Saturday, 31 December 2016

2016 to 2017: Selamat Tahun Baru!

31 Disember 2016, akhirnya penutup tahun 2016 pun tiba. Tak sangka tahun ni dah nak habis, tahun baru dah nak datang. Btw, aku tak bercadang nak celebrate tahun baru dengan aktiviti macam tahun lepas (makan-makan sampai sakit perut, panggang ayam sampai berasap satu rumah, tidur lambat sampai bengkak bijik mata etc). Untuk tahun baru ni, aku nak santai je. Dan aku nak zahirkan rasa syukur aku yang tak terhingga pada tahun 2016 yang banyak memberi peluang dan harapan (syukran ya Rabb). So, aku nak buat catatan bergambar untuk tahun 2016 yang bakal pergi. I'll remember you...2016 (>.<)

Februari 2016: aku terima panggilan gembira 
dari XXXX, aku diterima bekerja.
Mac 2016: surat tawaran bekerja sampai ke tangan
April 2016: aku pun masuk bekerja :)


Mei 2016: aku terima berita gembira.
Buku pertama aku diterbitkan oleh
Lejen Press. Akhirnya, impian aku
tercapai sebelum aku masuk usia 3 series.

September 2016: Aku beli phone baru. Almost 4 tahun 
aku tunggu peluang nak tukar phone. Tercapai jugak
akhirnya.

Oktober 2016:  Good news dari Lejen Press, buku
aku dalam senarai top10 Pesta Buku Antarabangsa
KL. Kembang kuncup rasa hidung aku bila dapat tahu
berita ni.

November 2016: Aku naik flight lepas 2 tahun
tak pergi mana-mana. Best part setiap kali
aku naik flight ialah aku suka turbulent masa
airplane nak memecut naik. Pelik kan?

November 2016: Akhirnya, aku dapat menjejakkan
kaki ke Kinokuniya KLCC. Although aku study
kat Shah Alam dari 2008-2011, aku tak pernah ke Kino.
Zaman tu zaman sengkek. Tak berani nak jalan-jalan
kat KLCC.

November 2016: Lepas 4 tahun aku graduate dari
IM faculty di UiTM, aku dapat peluang pakai
topi mortarboard sekali lagi (pinjam adik punya).
Dan aku berpeluang ke Putrajaya sekali lagi after
4 years. Nostalgic feelings came over~

Disember 2016: Aku dapat berita baik dari Dewan Bahasa
dan Pustaka berkenaan dengan manuskrip aku. Buku pertama
aku dengan pihak DBP akan diterbitkan pada tahun 2017.
Buku antologi cerpen aku bersama penulis lain pun akan
diterbitkan pada tahun 2017. Dan aku dapat sedikit insentif
dari DBP. So, this is it...my new darling Eru (nama laptop aku).
Tapi aku takkan lupa my honey Ulquiorra (yang tu nama
laptop lama aku). Aku ni suka bagi nama kat barang, hehe~

Disember 2016: After so many years aku mengidam nak
melukis atas kanvas...akhirnya impian aku tercapai.
Rasa tak sabar nak melukis lagi atas kanvas, yeah~

Disember 2016: Sebelum tamatnya tahun 2016 dan bermulanya
tahun 2017, aku di"tag" oleh Lejen Press dalam IG. Good things
happened before the end of this year. Kehadiran aku as a writer dialu-
alukan. And don't worry untuk readers yang dah adopt buku sulung
aku yang berjudul Cincang: Dendam Terbalas (hashtag #CDT).
Sekuel buku tengah disiapkan. Kali ni, Cincang lebih misterios~


Whatever it is, this year is absolutely AWESOME dan aku dapat merasakan 2017 will be surprisingly AMAZING. Happy Makeshift Year, everyone! Aku doakan semua orang yang mengenali aku, yang tak berapa kenal dengan aku, yang tak suka aku, yang sayang gila kat aku, yang support aku and of course my beloved MaGi visitors + CDT supporters mendapat kebahagiaan, keberkatan, ketenangan dan kesihatan yang baik. Walaupun tahun 2016 dah nak habis, jangan tak visit blog aku okay? 2016 is tahun ke-5 untuk blog aku. My deary baby MaGi, aku takkan berhenti update u. And my resolution?

You, Me and Everyone

  1. Better life
  2. Better environment
  3. Better in rezeki
  4. Better in relationship
  5. Better health
  6. Better in financial
  7. Better in future
  8. Better in catching dreams
  9. Better in everything we've planned!
Okay, sekian...terima kasih.

@themagi2016

2 comments: