Tuesday 1 March 2016

Figura Kenderaan Mini IV

Good Wednesday, peeps! Hari ini 1 Maret ya (tetiba tukar bahasa). Memandangkan March is marching forward, aku kembali lagi dengan 1st entry untuk bulan 3 iaitu kegilaan aku terhadap figura kereta. Aku bersyukur sangat sebab tahun ni banyak perkara yang menarik dah berlaku. Workload pun dah berkurangan dan yang tinggal cuma responsibility untuk siapkan manuskrip (1st try dengan pihak DBP after join bengkel last December).

Maka, sebelum sambung mengarang...haruslah ada terapi jiwa. As always, kereta-kereta baharuku itu adalah satu reward untuk diri sendiri sebagai tanda menghargai penat lelah mencari rejeki. Tak gitu?

Okey, mari perkenalkan geng-geng baru~

Nama: Porsche 356 Convertible by Maisto
To be honest, pernah terlintas di fikiran aku nak beli kereta kecik warna kelabu. 
Then aku nampak kereta ni kat section toys di Parkson. Sekadar nak bagi info, 
Porsche 356 ialah luxury sport car yang direka oleh syarikat Austrian dan seterusnya syarikat Jerman. Kebetulan atau tidak, syarikat Austrian itu juga syarikat yang bertanggungjawab buat rekaan VW Beetle sebelum diambilalih oleh syarikat 
Jerman. Well, aku dan Beetle memang ada instinct.

Nama: Volkswagen New Beetle Convertible by Maisto
Yeah, Beetle! Tak sangka aku, selepas puas menyelongkar kedai toys,
aku jumpa VW new beetle jenis convertible dengan colour merah yang
delicious. Patut ke aku cerita banyak pasal VW? Okeylah, bagi sikit...VW
beetle convertible ni jenis boleh bukak atap, dikategorikan sebagai compact car
yang mahal (obviously) dan tak salah aku, iklan Pizza Hut ke iklan MacD ada tunjuk
kereta ni pusing-pusing kat roundabout. 

Nama: Mini Cooper by Maisto
Before, aku ada nampak kereta Mini Cooper by RMZ City dengan
rekaan Union Jack kat bumbung kereta. Tapi masa tu aku tak beli sebab aku 
dah pilih VW Beetle. Bila aku datang balik 2 minggu kemudian, kereta Mini Cooper
tu dah tak ada lagi. And now, aku jumpa Mini Cooper yang extra mini. Fyi, parent
company untuk Mini Cooper ni ialah BMW, kereta ni jenis subcompact, harga pun
mahal tahap wow but aku beli kereta mainan ni dengan harga RM7.12 je.

Nama: Volkswagen New Beetle Coupe by Maisto
Again, VW Beetle! Sebenarnya VW Beetle ada banyak jenis rekaan and the latest one tahun ni ialah 2016 VW new beetle convertible (Google sendiri kalau nak tahu). Tapi, aku lebih suka VW new beetle coupe edisi 2012 sebab bentuknya memang macam beetle, lebih comel dan bila saiznya dikecikkan, makin bertambah comel. Kalau korang pernah baca 1st entry figura kereta , VW new beetle coupe pertama yang aku beli ialah keluaran Maisto, warna pun sama tapi saiz berbeza. Kereta yg pertama tu berskala 1/37. Yang baru ni skala yang paling kecik sampai tak ditulis kat kotak.  Okey, aku compare sikit~

Kiut kan bila dua beetle ni jalan sama-sama?



Okey, setakat ni je entri aku. Nanti aku sambung lagi bila aku beli kereta yang baru:)
@theMaGi2016

No comments:

Post a Comment