Tuesday 7 February 2017

Sejarah Tupperware: Jangan Korang Tak Tahu

Gooed evening, gais! Pada petang yang berbahagia ni, aku duduk depan PC, meng-google presentation software (nak cari alternatif lain selain guna Powerpoint) and the same time aku update blog sambil menikmati air yang diisi di dalam botol air Tupperware.

Ini dia, botol air aku. Macam kasut sneaker

Basically, ada ramai penggemar barang Tupperware ni dan kebanyakannya terdiri dari perempuan. Pembekal barangan Tupperware biasanya perempuan dan pembelinya pula majoriti golongan perempuan (perempuan bekerja, selalunya...). Disebabkan produk ni sangat glemer, jenama Tupperware akhirnya menjadi prominent dan kumpulan emak-emak budak akan menyamakan semua bekas makanan dengan nama Tupperware. Sebagai contoh:

"Pergi amek tupperware dalam almari. Mak nak simpan lauk..."
"Mak dah siapkan bekal kau...dalam tupperware biru..."
"Tupperware kat rumah dah tak elok. Mak nak beli tupperware baru..."
"Tupperware hilang? Mana kau letak?"

Sebenarnya...itu dialog mak aku suatu masa dulu. Dia panggil semua bekas makanan dengan nama Tupperware. Lebih kurang macam...panggil semua ubat gigi dengan nama Colgate atau semua sabun pencuci dengan nama Omo.

Image result for sabun omo
Mostly Sarawakian tahu pasal Omo ni...hehe~
credits: loveweddingsng

Tapi, aku bukan nak cerita pasal Omo, apatah lagi pasal Colgate. Aku nak bagi short facts and history pasal Tupperware. Jangan pandai guna je, tapi tak tahu apa-apa pasal Tupperware (termasuk la aku sekali). Anyway, aku bukan Tupperware collector. Aku cuma ada botol air ni dan satu bekas makanan kecik. 


Jenama: Tupperware
Jenis: Subsidiari
Pelopor: Earl Silas Tupper
Tahun bermulanya perniagaan: 1948
Tempat bermulanya perniagaan: Orlando, Florida
Pecahan syarikat: Tupperware Brands
Produk: Bekas makanan, barangan dapur, bekas hidangan, barangan kecantikan
Ciri-ciri produk: Burping seal, wonderlier bowl (bekas berwarna terang), plastik tahan lama, air-control vents.
Strategi pemasaran: Tupperware Party (yang dianjurkan oleh golongan surirumah sebagai pendapatan sampingan dan bekerja di rumah dalam keadaan selesa, juga menghadiahkan tetamu yang hadir dengan barangan Tupperware)- sampai sekarang Tupperware Party diteruskan.

Contoh Tupperware Party tahun 1950
credits: wikipedia


Pembudayaan Tupperware Party:
  • dari sudut feminisme, ia menjadikan wanita lebih berkemampuan dan merdeka dalam menguruskan pendapatan
  • dari sudut sosiologi, ia membuka ruang komunikasi antara wanita
  • dari sudut kemasyarakatan, ia mengeratkan hubungan antara keluarga
  • dari sudut ekonomi, ia membantu golongan wanita menjadi berdikari dan tidak disekat dengan mana-mana peraturan berat sebelah di tempat kerja.
Pengumpul/Pembeli tegar produk Tupperware di Malaysia: Umumnya, wanita. Bekerjaya. Selalunya golongan cikgu-cikgu *sambil flip buku latihan~
Negara yang mencatat penjualan tertinggi: Indonesia, Jerman
Negara yang mencatat penjualan terendah (dan menamatkan operasi): UK & Ireland


Sekarang, korang dah tahu kan sejarah kelahiran Tupperware? Lepas ni boleh la bercakap dengan yakin kalau ada orang cakap- tahu pakai je, tapi tak tahu barang datang dari mana

@themagi2017

No comments:

Post a Comment