Sunday 4 December 2016

Figura Kenderaan Mini VII

And again, hai Disember! Aku datang lagi untuk entri ke-2. Alang-alang dah online, kan? Internet sekarang ni cair macam mentega, mesti cepat mengarang entri sebelum aku and line putus cinta. Well, entri kali ni pasal hobi aku as a collector. Ada beberapa bijik mini car aku beli tapi tak sempat nak update dalam blog. Memandangkan sekarang aku tak banyak kerja, tengah free, cuti sekolah, aku rasa masa ni afdal nak main sorong kereta sambil ketawa riang. Err, macam saiko bunyinya.

Anyway, aku nak share mini car aku yang terkini :)


Jenis: Custom 69 Volkswagen Squareback
Keluaran: Tahun 2009
Jenama: Hotwheels
Kategori: Art
Harga: RM8.90


Jenis: 69 Mercury Cyclone
Keluaran: Tahun 2012
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90


Jenis: 70 Camaro
Keluaran: Tahun 2011
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90


Jenis: 65 Pontiac
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90
*note: sesiapa yang beli kereta Hotwheels masa ni di
ToyRUs, ada promosi beli 3 percuma 1. Yang ni aku
dapat secara percuma.


Jenis: Vespa Rally 180 (1968)
Jenama: Fastlane/ ToyRUs
Harga: RM 24.90
*note: saiz vespa ni lebih mini dari saiz standard vespa
keluaran Maisto tapi perincian vespa dari Fastlane
sangat kemas, berat dan comel.


Jenis: London Bus Sightseeing
Jenama: Fastlane
Kategori: Doubledecker
Harga: RM24.90
*note: model bas merah London dua tingkat ni bersaiz mini,
ada satu lagi saiz yang lebih besar dari bas yang aku beli ni
tapi perincian bas ni sangat cantik dan berat. 


Jenis: Toyota Sprinter Trueno
Jenama: Tomica Takara Tomy
Skala: 1/61
Keluaran: Tahun 2013
Kategori: Model kereta anime Initial D
Harga: RM39.90
*note: untuk mendapatkan model kereta ni, aku telah
merantau sampai ke Kinokuniya KLCC dan the best
part is pintu kereta ni boleh dibuka.


Jenis: Volkswagen Type II
Jenama: Tomica Takara Tomy
Skala: 1/65
Keluaran: Tahun 2015
Kategori: Van samba
Harga: RM39.90


Jenis: Police helicopter
Jenama: Maisto
Harga: RM7.14
*note: sejujurnya aku beli helikopter ni tanpa sebab.


Jenis: Volkswagen Samba Old Friend
Jenama: Maisto
Skala: 1/35
Kategori: Van samba
Harga: RM89.90
*note: aku cuma nak bagitahu van ni direka dengan gaya
rustic vintage so jangan tuduh aku rosakkan van ni.


Jenis: Volkswagen New Beetle RSI
Jenama: Burago
Skala: 1/24
Kategori: kereta VW sport
Harga: RM79.90
*note: pintu kereta ni tak boleh dibuka, nasib baik
warna kereta ni cantik.



P/S: Trimas kepada pihak Nuffnang sebab hantar cek beberapa bulan lepas :-D

@themagi2016

No comments:

Post a Comment