Good morning, Kuching (and Sarawak...and Malaysia...and the whole world!). Hari ini, aku kembali memblogging dan mengarang entri. Selepas mendapat panggilan dari DBP berkenaan dengan penerbitan karya (oh, syukran~), tergerak hati ini untuk menggembirakan diri dan entri hari ini ialah...Das Auto. Pertama sekali, aku bukannya nak beli kereta Das Auto sebab aku sedar siapalah aku nak beli kereta mahal. Memandangkan aku sedar aku tak mampu plus aku belum ada lesen pun (suka jadi backseat passenger, konon2 nk jadi bos...), jadi aku beli kereta mainan sebagai pengganti. Lagipun, kumpul toys boleh hilangkan stress. Cubalah kalau tak percaya.
Maka di sini, seperti yang aku dah 'nawaitu' sebelum ini...aku buat entri untuk kereta2 VW Beetle kesayanganku~
VW Beetle classic Kafer by Maisto Harga: RM89.90 Custom Edition Skala: 1/24 Pintu boleh dibuka, lebih berat, interior part sangat detail, mempunyai replika enjin di belakang. |
VW New Beetle 2012 by RMZ City Harga: RM 20 + Skala: tidak dinyatakan Kategori: race car Pintu boleh dibuka, interior part lebih detail. Pergerakan kereta lebih lancar dan gaya sportyang menarik. |
VW New Beetle Hatchback by Maisto
Harga: RM 24+
Skala: 1/37
Kategori: race car
Pintu boleh dibuka. Interior part agak detail.
tetapi lapisan pintu agak nipis.
tetapi lapisan pintu agak nipis.
VW Beetle classic 1303 by Cararama
Harga: RM39.90
Skala: tidak dinyatakan tapi mungkin 1/43
(berdasarkan model Fiat 500)
Pintu tak boleh dibuka, bukan race car
dan interior part agak detail. Cuma ada sedikit
masalah (sisi senget) di pintu kanan. Well, aku
kena pertimbangkan...nak beli toys Cararama lagi
atau tidak?
VW New Beetle convertible by Maisto Harga: RM7.12 Skala: mini (saiz standard kereta Hot Wheels) Warna menyerlah, gaya convertible yang menarik logo VW dicetak dengan baik dan jelas. |
VW New Beetle Hatchback by Maisto Harga: RM7.12 Skala: mini (saiz standard kereta Hot Wheels) Serupa dengan kereta VW skala 1/37 tapi interior part tak nampak. Tapi logo VWdicetak dengan baik dan jelas. |
VW New Beetle 2012 by Tomica Tomy Harga: Tak tahu (sebab orang bagi) Skala: 1/66 Warna kuning menyerlah, interior part agak detail, ada absorber, logo VW dicetak dengan baik dan jelas. |
Oh, Beetle...aku akan tambah jumlah kau lepas ni!
@themagi2016
No comments:
Post a Comment