Tuesday, 15 August 2017

Bila Berdepan dengan Kisah Seram

Selamat pagi, visitors! Macam lama sangat tak update entri. Untuk entri yang ketiga bagi bulan 8, aku tergerak hati nak kongsikan pengalaman seram yang aku alami sejak aku berpindah masuk ke sebuah rumah since tahun lepas. Banyak perkara yang berlaku bila hidup berdikari. Tapi aku rasa aku patut bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku hati yang agak kering dengan benda-benda seram. Mula-mula tu memang cuak tapi lama-lama aku malas nak fikir. Sampai ke satu tahap, aku dengan penuh selamba siapkan manuskrip novel kisah seram pada tengah malam sambil menikmati bunyi-bunyi yang aneh kat tepi tingkap.

Kalaulah korang di tempat aku, apa perasaan korang bila berdepan dengan kisah seram?

Bunyi Orang Berjalan

Image result for footstep
credit: clipartpanda.com
Tahun lepas, masa kejadian tu berlaku aku tengah duduk kat tengah ruang tamu sambil tengok berita kat TV. Tapi dalam masa yang sama aku khusyuk main apps yang boleh produce muzik, kononnya aku nak buat instrumental dengan bunyi piano. Bila aku mainkan bunyi instrumental tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berjalan-jalan kat beranda rumah aku. Aku pause sekejap hp aku, bunyi tu hilang. Lepas tu aku mainkan sekali lagi, aku dengar lagi bunyi gesekan kat lantai beranda rumah aku. Aku dah mula musykil masa tu. Aku cuba nak bersangka baik, aku anggap anjing liar kat belukar naik ke kawasan beranda rumah aku. Tapi bunyi orang berjalan tu muncul setiap kali aku mainkan bunyi instrumental piano. Terus aku give up main apps tu sampai sekarang.

Ular Hitam Misteri

Image result for black snake
credits: Pinterest.com
Kejadian ni berlaku tahun lepas. Masa tu aku balik ke rumah sebab nak solat Zuhur. Bila aku buka pintu depan, tiba-tiba jatuh ular hitam kat atas kepala aku. Korang rasa apa perasaan aku masa tu? Aku melompat-lompat, gila tak terkejut bila ular hitam jatuh kat atas kepala? Bila aku dah waras balik, aku nampak ular tu nak masuk ke dalam rumah tapi ular tu patah balik, melilit-lilit kat kerusi tepi pintu dan aku dah berniat bunuh ular tu. Kat tangan aku masa tu ada batang penyapu dan spray nyamuk tapi lepas tu aku teragak-agak nak bunuh. Jadi, aku mintak tolong kawan-kawan untuk buang ular tu dari rumah aku. Tapi tiba-tiba je, ular tu ghaib entah ke mana. Sekelip mata hilang, satu rumah kitorang carik sampailah ke bawah rumah. Akhirnya ular tu tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.


Kepala Orang di Tepi Tingkap

Image result for head silhouette
credits: 123rf.com
Kisah ni berlaku dalam tahun ni. Aku tak ingat bulan berapa tapi kejadian tu berlaku sekitar jam 3 pagi. Masa tu hujan lebat, memang sedap gila tido. Tiba-tiba aku tersedar, aku tengok jam dan aku konfius kejap. Dengan tak disangka-sangka, aku tertengok bentuk kepala orang kat tepi tingkap masa kilat sambar menyambar. Okay, korang bayangkan kalau korang di tempat aku- jam pukul 3 pagi, hujan lebat, kilat dan guruh kat luar rumah dan kau tengok kepala manusia kat tepi tingkap rumah padahal rumah tu tinggi dan tak mungkin ada manusia yang setinggi paras tingkap. Lebih-lebih lagi cuma kepala je nampak, bahagian lain tak nampak langsung. Seram gila waktu tu, aku terus tutup mata dan buat-buat tak tahu. Beberapa hari kemudian, aku terima khabar kawan baik aku masa sekolah rendah meninggal dunia sebab sakit buah pinggang. Ironinya, bentuk kepala yang aku nampak pada jam 3 pagi tu...serupa dengan bentuk kepala kawan aku.

Bau Wangi Dalam Bilik

Image result for bunga tanjung seram
credits: pemuda-solok.blogspot.com
Okay, kejadian ni berlaku dalam tahun ni jugak. Masa tu aku tengah beria-ia gila nak siapkan manuskrip seram aku yang pertama. Masa aku bernawaitu nak buat manuskrip seram, aku rasa suasana rumah aku sendiri akan tolong aku untuk dapatkan inspirasi. Betul, memang aku dapat inspirasi. Tengah aku khusyuk menaip, aku terhidu bau asap. Mula-mula aku tak peduli sangat sebab sekitar pukul 5 petang, ada pekerja yang bakar sampah kat kawasan sekitar rumah aku. Mungkin bau asap tu masih ada. Tapi jam masa tu dah pukul 9 lebih, bau asap tu masih ada. Yang peliknya bau tu bertukar jadi wangi. Wangi sangat. Aku tak puas hati, aku terus merayau satu rumah untuk make sure bau asap tu sebenarnya bau apa. Yang paling pelik, bau tu cuma dalam bilik aku je. Makin lama makin wangi. Akhirnya aku switch off laptop dan aku masuk tidur. Aku tak nak tunggu lama-lama, mungkin ada 'jiran' yang nak lalu kat kawasan rumah aku. Aku tak nak ganggu 'dia'.

Rumah Sentiasa Kotor

Image result for debu rumah
credits: health.rakyatku.com
Ini dia, kisah yang baru je berlaku seminggu selepas hari Raya. Aku balik rumah sebab dah habis cuti dan Tuhan je tahu betapa kotornya rumah aku. Najis cicak berterabur sana sini, menyampah betul aku nak menyapu. Tapi aku sangka lepas aku bersihkan rumah, bolehlah rehat sehari dua dari pegang penyapu. Tapi bila aku mulakan projek manuskrip seram yang kedua based on true character iaitu Janet- urban legend paling seram di Kuching era 60an, rumah aku mula jadi pelik. Rumah aku sentiasa kotor. 10 kali sapu pun macam tak disapu langsung. Aku sapu dari pagi sampai ke tengah malam, rumah tetap kotor. Tak tahulah debu hitam yang tebal-tebal tu datang dari mana. Tapi...bukan setakat rumah kotor je dugaan yang aku dapat.

Bau Wangi di Sisi

Image result for setanggi wangi
credits: ms.wikipedia
Sambungan kisah kat atas, sepanjang dua minggu aku buat manuskrip seram kedua, aku rasa terganggu sangat dengan keadaan rumah yang kotor. Kepala otak aku berserabut, aku penat, aku tak selesa dalam rumah sendiri. Paling bengang dan menyeramkan, aku terhidu bau wangi kat sebelah kiri aku. Diulang, sebelah kiri badan aku. Yang pasti bukan bau perfume aku sebab bau perfume aku tak sama langsung dengan bau colok wangi. Lepas aku hidu bau tu, otak aku jadi kosong. Seolah-olah  otak aku kena switch off. Disebabkan bau tu jugak, aku buat keputusan untuk give up tulis manuskrip tu dan gantikan dengan cerita lain. Selepas tu, rumah aku pun back to normal- tak kotor setiap hari dan aku tak perlu bersihkan rumah dari pagi sampai ke tengah malam.




Entri seterusnya aku nak cerita sejarah rumah aku tu.
@themagi2017

No comments:

Post a Comment