Thursday 21 January 2016

Figura Kenderaan Mini III

Happy Khamis untuk semua. Entri ke-2 untuk hari ni sebab line internet dikuasakan oleh Hotlink. Memang hot sangat. Jadi aku nak share pasal hobi aku yang bermula pada tahun 2014. Dengan prinsip 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'....memang semak tempat kerja aku sekarang. Toys dan buku menempel sana sini. But still, I loved my books...and I loved my toys! Menjadi kiddo di hati memang takkan berhenti...rasanya.

Okey, masa untuk perkenalkan kereta-keretaku yang baharu. Inilah reward untuk diri sendiri, tanda aku menghargai penat lelahku mencari rejeki...yeah~

Bagi yang kata aku membazir, tolong tahan tahap kejelesan itu ^^

Nama kereta: '57 Chevrolet Corvette by Maisto
Saiz amat kecik, warnanya sangat menarik dan I cannot say no to this little Corvette.
Aku rasa aku beli kereta ni sebab terpengaruh dengan rancangan King's of Restoration.
Kereta ini dikategorikan sebagai 'klasik' dan bersifat 'sport car business'. 
Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini


Nama kereta: 63 Chevy II by Hotwheels
Love at the first sight, itulah yang dapat aku gambarkan for this little
63 Chevy II yang berkilat-kilat. As you know, kereta Hotwheels memang
cantik warnanya. Info trivia pasal kereta ni- 63 Chevy II juga dikenali sebagai
Chevy Nova. Kereta ini dikategorikan kompak dan bersifat 'basic type car'.
Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini

Nama kereta: 66 Ford Fairlane GT by Hotwheels
Again, this little and awesome car figurine by Hotwheels. Dah macam promoter 
bunyi aku. Kereta ini dikategorikan sebagai 'sedan klasik' dan terletak dalam posisi '
fifth generation'. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini 

Nama kereta: Aston Martin 1963 DB5 by Hotwheels
Red and great, Aston Martin 1963 DB5 yang mini ini merupakan rekaan buatan Itali
dan dikategorikan sebagai kereta mewah. Model AM 1963 DB5 terkenal dalam filem
James Bond (Goldfinger-1964). FYI, DB5 terdapat dalam beberapa jenis iaitu convertible,
shooting-brake dan vantage. Kereta mini Hotwheels ini bercirikan vantage, memang obvious
sangat. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini

Nama kereta: VW Beetle 1300 by Maisto
Yeah, ini dia kereta favourite- VW Beetle 1300. Dah lama aku cari jenis yang kecil dan muat
atas tapak tangan aku. Seperti yang korang ketahui, Volkswagen ialah kereta buatan Jerman
yang terkenal dan Beetle ialah jenis kereta VW berbentuk 'bug'. Pada asalnya, kereta ini direka untuk kegunaan semua (Volkswagen bermaksud: people's car dalam bahasa Jerman) dan berfungsi sebagai kereta ekonomi. Sekarang, VW Beetle dilihat sebagai kereta mewah. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini.

Nama kereta: VW Beetle Hard Top by NEX (motorized type)
Untuk pertama kalinya, aku try beli jenama baru iaitu NEX dari syarikat
Welly Die Casting. Pintu kereta ini boleh dibuka dan ditutup tapi tak smooth
macam pintu kereta jenama RMZ City tapi the body amat solid dan kualiti
warna pun menarik. Tak payahlah aku bagi trivia pasal VW Beetle, dah banyak kali
aku sebut rasanya. Skala kereta 1/37, saiz yang cantik untuk collector. Untuk
melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini.


Emm...rasanya setakat ni pasal entri kereta figura. Lepas ni, aku berhajat nak buat entri
pasal VW Beetle je. Harap-harap tak susah aku cari model kereta VW Beetle kat kedai
lepas ni :D




@themagi2016

2 comments:

  1. Beetle Maisto tu walaupun casting tak solid macam hotwheels dan saiz tayar macam tak kena, tapi ada absorber tu. Boleh tekan2, macam tomica. Gempak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sorong vw tomica n vw maisto serentak, meloncat2 je absorber tu

      Delete