Thursday, 3 March 2016

Trivia Simbol Hati

Happy Thursday untuk pembaca blog! Entri ke-3 di bulan 3, terlintas di fikiran aku tentang simbol hati yang bertaburan di tepi jalan masa hari Valentine bulan lepas. Dan aku tak nafikan aku selalu guna simbol hati dalam lukisan dan doodling. Tapi aku tak tahu apa maksud simbol hati dan dari mana datangnya simbol hati ni. Memandangkan aku tengah buat kerja (sempat curi masa untuk memblogging), aku nak bagi trivia tentang simbol hati a.k.a heart.


Trivia Simbol Hati

  • Simbol hati merujuk kepada jantung manusia, walaupun hati dalam bahasa Inggeris ialah 'liver'.
  • Walaupun simbol hati merujuk kepada jantung manusia, ia tidak ada persamaan langsung dengan rupa jantung manusia yang sebenar.
  • Simbol hati dikatakan muncul sejak sekian lama, iaitu pada era Mesir Kuno.
  • Simbol hati dikaitkan dengan emosi dan jiwa pada abad pertengahan.
  • Di Eropah, simbol hati menjadi ikon dan biasanya simbol ini berwarna merah atau putih.
  • Dikatakan, simbol hati ini muncul dalam visi seorang biarawati Perancis yang bernama Saint Margaret Marie Alacoque pada akhir abad ke-17. Beliau melihat simbol hati yang dikelilingi oleh mahkota duri. Tetapi hati yang dikelilingi mahkota duri sudah wujud di tingkap kaca gereja Katolik sebelum abad ke-17.
  • Di Afrika Utara, simbol hati ditemui di runtuhan kota purba yang bernama Cyrene pada abad ke-7.
  • Teori kontroversi mengenai sejarah simbol hati ialah simbol ini berkenaan dengan kawalan kelahiran (birth control). Sejarah di Rom mencatatkan terdapat sejenis herba bernama Silphium berkesan untuk mengawal kelahiran. Herba ini sangat bernilai sehingga tercetak di atas syiling Rom pada masa itu.
  • Teori kontroversi yang lain berkenaan dengan simbol hati ialah ia merujuk kepada bahagian sulit wanita seperti payudara dan vulva. Ia juga merujuk kepada testis lelaki (jika simbol hati dilihat secara terbalik).
  • Secara logiknya, simbol hati pada masa dahulu lebih dikaitkan dengan perkara seksual.
  • Pada masa kini, simbol hati merujuk kepada perasaan cinta dan kasih sayang. Simbol hati retak merujuk kepada kekecewaan dan putus cinta sehingga wujudnya istilah 'patah hati'.
  • Emoticon simbol hati digambarkan dengan bentuk <3


@themagi2016

No comments:

Post a Comment