atau perak, dan dipakai untuk majlis kenduri kahwin dan juga bermukun. Sekarang, ramai anak muda berminat untuk blaja macam mana nak jahit tudung ni sebagai usaha untuk menjaga budaya Melayu Sarawak dan semakin mendapat tempat di hati penduduk Semenanjung. Bukan senang nak jahit tudung ni, jarum mesti tempah (jarum pipih ada dua lubang besar), mesti buat 'tali air' and harga benang emas gile mahal jadi tak hairanlah sehelai tudung keringkam berkualiti tinggi boleh mencecah RM600.

Inilah nilai seni sulaman Melayu Sarawak yang sangat 'mahal'....

Cantik tak I?

Selain, tudung keringkam, terdapat penggayaan tali pinggang besi yang kini menjadi sejarah berfesyen bagi wanita Melayu Sarawak (sebab pompuan zaman dulu pakai kain jadi kena ada tali pinggang jadi kain tak mudah nak jatuh). Penggayaan tali pinggang besi ni dikatakan pembawaan ilmu dari Tanah Melayu (yakni Semenanjung Malaysia), pengaruh dari masyarakat Melayu yang pelbagai (Banjar, Jawa, Bugis etc). Sekarang, tali pinggang besi ni boleh dikira sebagai barangan antik Melayu dan aku bangga sebab ada simpan satu (nenek punya).

Ini la tali pinggang besi tu, untuk pinggang
saiz 27-28. Sorry, takleh demo..hahaha

Seterusnya, pembudayaan masyarakat Melayu Sarawak ne terserlah dengan aktiviti bermukun, atau bergendang Melayu asli dengan menggunakan penyampaian pantun dalam dialek Sarawak. Terdapat 3 elemen penting iaitu Dendangan (Seh Dendang), Menopeng dan Bertandak (joget/tarian), diiringi dengan elemen muzik seperti gendang, biola, akordian, dan gong. Pihak lelaki dan pihak wanita, lengkap berpakaian Melayu Sarawak (including keringkam kalu diorang ada) akan berbalas pantun dan diikuti oleh tandak yang berbalas. Terdapat beberapa irama yang digunakan dalam bermukun yakni Labuan, Menyubuh, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, Selendang Mayang, Bintang Beraleh, Sayang Serawak, Bercerai Kasih, Air Pasang, dan Lela Majnun (tapi yang biasa didengar jenis irama Sayang Serawak).

"Sayang la Serawak, sayang Serawak, sungei nya luas..."

"Nah, ambik hau! Ngetis kaki ku tuk..."

Contoh pantun bermukun korang bley refer kat sini---Bergendang Bermukun Berbalas Pantun


Sekarang, kita masuk bab dialek Melayu Sarawak..*yeeba! Dialek Melayu Sarawak, atau disebut sebagai bahasa Sarawak merupakan bahasa kegunaan harian golongan Melayu Sarawak, even bangsa or kaum lain pun pakai dialek ne untuk tujuan jual-beli dan komunikasi yang lebih berkesan (senang citer, pakai bahasa sama so senang nak paham). Dialek Sarawak ni mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu Piawai, cuma berbeza sikit sebab dialek Melayu Sarawak ni hasil campuran atau sebatian dari bahasa-bahasa lain (Indonesia, Tagalog-Filipina, Brunei, Iban, Bidayuh, Melanau, termasuk juga bahasa Inggeris kesan dari penjajahan zaman Brooke)

Contoh:

Manuk (Filipina)--Manok (Dialek Sarawak) bermaksud Ayam dalam bahasa Melayu Piawai.
Pisok (Bidayuh)--Pisok (Dialek Sarawak) bermaksud Pisau dalam bahasa Melayu Piawai.
Book (Inggeris)--Buk (Dialek Sarawak) bermaksud buku dalam bahasa Melayu Piawai


Terdapat Dialek Melayu Sarawak Lama yang masih digunapakai oleh golongan emas 916 karat (atau disebut sebagai warga tua) iaitu:

Bekukut - bertahan dengan sesuatu benda
Bulu Mansu - bulu kening
Pagu - Para
Telok - Bilik (favourite word nenek I)
Lang - Pintu
Gadong - Hijau
Ngkodok - Ungu
Kalas - merah jambu (skang kitorang sebut-pink)
Sukut - sisi

Kalau nak tau lebih lanjut sila refer kat sini--Dialek Sarawak

Selain dari perkara-perkara di atas, Melayu Sarawak juga terkenal dengan seni ukir dan pembinaan rumah yang LANGSUNG TAK ADA KAITAN DENGAN RUMAH PANJANG seperti yang terkandung dalam anggapan golongan yang 'tak tahu' itu. Masalahnya, kalau sebut Sarawak, diorang terus bayangkan orang pakai cawat, orang bawak sumpit, orang naik bot panjang, orang dok dalam rumah sederet panjang..pendek kate, orang yang diorang bayangkan itu semuanya takde kaitan dengan bangsa Melayu...even Ibanese pun dah hidup moden makan spageti sekarang ni. Hari Raya di Sarawak pula meriah giler...selagi Syawal tak habis selagi tu la hari Raya. So, try Google dan baca peratusan penduduk kat Sarawak statistik 2010--(Iban 30%, Cina 24%, Melayu  23%, Bidayuh 8%, Melanau 6%, Orang Ulu 6% dan peratusan selebihnya dimiliki oleh Kayan, Lun Bawang, Kenyah, Penan, Kelabit, Bisaya, Kedayan, Punan Bah, India dan Eurasian).




Inilah contoh rumah Melayu Sarawak, lebih kurang je macam rumah kat Semenanjung tu. Ini la yang dinamakan pemindahan teknologi. Macam mana lagi nak terangkan kat diorang ni? Harap2 korang paham lagi berilmu la lepas ni...~





Makanya, setakat ni je la penerangan serba ringkas mengenai Melayu Sarawak, dibuat khas untuk orang yang tak tahu. Semoga lepas korang dah baca artikel ni, takde la cakap membuta tuli pasal takda Melayu kat Sarawak (buduh yang amat kata-kata itu). Segala pendapat, pandangan dan maklumat tambahan sangat dialu-alukan ^o^

____________________________
Info source:
Beloya2u Just For You/susur galur keturunan melayu sarawak
Sejarah Sarawak.blogspot.com/ Sejarah Melayu Sarawk
Bernama.com/tudungkeringkam
ms.wikipedia.com/dialek-sarawak
Uncleawang.blogspot.com/bermukun
BHarian online/tudungkeringkam
cyanamoose.blogspot.com/bermukun
duitdarionline.blogspot.com/gunung-santubong-sarawak
Facebookgroup-I love Sarawak
www.pantun.com/bergendang-bermukun-yang-indah-itu-bahasa
Daphnegan.wordpress.com/rumah-melayu-sarawak
Dayang Puteri; Koleksi Cerita Rakyat Sarawak/ Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang
en.wikipedia.com/sarawak

(Thanks for information, images, and details about Melayu Sarawak)

3 comments: