Monday 7 September 2015

Makam-makam Besar di Sarawak

Salam September, peeps! Masa update entry, terngiang-ngiang lagu "Wake me up when September ends..." tapi hari ni baru 7 September. Makanya, hari ini entri berkenaan dengan makam-makam besar di Sarawak. Sudah semestinya, aku takkan dapat senaraikan semua makam-makam penting yang ada di Sarawak sebab itu memerlukan kajian yang lebih mendalam. Tapi kalau ada sesiapa nak kaji topik ni, ajaklah aku sekali. Aku memang berminat nak jadi associate.



Instagram media amri_dgreat_ao - Rezeki kali ini..... Dpt la ziarah Makam Dato Permaisuri d Miri... al-fatihah
Makam Dato Permaisuri
Credits: Pikore.com (dari Amri d'Great_amri_dgreat_ao)
1. Makam Dato Permaisuri 


Makam ini telah digazetkan oleh kerajaan Sarawak sebagai warisan Miri. Menurut legenda, kapal yang dinaiki oleh seorang puteri dari Johor telah karam akibat ombak dan puteri itu terkandas di pantai Miri. Beliau telah menetap di situ, menubuhkan sekolah dan memberi khidmat bakti dalam menyebarkan ajaran Islam.


Makam Sultan Tengah
Credits: damaibeachresort.com
2. Makam Sultan Tengah


Makam ini merupakan makam Sultan Tengah, merupakan Sultan pertama dan terakhir yang pernah mentadbir Sarawak dan mendapat gelaran Sultan Ibrahim Ali Omar Shah. Baginda terbunuh di Batu Buaya. Dikatakan Sultan Tengah merupakan orang pertama yang membuka kota Kuching.

Makam Dayang Isah Tandang Sari
Credits: Simaas.blogspot
3. Makam Dayang Isah Tandang Sari

Dayang Isah Tandang Sari, bukan lagi legenda asing di Sarawak. Malah kisah Dayang Isah turut dipaparkan di TV1. Menurut penceritaan lisan, kecantikan Dayang Isah digilai ramai sampai ke pengetahuan saudagar Brunei yang bernama Nakhoda Khar. Mengetahui Dayang Isah masih mencintai kekasih lama iaitu Bunut, Nakhoda Khar membunuh kedua-duanya. Kemudian, Nakhoda Khar dibunuh pula oleh bapa Dayang Isah yakni, Temenggung Abdul Kadir.

Credits: Simaas.blogspot
(Sebelah kiri: Makam Dato Gudam
 sebelah kanan: Makam Temenggung)
4. Makam Dato Gudam dan Temenggung Abdul Kadir

Dato Gudam dan Temenggung Abdul Kadir bukan nama asing di Tandang Sari yang kini dikenali sebagai Pusa. Dato Gudam merupakan anak Bendaro dari Pagar Ruyung yang berhijrah jauh sampai ke Tandang Sari dan Brunei. Temenggung Abdul Kadir pula merupakan bapa Dayang Isah. Jarak antara makam mereka dengan makam Dayang Isah kira-kira 100 meter.

Makam Datuk Hakim Keramat
Credits: Instituttahfizbintulu.blogspot
5. Makam Datuk Hakim Keramat

Makam ini milik Datu Hakim Keramat, tokoh ulama besar dan ulama perintis yang terawal di Sarawak. Beliau lahir pada 1829 dan meninggal dunia pada 1890. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim.

Makam Pahlawan Rentap
Credits: theborneopost.com
6. Makam Pahlawan Rentap

Rentap merupakan pahlawan Iban yang digeruni dan menjadi cabaran dalam dinasti Brooke. Beliau enggan patuh pada cara pemerintahan Brooke yang memasuki kawasannya. Kata-kata semangat beliau iaitu 'Agi idup agi ngelaban' menjadi lambang semangat masayarakat Iban. Makam Rentap terletak di Bukit Sibau, Pakan.

Image result for makam rosli dhobi
Makam Rosli Dhoby
Credits: theborneopost.com
7. Makam Rosli Dhoby

Rosli Dhobi merupakan pejuang kemerdekaan di Sarawak yang bertindak membunuh Sir Duncan Stewart. Beliau didapati bersalah kerana menikam Gabenor British yang ke-2 sampai mati. Setelah kematian beliau dan rakan-rakannya, gerakan anti kolonialis berhenti secara mendadak. 


@themagi2015
ruj: Miriresortcity.com | wikipedia.org/sultan tengah | theborneopost.com | simaas.blogspot | instituttahfizbintulu.blogspot | wikipedia.org/ rosli dhoby

No comments:

Post a Comment