Wednesday, 28 August 2013

Semangat Hari Kebangsaan 2006

Masih ingatkah korang dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-49 tahun 2006 di Kuching, Sarawak. Bagi aku, aku takkan pernah lupa sambutan ni.

Nak cerita sikit, Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-49 ini disambut pada hari 31 Ogos 2006, disertai lebih 2000 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah dari sekolah menengah di Kuching, pelajar Institut Perguruan Batu Lintang serta Institut Perguruan Tun Abdul Razak sebagai Koir Kebangsaan, lebih dari 300 orang pelajar Tingkatan Empat dari pelbagai sekolah menengah di sekitar Kuching seperti Kolej Abdillah, SMK Petra Jaya, dan SMK Tun Abang Haji Openg sebagai pelajar formasi, lebih dari 200 pelajar sekolah rendah sebagai penari cilik, diikuti oleh ratusan penari dari Kampung Budaya dan penari elit sekolah serta ribuan peserta perbarisan dari pelbagai jabatan kerajaan dan swasta. Satu sambutan yang sangat meriah, berlangsung di hadapan Merdeka Palace, yang dahulunya dikenali sebagai Aurora Hotel dan menghimpunkan 15050 peserta kontinjen secara keseluruhannya.

Nampakkah aku di situ? -.-
Peserta formasi diberi tempoh 3 bulan sebelum sambutan bagi membentuk pelbagai jenis corak formasi pada hari sambutan dan kesemua latihan formasi diadakan di Stadium Negeri Sarawak, manakala peserta Koir Kebangsaan hanya diberi masa 7 hari sebelum 31 Ogos 2006. Peserta koir ditempatkan di Institut Perguruan Batu Lintang bagi memudahkan pergerakan dan masa latihan ditetapkan pada pukul 6:30 pagi sehingga pukul 2:30 petang, dan disambung pada pukul 7:30 malam sehingga pukul 12 pagi. Aku masih ingat betapa buruknya muka aku setiap kali habis latihan tu. Dahlah asek hujan, terpaksa tidur depan gereja.

Terdapat pelbagai jenis lagu patriotik dan lagu rakyat dimainkan pada sambutan tersebut seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Jaya, Malaysia Tanah Airku, Cemerlang Gemilang Terbilang, Tanggal 31, Muhibbah, Bumi Malaysia, Berjaya, Enjit-enjit Semut (lagu tema Hantu Kak Limah...hahaha), Tiyang (lagu dalam dialek Orang Ulu), Puteri Santubong Puteri Sejinjang (FYI, terdapat kesilapan lirik masa menyanyikan lagu ni, ejaan Santubong tertukar menjadi 'Sentubung'- awkward), Budi Bahasa Budaya Kita, Joget Malaysia, Budaya Membaca, Kenek-kenek Udang, Rasa Sayang dan banyak lagi.

[Pautan rujukan dan muat turun MP3 lagu patriotik: Koleksi Lagu Patriotik| Pautan rujukan dan tontonon video lagu rakyat: Koleksi Lagu Rakyat]

FYI untuk sekali lagi, persiapan persembahan koir  sangat memenatkan tapi aku suka sebab dapat goodies dan makanan percuma. Kelakar, selama 1 minggu di IPBL, sarapan pagi kitorang: mee bihun, sandwich dan yang paling kelakar, 2 bijik telur rebus...apakah?) Sayang betul tak dapat snap2 semua tu, takde henpong canggih.

Yang ini video cut RTM, aku sedut dari Utiub

Bagi sesiapa nak mengimbau kenangan sedalam yang mungkin, korang boleh rujuk pautan Soufisme untuk koleksi video hari merdeka ke-49. Masihkah korang ingat astaka besar tempat kita pernah bersemayam? Aku selalu lompat dua gap ke bawah semata-mata nak kejar bas dan aku selalu lupa aku duduk kat barisan mana. So, aku mark muka leader aku, Lai (yang cuma makan sayur) agar aku kekal di jalan yang benar dan tak sesat masuk ke kumpulan yang lain. Dari atas tu jugak, aku boleh nampak terus ke bawah sambil melihat cikgu Kimia dan cikgu Computing aku menari-nari dengan bendera mini (diorang cikgu formasi, okay?)

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama, Kuching pernah menganjurkan sambutan merdeka peringkat kebangsaan pada tahun 1993. Pada tahun 2006, Kuching dipilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah dengan persiapan 17 buah kereta berhias, 22 kontinjen pancaragam sekolah, 44 kontinjen berjalan kaki, 15 buah kenderaan tentera, 12 pesawat dan helikopter dari TUDM dan 14 das tembakan meriam. Calon angkasawan juga turut serta dalam acara tersebut tapi aku tak dapat tengok muka Dato' Sheikh Muszaphar sebab aku tengah sibuk angkat kain rentang dan menjerit-jerit (T.T)

[Untuk bacaan lanjut, sila rujuk pautan berikut: Utusan Malaysia Sambutan ke-49]

Sekarang, masa untuk keluarkan goodies yang dah berhabuk dalam simpanan....


Ini baju official untuk peserta Koir Kebangsaan, disebut sebagai Kebarung (Kebaya+ Kurung= ngerti kamu?) To be honest, kain memang lowqua but sentimental value tinggi. Selepas habis sambutan merdeka di Padang Merdeka, aku tak pernah pakai baju ni dan kaler masih merah menyala macam dulu. Mungkin ubat gegat telah membantu memelihara kecantikan baju ini.


Yang ini beg, penyambung hayat aku semasa jadi peserta koir. Ada banyak benda aku letak dalam tu (kipas besar, pom-pom kusut masai, bendera kirai yang menyusahkan, kain rentang 4 jenis, bendera mini, botol mineral, stokin, tuala lap peluh, sepapan Panadol dan minyak angin). Nasib baik beg besar, boleh sumbat banyak benda.


Tak ternilai, inilah sarung tangan trafik untuk bertujuan untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Memang efektif, tangan aku menten cerah. Tapi, pihak penaja tak sponsor topeng muka. Muka aku buruk gila lepas habis sambutan. Selang seminggu, aku menjalani proses 'bersalin kulit'- dah macam ular. Fun fact: sarung tangan ni bagus untuk berkebun-[sumber: kawan mak aku]


Now, ini ialah baju T yang dipakai semasa menjalani latihan koir. Actually aku suka baju ni. Sebab, kualiti kainnya bagus. Dengan baju ni juga, aku tak sejuk beku masa menumpang teduh dan tertido depan gereja masa tunggu bas datang. Mesti ada yang heran, apahal menumpang kat situ? Macamlah banyak pilihan masa tu...kesah aku?


Ini dia, kuasa di tangan tag nama. Takda tag, takda privileges, tak kena layan dan yang paling kesian, tak dapat makan. Aku tak sangka tag nama ni masih elok lagi. Tapi, privileges tu takda lagi. 

Okay, ini dia topi yang cover muka kitorang masa perform koir. Selain dari melindungi muka kitorang dari panas dan hujan (tak berkesan sangat pun), ia juga berfungsi untuk menampakkan kepala kami semasa RTM buat rakaman. Malangnya, muka kitorang tak masuk TV. Takpelah, janji topi aku masuk TV.


Dan ini ialah keychain kenang-kenangan dari pihak IPBL untuk peserta koir. Aku dapat 2, aku rembat satu lagi dari orang yang tak nak keychain ni. Aku tak pernah gantung keychain ni kat mana2 zip (x termasuk zip seluar). Lebih baik simpan baik-baik daripada rosak since aku tak bleh claim balik keychain yang lagi satu sebab aku dah bagi kat mak.

Ada beberapa lagi item yang aku nak snap dan upload kat sini (props untuk persembahan) tapi props tu masih tersekat di skala 6 so aku belum berjaya untuk membawaknya keluar dari kotak. Sekiranya aku sudah berjaya, aku akan upload gambar tu.

Dan 2 tahun selepas kejadian tersebut, aku tertiba-tiba menulis sajak pasal tu. Dengan ini aku masukkan sajak itu ke sini sebagai penamat...mari tamatkan ini dengan gaya bahasa~

Kisah satu minggu,
Dalam meraikan kebebasan,
Dan tujuh hari berkubang lesu,
Pada blok usang dan kisah silam,
Tak kurang juga detik yang seram.             

Berhujanan di Astaka,
Meredah padang yang becak,
Menggamit rakan mengepit bendera,
Sejuk kesejukan,
Tidur kedinginan,
Bersaksikan sebuah gereja Anglican,

Tujuh hari menentang langit,
Dibakar matahari,
Dengan perut yang minta simpati,
Pada mata yang mahu dilelapkan,
Pada kaki yang mohon dilegakan,
Bersorak menjerit sepenuh tenaga,
Akhirnya pulang hilang suara.

Baju merah berkain hitam,
Pakaian terakhir untuk semalam,
Topi merah kemeja kuning,
Hari semalam yang penuh hening,
Kenangan ini berputar-putar,
Cerita lama dikenang-kenang,
Masa sudah jauh melangkah,
Menjadikan ia satu kisah.

(01/04/08; 28/08/13)

Kepada geng yang diketuai oleh Lai dan Chinese member yang duduk di depan aku (Lek Xiao Sze, Ho Sin Ping dan Lee Ping), Salam Semangat Hari Kebangsaan untuk korang =)

#tmg2013
Ehsan gambar kejadian: Mstar|Bernama

No comments:

Post a Comment