Sunday, 13 November 2016

Travelog: Kuala Lumpur, aku datang!

Hello, November! Macam tak percaya dah masuk bulan 11, tahap kesedaran aku terhadap timbunan kerja pun meningkat 11 kali ganda. Before aku berdepan dengan Monday Blues, haruslah mem-blogging dulu. Dan kali ni pasal travelog. And last Saturday, aku terbang ke Kuala Lumpur!

Now, let me start the story...once upon a time....

Sabtu, 05 November 2016, aku terbang ke
KL bersama family. Macam dah lama
sangat tak nampak awan biru. Terkenang
balik saat belajar dulu-dulu.

Aku dan family sampai tengahari. Kitorang naik teksi kupon (kena caj dua ratus hengget, terkejut bila hulur duit). Sekitar pukul 1 petang macam tu, kitorang arrive kat Drop Inn Lodge City Center kat Jalan Tun H.S Lee. Kalau korang tanya, mana gambar hotel tu? Aku jawab- aku tak nak snap sebab inn tu tak berapa cantik sangat. Yang aku suka pasal inn tu cuma toilet dia bersih and kedudukan inn tu strategik dengan stesen LRT Masjid Jamek, Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan kawasan restoran fast food Jalan Tun Perak.


 
Lepas berehat kejap dalam bilik, kitorang decide nak cuba naik LRT ke Sogo. Misi berjaya. Tapi satu barang pun aku tak beli untuk diri sendiri. Aku cuma beli hadiah untuk anak sedara je. Hampeh.

Maka, hari Sabtu berakhir dan kitorang pun balik tidur. But still, misi belum berakhir.

On the next day-06 November 2016, kitorang bangun pagi dengan misi yang membara. Kitorang nak naik LRT lagi. Kali ni...kitorang nak pergi...

Yeah, KLCC~ Trip ke KL tak ada makna kalau tak 
jenguk KLCC!

Sekali-sekala breakfast Subway...bukannya
selalu.

Lepas tu, melepak kat KLCC Park sambil tengok langit,
tengok bangunan, tengok orang...

Kemudian aku jenguk Kinokuniya. Serius, aku jadi
gila bila tengok buku. Jadi, dengan rasa jujurnya aku
mengaku, aku shopping kat sini.


Pemandangan KLCC Park dari tingkap Kinokuniya.
Serious, sangat cantik


Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan
 the whole team of my favourite anime. 

Masa aku tengah belek-belek buku, omaigad...
aku ternampak baby aku atas rak buku Kino.
Korang tak tahu betapa bangganya aku, buku
aku ada kat Kino.

Habis je merayau kat Kino, haruslah melepak sebentar
kat Foodcourt KLCC. Tapi cerita belum habis, trip
bersambung selepas ni :)

to be continued


@themagi2016

No comments:

Post a Comment