Hai! Hari ni, 5 Disember. Pepagi aku dah terima berita baik punya. Dan hari ni aku santai depan PC. Jadi aku pun nak update satu entri sejarah. Dah lama tak update entri sejarah, kan? Kali ni pasal pemerintahan diraja yang diterajui wanita. Berapa ramai yang tahu senarai wanita yang memerintah sesebuah kerajaan? Mesti ada yang sebut Elizabeth II, kan? Okay, mari aku senaraikan nama-nama permaisuri yang memerintah.
credits: daily mail |
Nefertiti
Firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada
kurun ke-14
credits: wikipedia |
Hatshepshut
Firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada
kurun ke-15
credits: Pinterest |
Sammuramat
Permaisuri Assyiria yang memerintah kerajaan Babylon
pada kurun ke-9.
credits:EHistory |
Cleopatra
Firaun wanita yang memerintah Dinasti Mesir pada
69-30 BC.
credits: women's history |
Eleanor of Aquitaine (1122-1202)
Permaisuri England dan Perancis yang sangat berpengaruh
pada kurun ke-12.
credits: Pinterest |
Isabella I of Castile (1451-1504)
Permaisuri Sepanyol yang bertanggungjawab mengusir
170, 000 penduduk Yahudi dari Sepanyol.
credits: wikipedia |
Catherine de Medici (1519-1589)
Permaisuri Perancis yang berasal dari Itali dan
menjadi punca tragedi St. Bartholomew (konflik
antara mazhab Protestan dan Katolik).
credits: biography.com |
Mary Queen of Scots (1542-1587)
Permaisuri Scotland yang dijodohkan dengan King Francis II
ketika berusia 5 tahun dan naik takhta pada usia 6 tahun.
credits: frockflicks.com |
Elizabeth I (1533-1603)
Permaisuri England yang sangat berpengaruh dalam ekonomi, politik,
sosial dan agama, sekaligus membawa England ke era kegemilangan.
credits: ada dike's blog |
Amina (1560-1610)
Permaisuri Nigeria yang berpengaruh dalam ketenteraan dan membawa
ke era yang kaya dengan emas, hamba dan 'cola nuts'.
credits: black history heroes |
Mbande Nzinga (1582-1663)
Permaisuri Angola yang memerintah kerajaan Ndongo dan Matamba
yang dikenali kerana penentangannya terhadap penjajahan Portugis.
credits: biography.com |
Catherine the Great (1729-1796)
Maharani Rusia yang berasal dari Jerman dan menikah pada usia 16
tahun. Pemerintahannya yang agresif menyebabkan Poland dipisah-pisah
dan mengambil Crimea dari Turki.
credits: wikipedia |
Victoria (1819-1901)
Permaisuri England yang paling lama memerintah England dan membawa
England ke kemuncak zaman kekuasaan kolonial.
credits: AllPosters |
Tsu-Hsi (1835-1908)
Maharani China yang menggantikan tempat Maharaja Hs'en yang mangkat.
Walaupun statusnya sebagai gundik, Tsu-Hsi berjaya naik takhta kerana
melahirkan waris lelaki.
credits: Alchetron |
Liliuokalani (1838-1917)
Pemerintahan Permaisuri Hawaii dalam monarki terakhir, yang mengalami
tekanan kuasa dan ekonomi yang dahsyat dari Amerika. Penentangannya
membawa penahanan dan kerajaan baru ditubuhkan di Hawaii.
credits: dot complicated |
Raziya al-Din (1236-1240)
Permaisuri kerajaan Mamluk yang mengambilalih tampuk pemerintahan
dan menubuhkan institusi pendidikan berasaskan Al Quran.
@themagi2016
No comments:
Post a Comment