Oh my, aku rasa macam buat larian pecut bulan ni. Sedar tak sedar, ni entri ke-5 untuk November, rehat panjang aku lepas ni sampai Disember. And yup, entri kali ni bukan pasal aku bergumbira kat KL. Tapi aku nak promote bisnes member aku. As she said, Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Again, aku repeat...Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Maka, kepada mereka yang nak merasa makanan Korea yang halal dan sampai terus ke rumah anda....pastikan anda seorang Kuchingites or Samarahanian yang tinggal di Kuching dan Samarahan...hehehe~
Okay, aku bukan nak kata Kuching ni tak ada restoran Korea. Memang ada, tapi aku tak berani nak masuk sebab aku takut harga menu diorang mahal dan tak ada jaminan halal. Memandangkan member aku ni buat bisnes Korean food delivery, aku decide nak cuba.
Menu pertama yang aku cuba ialah Tteokbokki (kiri) dan
Bibimbap (kanan). Harga Tteokbokki ialah RM10 dan
harga Bibimbap ialah RM8. Antara dua menu ni, aku suka
Tteokbokki. Gravy dia sedap. Bibimbap ni agak tawar sebab
aku ni pemasin orangnya. Best part is, aku boleh request mintak
masinkan sikit telur omelet dalam Bibimbap tu..
Second menu yang aku order ialah Bulgogi (kiri) dan
Takgangjeong (kanan). Harga Bulgogi RM 8 dan
Takgangjeong ialah RM10. Aku suka Takgangjeong,
ayam dia sedap. And about Bulgogi, aku request daging
tu kasi pedas sikit. Sikit je. Baru ada kick. But overall,
aku puas hati dengan setiap pesanan yang aku buat. Setiap menu
disiapkan dengan kemas, teliti dan dihantar tepat pada waktunya.
So, untuk mereka berminat nak order (yang duduk area Kuching & Samarahan shj), boleh whatsapp 016-5789330. Setiap pesanan adalah seperti berikut.
1 box= RM5 delivery charge
2 boxes= RM3 delivery charge
3 boxes= Free delivery charge
Untuk sebarang info lanjut, korang contact je terus dengan owner dia. Refer nombor telefon kat atas. Okay, selamat mencuba and annyeong~
@themagi2016
No comments:
Post a Comment