Friday, 18 September 2015

Figura Kenderaan Mini II

Salam Jumaat untuk visitors. Hari penuh barokah pada hari ni. Hari ni jugaklah aku ditimbun dengan kerja-kerja menulis. Cerpen, novel, kertas ilmiah...yay~ Ketika aku tengah meraikan penerbitan cerpen yang ke-6 dan sajak ke-3 bersama DBP, aku baru setelkan novel thriller n sekarang proceed buat kerja ilmiah for my sister. Kudos to my awesomeness.

Disebabkan aku rasa aku sangat awesome, haruslah aku memberi reward untuk diri sendiri iaitu, beli mainan sebanyak yang boleh. Sebetulnya, taklah banyak sangat. Aku cuma tambah 4 figura kereta je kali ni. Kalau tambah lagi aku akan buat entri seterusnya.

For those yang suka collect car figurines macam aku, marilah kita bergumbira menjadi toy collector yang berjaya...ahak-hak-hak~


Kereta klasik buatan Itali which is, Fiat 500 dikeluarkan oleh syarikat Burago skala 1/43. Asalnya aku fikir kereta ni cuma kereta rekaan semata-mata. Tapi rupa-rupanya kereta ni wujud dan ia sejenis economy car. Made by diecast metal dan plastik, harganya tak mahal. Bentuk pun comel. Warna pun terang. Kereta Fiat 500 direka dengan pattern VW Beetle. Okay, no wonder aku suka kereta ni sebab aku huge-fan VW Beetle. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Yang ini ialah kereta Chevrolet Bel Air Concept rekaan 2002, skala sangat kecik. Rekaan kereta ni wujud sejak 1950s dan dikategorikan sebagai luxury car sebab lebih kurang satu spesis dengan Cadillac. Aku jatuh cinta sama ini kereta bukan sebab dia ada non-detachable solid roof. Tapi aku suka dengan warna red coke kereta ni. Harga tersangatlah murah, lebih-lebih lagi bila Parkson bagi diskaun 20%. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Kereta sky-blue menawan hati ni of course la Volkswagen New Beetle yang dikeluarkan oleh RMZ City. Yang ni jenis pattern baru dengan bentuk belakang yang berbeza. Ia direka dengan pintu yang boleh dibuka dan berfungsi sebagai race car. Aku suka rekaan pintu kereta mainan ni sebab ia lebih kukuh, senang dibuka dan nampak macam realistik. Harga sangat berpatutan dan ia datang dalam 2 warna iaitu merah dan biru. Selain dari tu, aku tak tahu warna apa lagi yang ada sebab cuma 2 warna tu je yang aku jumpa.


Dan ini dia, my new baby. Semestinya, VW Beetle lagi by Maisto, skala 1/24. Harga jangan tanya, sebab kereta ni special edition custom shop. Segala pintu boleh dibuka, siap ada enjin dan rekaan luar yang stylish. Kalau tak silap, VW Beetle ni hampir dengan jenis the jeweled one-millionth type 1. Rujuk sini kalau nak tengok gambar saiz sebenar. Tapi design kereta ni juga kelihatan sama dengan 1968 type 1. Okey, aku dah keliru, sila betulkan aku kalau salah. BTW, minat mengumpul takkan berhenti setakat ini. Aku akan teruskan lagi dengan entri yang lain

Okey, setakat ini saja entri kereta mainan. Always be a kiddo :)

@themagi2015

2 comments:

  1. kalau dapat yang scale 1/64 (atau lebih kurang hotwheels) pun comel jugak... meleleh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada survey hari tu kat section hotwheels, memang meleleh. Tengah giat menabung demi menapung rasa meleleh tu...ha3~

      Delete