Back again, dengan entri kedua di hari yang sama (09 Mac 2016). Hari ni aku nak kopek mengopek tentang buku terbitan Lejen Press iaitu Rosmoh Perempuan Puaka. Sejujurnya, sebelum aku beli buku ni aku lalu depan rak buku tu 5-6 kali. Dah puas lalu dan mengintai, barulah aku beli. Really, nama Rosmah menjadi Rosmoh itu sangat epik pada pandangan aku.
Well, mari perkenalkan sikit~
Judul: Rosmoh Perempuan Puaka
Penulis: Naufal Tarmizi
Harga: RM20 (berpatutan sangat)
Terbitan: Lejen Press
Cetakan: 2015
Jenis: Paperback
Tarikan buku dari segi fizikal?
- Semestinya, cover buku Rosmoh sangat unik dan kreatif. Tak kira macam mana aku terbalikkan buku tu, imej Queen daun terup tu tetap sama
- Kualiti kertas memang baik. Malas aku nak bebel pasal eye-strain ke apa sebab kertasnya agak yellowish so sesuai untuk mata.
- Okey, aku mengaku aku beli buku ni sebab judul buku ni menarik. Boleh ke aku masukkan judul dalam kategori fizikal eh?
Tarikan buku dari segi kandungan?
- Of course la, jalan cerita. Aku memang suka cerita mistik, spooky, thriller dan jenayah macam ni.
- Apa yang paling best? Bukan Rosmah yang jahat dalam novel ni (saja bagi spoiler bagi orang yg belum baca)
- Surprise...itulah pendapat aku yang paling sesuai untuk kandungan buku ni.
Problem buku ni?
- Aku detect kesalahan ejaan di beberapa helaian mukasurat. Aku tak tahu error tu disengajakan atau tidak. Ke buku yang aku beli ni je yang ada problem?
- Ada sedikit kekeliruan dalam sesetengah chapter, penerangan kurang jelas. Tapi tak banyaklah, sikit je error ni. Mungkin aku patut salahkan diri sendiri sebab lambat paham.
- Tulisan agak kecil. Nasib baik kertas kekuningan, taklah sakit mata sangat.
Okey, itu je review aku tentang Rosmoh Perempuan Puaka. Kalau nak tanya aku suggest buku ni untuk pembaca atau tidak...aku rasa aku memang tengah suggest ni. Sebab itulah aku buat entri pasal buku ni. Bagi penggemar/penggila/pengumpul buku, pastikan buku ni ada kat rak buku korang. Tak rugi beli, RM20 je.
#sokongmalaynovel
@themagi2016
P/S: tak sabar tunggu reply dari LP...harap2 cepat la lepas~
No comments:
Post a Comment