Friday, 23 September 2016

Kisah Seram Kuching IV

Image result for cute ghost
Selamat petang, readers! Hari ni hari Jumaat, hari kesukaan orang bekerja sebab esok hari Sabtu. Sekarang ni aku masih kat ofis. Sorang-sorang. Kawan sekerja semua dah pulang. Tinggal aku je duduk mengadap PC sambil tengok hujan turun. Beberapa hari lepas, kawan sekerja aku cerita pasal kisah seram. Kebetulan aku baru je siapkan manuskrip novel seram, so aku memang interested nak dengar. Jadi aku nak share kat sini so korang boleh baca pengalaman orang lain. Memandangkan hari ni hari Jumaat, memang afdal sangat aku update entri seram hari ni.

Mari menyeramkan diri~

1. Makcik ke surau

Diceritakan oleh salah seorang kawan sekerja aku, kisah ni berlaku masa mak dia masih berniaga kuih muih di kampung. Setiap awal pagi mak dia akan set up gerai depan rumah. Nak dijadikan cerita, pada malam sebelum kejadian, kawan aku parking kereta kat depan rumah dan bermalam kat rumah mak dia. Pada keesokan harinya sebelum Subuh, mak dia suruh alihkan kereta sebab mak dia nak buka gerai. Jadi, kawan aku pun keluar dan alihkan kereta dia. Masa tu la dia ternampak makcik (kenalan mak dia) berjalan menuju ke jambatan kampung. Kawan aku anggap makcik tu nak ke surau. Tapi beberapa hari kemudian, kawan aku dapat tahu makcik tu meninggal dunia akibat sakit tua. Apa yang paling tak best, makcik tu dah berbulan-bulan terlantar kat rumah dan tak boleh bangun.

Korang rasa, kawan aku tu tengok siapa sebenarnya?


2. Isteri jiran satu apartmen

Kisah ni diceritakan oleh kawan bapak aku yang selalu balik lambat disebabkan syif kerja. Pada malam kejadian, dia tunggang motosikal dan parking motosikal dia kat tempat biasa. Kemudian, dia pun pergi ke arah lif dan masa tu dia terserempak dengan isteri jiran dia yang duduk sambil mengibas-ngibas muka. Kawan bapak aku pun tegur- "Eh, nape duduk sini?". Isteri jiran dia pun balas, "Panas, sebab tu duduk sini." Habis berbual-bual, kawan bapak aku pun naik lif dan sampai ke tingkat rumah dia. Masa tu dia nampak jiran lain bersesak-sesak kat tingkat tersebut. Kawan bapak aku pun tanya kat salah seorang jiran, "Apa hal ni?" Lepas tu, jiran dia pun kata, "Tu...isteri dia meninggal." Apa lagi? Kawan bapak aku pun cepat-cepat pergi menjenguk ke rumah jiran yang baru kematian isteri. Dan, memang sah isteri jiran dia meninggal dunia.

Yang peliknya, isteri jiran tu la yang dia jumpa sebelum masuk lif.

3. Naik Satu Lif

Yang ni berlaku kat kawasan apartmen yang sama. Cuma bukan orang yang sama, tapi kawan bapak aku yang lain. Pada malam kejadian, kawan bapak aku ni baru lepas minum-minum mabuk (dia non-muslim). Jadi mata dia kurang awas malam tu. Sampai je ke kawasan apartmen, dia pun pergi ke arah lif dalam keadaan terhoyong-hayang. Kemudian, dia pun masuk lif dan terserempak dengan isteri jiran dia. Sempat la diorang borak-borak sebelum kawan bapak aku sampai ke tingkat rumah dia. Bila sampai di rumah, isteri dia pun bagitau, "Bang, isteri kawan abang meninggal dalam tidur 3 jam lepas..."

Masa tu, baru kawan bapak aku ingat masa dia tengah borak dengan isteri kawan dia- perempuan tu complete berkain kafan.

4. Panggilan Dijawab

Kisah ni berlaku kat salah seorang saudara kawan sekerja aku. Kisahnya ringkas je, makcik dia call rumah saudara sebab nak jenguk ke rumah hujung minggu nanti. Anak saudara dia yang belajar kat IPT yang jawab panggilan. Bila makcik tu sampai ke rumah saudara dia, dia terima satu berita sedih. Anak saudara dia yang jawab panggilan tu meninggal dunia disebabkan mati lemas. Apa yang ganjil dalam cerita tersebut ialah- anak saudara dia tu tak ada di rumah sebab bertolak awal pagi untuk ikuti program belia. Sedangkan makcik tu call sekitar pukul 9-10 pagi macam tu. Dan makcik tu diberitahu, tak ada sorang pun kat rumah pada hari kejadian. Semuanya keluar dengan urusan masing-masing.

Korang rasa, siapa yang jawab panggilan telefon tu?

5. Bau wangi

Kisah ni diceritakan oleh pak jaga tempat aku bekerja. Masa malam kejadian, dia sarat nak ke tandas. Kemudian, dia pun jalan la sorang-sorang pergi ke tandas yang terletak kat belakang. Masa tu, dia berselisih dengan bau wangi. Terus dia patah balik masuk pondok jaga. Nawaitu nak buang air pun entah ke mana.



Rasanya, setakat tu je cerita aku. Kalau dah ada stok baru, nanti aku proceed~
@themagi2016

No comments:

Post a Comment