Salam Selasa semua! I'm back untuk short entry. Jangan risau, memang tak panjang. Aku pun tak larat nak bagi jari-jemari ini menari di atas papan kekunci, gitew. Jadi untuk entri kali ni aku nak kongsikan beberapa jenama produk yang terkenal masa aku kecik-kecik dulu. Tapi sekarang ni, jenama tu boleh dianggap sebagai 'rare' sebab aku dah tak jumpa kedai jual jenama ni lagi. Mungkin dah dapat penjenamaan semula, mungkin perniagaan merosot, mungkin dah gulung tikar or mungkin combine jenama dengan syarikat lain. Who knows, aku tak ambil peduli apa yang dah jadi kat jenama tu semua. Yang aku tahu, jenama tu memang 'rare'. Kalau ada yang jual produk dengan nama yang aku senaraikan, korang patut semak semula tarikh manufacturing.
Okay, jenama produk apa yang 'rare' sangat tu?
Dulu, pad wanita Secret ni berlambak-lambak kat kedai. Sangat glemer sekitar lewat 90-an sampai ke tahun 2004. Kemudian, jenama pad wanita ni perlahan-lahan hilang. Iklan Kotex dan Laurier mula bercambah-cambah kat kaca TV. Dan sedar tak sedar, aku dah tak nampak pad wanita berjenama Secret yang berbungkus ungu kat kedai lagi. Tak tahulah apa yang terjadi kat jenama tu. Gone with the wind.
Oil of Ulan
Oil of Ulan ialah produk kecantikan yang terpampang kat magazine wanita, kat TV, kat surat khabar. Sangat dikenali ramai pada era 90an. Aku pernah tanya kat parent aku, apa maksud Ulan tu? Parent aku tak dapat jawab soalan aku. Soalan KBAT sangat. Sebenarnya, nama jenama ni berasal dari Australia dan di negara lain, produk ni dikenali sebagai Oil of Ulay (UK & Ireland), Oil of Olaz (Jerman, Perancis, Itali dan Belanda) . Penggunaan nama hujung produk yang pelbagai tu sebenarnya strategi pemasaran walaupun perkataan itu diinspirasi dari bahan utama produk iaitu 'lanolin'. Kemudian, produk ni buat penjenamaan semula jadi Oil of Olay dan akhirnya produk ni dikenali sebagai Olay.
JC Jcinta
Okay...aku dah lama dengar nama produk ni, sejak dari sekolah rendah lagi. Aku tak ada strong memori pasal jenama JC Jcinta tapi yang pasti nama produk ni agak ridicilous di cuping telinga aku. Kalau tak silap, jenama ni merujuk kepada produk minyak wangi. Tapi aku tak dapat tambah fakta lain sebab jenama ni macam tak wujud langsung dalam pangkalan data Google.
Kelly
Produk kecantikan berjenama Kelly ni antara produk kegemaran mak aku masa dia muda-muda dulu. Bahan utama pencuci muka ialah lemon dan krim muka dia dalam bekas kecil merah jambu. Kemudian, produk ni mula berubah. Macam ada yang tak kena bila mak aku apply. Rupa-rupanya, yang dijual kat kedai tu produk 'fake'. Yang ori tu teramat susah nak dapat. Boleh dikatakan Kelly yang dulu memang tak sama langsung dengan Kelly zaman sekarang. So, untuk sesiapa yang nak try Kelly, sila cari produk ori. FYI, produk ori pun dah berubah, tak macam dulu.
Splash Cologne
Sebelum wujudnya produk cologne Pucelle atau Izzi Love, ada satu cologne yang aku selalu pakai masa sekolah rendah. Mak aku belikan aku produk Splash Cologne. Ada tiga jenis warna botol yang aku pernah pakai- pink, hijau, biru. Aku paling suka bau botol pink. Sekitar tahun 2008, produk tu mula ghaib dari rak kedai. Sekarang, aku dah tak jumpa jenama tu lagi kat pasaran.
SHE Perfume
Ada satu lagi produk wangian yang aku pernah pakai masa sekolah dulu-dulu. Jenama produk SHE ni terkenal masa tahun 2001-2003. Ramai member aku pakai produk SHE which is cologne dan stick deodorant. Tapi bila produk cologne dan deodorant yang lain muncul, jenama ni pun tenggelam. Untuk tahun 2017 ni, produk SHE memang asing sangat di telinga remaja. Nasib baik Google masih ingat SHE ni siapa. Siapa yang ingat lagu jenama ni, jom nyanyi sama-sama (SHE...lalala, SHE...lalalala~)
Okay setakat ni je memori lampau aku bersama jenama yang mungkin korang tahu, mungkin tidak. Tapi bila dikenang balik jenama-jenama tu semua, teringat pulak zaman jahiliah aku suatu masa dulu ^^
@themagi2017
No comments:
Post a Comment